Sunday, May 6, 2012


Penyanyi remaja Stacy meminta agar para peminat tidak menyalahertikan keintimannya dengan anggota kumpuan VIP iaitu Fadlan Hazim Anuwar (Fadlan) dengan menganggap mereka sebagai pasangan kekasih.

Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 22, berkata pada hakikatnya mereka hanya akrab sebagai sahabat kerana sudah saling mengenali sejak beberapa tahun lalu.

“Memang saya rapat dengan Fadlan. Secara kebetulan tiga anggota lain kumpulan tersebut iaitu Adam, Marlon dan Yandy berasal dari Sabah, maka sebab itu kami menjadi rapat dan serasi.

“Boleh tanya kepada anggota VIP yang lain kami rapat macam adik-beradik tetapi tidak sampai ke tahap bercinta seperti yang digembar-gemburkan,” katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Stacy menambah, dakwaan yang mengatakan dia bercinta dengan jejaka berusia 20 tahun itu adalah tidak logik kerana secara peribadinya dia lebih selesa menjalin hubungan dengan lelaki lebih matang.

“Dia terlalu muda untuk saya seperti pangkat adik. Kalau pun saya hendak bercinta, biarlah lelaki itu lebih tua. Paling tidak pun biarlah lebih tua setahun dua daripada saya.

“Terus-terang, saya kurang berminat dengan lelaki yang lebih muda,” jelasnya sambil menolak tuduhan kononnya Fadlan dikatakan punca hubungannya dengan Akim berakhir.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.