Saturday, May 19, 2012

Hahahaha...pelik kan...tidak ada sesiapa pun nak halang bangsa cina boleh duduk semeja untuk membincangkan mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh bangsa mereka dan menetapkan hala tuju bangsa mereka supaya kepentingan bangsa mereka terjaga dan dilindungi..tetapi bila orang Melayu/Islam nak duduk semeja bagi membicangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh Melayu/Islam...ada saja tentangan...Kenapa ye??Takut orang Melayu/Islam bersatu ke??


KOTA BHARU - Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat (DHPPP) memberi sokongan sekiranya muzakarah diadakan bagi kepentingan semua kaum, tidak terhad untuk Melayu sahaja.


Pengerusinya, Hu Pang Chaw bagaimanapun, turut mempertikaikan jika Umno bersetuju untuk bermuzakarah, adakah ia dibuat betul-betul untuk bermuzakarah atau hanya gimik politik menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13).



“Umno ada kuasa besar bagi menentukan keadilan untuk rakyat kerana ia adalah Kerajaan Pusat, tetapi saya tidak nampak apa sebab, kalau kata Melayu sudah berpecah-belah, tidak tahu sebab apa.



“Kalau nak bincang kepentingan Melayu sahaja, tidak perlulah muzakarah, tetapi jika untuk kepentingan perpaduan semua bangsa, muzakarah elok dijalankan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.



Kata beliau, orang Melayu mempunyai ideologi politik yang berlainan, tetapi itu perkara biasa kerana watak manusia yang berbeza termasuk cara berpakaian dan bertutur.



“Jadi, fahaman politik yang berbeza itu tidak memecah-belahkan mereka kerana mereka tetap Islam.



“Kenapa Umno tidak muzakarah dahulu dengan DAP, PKR, kenapa tuju kepada Pas, Umno kena jelaskan sebabnya kepada rakyat,” katanya.



Pang Chaw menasihatkan Umno, jangan muzakarah dengan Pas sahaja, sebaliknya perlu terlebih dahulu muzakarah dengan DAP dan PKR.



Beliau bersetuju dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mengadakan muzakarah bagi menyelesaikan beberapa isu dan sudah lama menunggu ia dilaksanakan.



Malah, kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mahu muzakarah diadakan bukan hanya dengan Umno, malahan boleh dijalankan dengan MCA turut disokong.



“Islam memang suruh muzakarah, tidak larang sesiapa termasuk muzakarah dengan musuh kita bagi menyelesaikan masalah, bukan hanya dengan Umno, MCA, malahan dengan MIC dan Parti Gerakan,” katanya.



Ahad lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan parti itu membuka pintu dan bermuzakarah dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuklah Umno bagi menyelesaikan isu dakwaan yang mengatakan perjuangan parti tersebut jauh terpesong dari perjuangan asal.



Bagaimanapun, Selasa lalu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya sedia berbincang dengan Pas jika ada jemputan rasmi bagi membincangkan sebarang isu, namun sehingga kini tidak menerima jemputan secara bertulis daripada Pas untuk bermuzakarah.

2 comments:

Adi Kencana said...

Nak cari dalih la tu PAS..

HOT!! RAJA NONG CHIK & KELUARGA JADI MANGSA FITNAH POLITIK! Baca di sini..

http://apakecoh2.blogspot.com/

pok ngah nik ajis said...

Alahai bodohnya statement puak pembakang ni. . Muzakarah dan perbincangan yg bakal diadakan adalah dlm kontek islam. . Bagaimana nak kuatkan dua puak melayu beragama islam. .ekonomi,agama,budaya,toleransi dan sebagainya. . .

Kalau nak bawa PKR ngan MCA serta DAP. . Bincanglah dlm platfom parlimen. ,Memang dah selalu jumpa. . Bertekaklah. . Haiya. .Lu cina byk hangsuplah. . .

Lihatlah bagaimana tentera rom mencari jln kalahkan tentera islam dibawah salehuddin al ayubi. .
Lihatlah bagaimana min yuen minyuen cina komunis meresapi dan mencari kelemahan org org melayu dan memusnahkan mereka. . .
Lihatlah mat indera seorang ulama yg mati terhina akibat hasutan cina komunis. . .
Lihatlah cina cina yg masuk sokong pas. . Siap boleh membaca surah dan berdoa lagk. . Apa tujuan mereka. . ? Kalau islam itu molek. . Knp duduk dlm kafir, . . . .masukk islam je la. . .jgn makan babi dan pegang colok. . .

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.