Saturday, May 5, 2012


Parti Keadilan Rakyat (PKR) menetapkan pendirian untuk menerima pengakuan Mohamed Azmin Ali bahawa Timbalan Presiden itu difitnah apabila dikaitkan dengan gambar lelaki melakukan aksi panas dengan seorang wanita yang tersiar dalam beberapa laman blog dan akhbar sejak beberapa hari lalu.
Parti itu juga begitu yakin dengan pengakuan Mohamed Azmin malah menegaskan tidak akan mempercayai siasatan polis sungguhpun dakwaan tersebut dapat dibuktikan.


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata parti itu begitu pasti bahawa Mohamad Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak difitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Kita percaya Azmin tidak terlibat dan beliau difitnah dalam kes ini.
"Kami sangat mengenali Azmin. Jadi tidak kira apa pun, kami akan tetap mempercayai beliau tidak terlibat," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.
Terdahulu pada sidang media sebelum itu, Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata, PKR tidak perlu membuat siasatan dalam berhubung dakwaan berkenaan kerana penjelasan dan penafian Mohamed Azmin dianggap sudah memadai.
Namun katanya, jika pihak yang membuat dakwaan mempunyai bukti kukuh ia perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.
"Jika ada kesalahan yang dilakukaan Azmin, serah kepada pihak berkuasa, serahkan kepada majlis agama. Bagi pihak parti tak perlu buat apa-apa siasatan.
"Yang perlu membuktikan ialah orang yang menuduh. Kenapa yang dituduh perlu buktikan. Jadi tak perlu kita jalankan siasatan kerana kita tahu ia satu fitnah.
"Tapi yang paling penting ialah pengakuan Azmin. Beliau memberi penjelasan kepada parti dan parti menerima...itu yang penting," katanya.
Sementara itu ditanya sama ada PKR mempertimbangkan kenyataan Ummi Hafilda Ali bahawa beliau yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki dalam aksi panas itu adalah imej abang kandungnya, Kamarul berkata: "Bagi kami dia tidak mempunyai kredibiliti."
Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.
Bagaimanapun, Mohamed Azmin segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh Umno sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.
**Agaknya kalau Anwar dan Azmin main bontot dia orang pun dia orang masih tak percaya yang dia orang kena main...hahahha

7 comments:

Anonymous said...

Pkr mana pernah peraya walaupun berlaku depan mata Zuraidah

Anonymous said...

ni la die.. dh la bangang x blh diajar.. pandai x blh di ikut.. aku tgk muke mak lampir tu smpi trmimpi2.. tr lalu serammmm

Anonymous said...

Manusia "Buta"sentiasa akan mengHALALkan cara... Buat apa nak menikmati dosa orang lain sedangkan banyak lg PAHALA boleh kita buat...

Anonymous said...

AZMIN DENGAN ANWAR DAH TAHU,APA PUN DEPA BUAT PASTI ULAMAK PAS SOKONG DEPA.SEBAB TU DEPA SANGGUP BUAT MAKSIAT,BINI DIA BOS TIBAI.PERKERJA BOS PULAK DIA TIBAI.UMNO PULAK DAPAT NAMA BUSUK.HAHAHA

Kasih Salina said...

gambar lain, isi lain..hmm

www.kasihsalina.com lagi bermanfaat

Anonymous said...

Mereka itu semua berajakan kepada kepala botak yang tiada otak dan tiada mata. Sebab itu sukat untuk melihat dan berfikir.

alias alhamdi said...

teruk betul la blog ni ...etika seorang muslim tak nampak pun

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.