PANAS : RAHSIA BESAR ANWAR BERJUMPA PAK LAH TERBONGKAR...

Puak pembangkang yang terlalu mengharapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim  mengetuai impian mereka untuk menawan Putrajaya pada pilihanraya umum ke 13 tentu tersentak mendengar pendedahan baru yang dibuat oleh Senator Mohamad Ezam Mohd Noor ini.
Jika benar ia mengambarkan seolah Ketua Pembangkang itu tidak yakin langsung pada pakatan PKR-PAS-DAP dan bagaimana beliau begitu gian sekali nak jadi Perdana Menteri hingga sanggup membelakangkan mereka ‘cara diam-diam’.
Kisah ini belum pernah kita dengar sebelum ini.
Semasa membuat pendedahan ini Ezam kata beliau berani bersumpah bahawa Anwar pernah merayu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi agar membawanya masuk ke dalam UMNO semula.
Bekas Setiausaha Politik Anwar itu membuat pendedahan itu semasa siri ceramahnya bersama Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim TIBAI  di Ampang Ahad malam.
Dakwa Ezam beliau ada bukti tentang apa yang didedahnya itu.
Katanya hal itu  berlaku seminggu sebelum Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
“Tujuan Anwar hanya satu iaitu mahu Pak Lah tidak letak jawatan dan membawanya masuk ke dalam UMNO dan kemudian beliau akan menyusun strategi bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib.’ Katanya.
Ezam memberitahu Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah menyifatkan Najib sebagai individu paling berpotensi menerajui negara kerana kepandaian dan kecerdikan yang ada padanya.
 
"Justeru, tidak hairanlah kenapa Anwar begitu drastik melakukan pembohongan demi pembohongan untuk menjatuhkan Perdana Menteri kerana beliau terlalu takut dengan individu yang bernama Najib," katanya.

Ini memang kes berat kerana ia jelas satu tindak tanduknya ‘main belakang’ pakatan pembangkang lain.
Beranikah Anwar menafikan dakwaan Ezam ini?
Lojik akal mengatakan tidak mungkin Ezam berani cakap begitu jika beliau tidak ada bukti mengenainya.
Pak Lah masih hidup.Beliau tentu dapat mengesahkan hal ini jika benar.
Kalau benar apa alasan Anwar nak bagi kepada rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang?
Tidak kurang menarik ialah pendedahan Ezam seterusnya bahawa Anwar pernah membawa seorang rakan ulama Abdullah dari Surabaya, Indonesia bagi tujuan memujuk bekas Perdana Menteri itu meletakkannya di peringkat tertinggi dalam UMNO.
"Saya juga yang membawa Anwar pergi ke pesantren di Surabaya itu untuk memujuk kiai atau ulama berkenaan datang ke Malaysia iaitu di Seri Perdana yang ketika itu kediaman Pak Lah.
 
"Anwar memujuk kiai itu agar berbohong kepada Pak Lah kononnya telah mendapat satu mimpi mengatakan Anwar paling layak menjadi pengganti Pak Lah, tetapi dengan izin Tuhan, Pak Lah tidak berkesempatan berjumpa kiai terbabit," katanya.- AgendaDaily
PANAS : RAHSIA BESAR ANWAR BERJUMPA PAK LAH TERBONGKAR... PANAS : RAHSIA BESAR ANWAR BERJUMPA PAK LAH TERBONGKAR... Reviewed by Empayar Pemuda on 11:25 AM Rating: 5

6 comments:

  1. macam macam cerita dah keluar, pun penyokong taksubnya masih lagi melayan kerenah dia. apalah nak jadi pada penyokong penyokong yang buta dan pekak ni.

    ReplyDelete
  2. Kebuluran sungguh nak jadi p.m. al juburi ni

    ReplyDelete
  3. mari la kita berdoa beramai dijauhkan lah anuar ibrahim ni jadi pm malaysia

    ReplyDelete
  4. undi di tangan kita....lenyapkan dajjal2 semua ni...

    ReplyDelete
  5. ya, lenyapkan dajjal dajjal ini

    ReplyDelete
  6. EZAM CKP JE ADA BUKTI...MANA BUKTI YANG BERKOTAK2 TU...AKEI ADA KAH...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.