PANAS : PERKAHWINAN FASHA SANDA TIDAK DRESTU IBU MERTUANYA



Pelakon jelita Fasha Sandha yang baru saja seminggu bergelar isteri kepada Rizal Ashram Ramli aka Jejai enggan mengulas dakwaan kononnya mahligai yang dibina bersama anak bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib itu tidak mendapat restu.

"Maaf saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu," ujarnya ringkas ketika ditemui baru-baru ini. Fasha berkata, apa yang penting adalah perkahwinan mereka. Malah dia kini bahagia dan bersyukur kepada Allah kerana telah memberikannya seorang suami yang baik.

Fasha dan Jejai selamat diijabkabulkan pada 27 April lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara.

Ketika di majlis serba sederhana tapi meriah yang dihadiri kira-kira 250 tetamu itu, wakil keluarga Jejai yang kelihatan hanyalah bapanya sahaja sebaliknya ibu beliau iaitu Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah tidak berada pada majlis tersebut.

Situasi tersebut lantas menimbulkan spekulasi kononnya keluarga lelaki tidak merestui perkahwinan berkenaan.

Sementara itu, bercerita mengenai kehidupan sebagai isteri, Fasha memberitahu dia masih belajar bagaimana ingin menjadi seorang isteri yang baik namun memberitahu sedang meniti hari bahagia.

Tambahnya, tidak sukar untuk menambat hati Jejai kerana suaminya itu adalah seorang yang ringkas dan tidak cerewet.

"Mungkin kami telah berkawan lama sebelum berkahwin jadi senang untuk memahami sikap dan kehendaknya. Bagaimanapun saya masih belajar untuk menjadi seorang isteri," ujarnya.

Fasha dan suaminya akan berangkat ke Pulau Redang, Terengganu pada minggu hadapan bagi meraikan bulan madu. -Malaysian Digest
PANAS : PERKAHWINAN FASHA SANDA TIDAK DRESTU IBU MERTUANYA PANAS : PERKAHWINAN FASHA SANDA TIDAK DRESTU IBU MERTUANYA Reviewed by Empayar Pemuda on 1:43 AM Rating: 5

5 comments:

  1. doakan semoga perkahwinan pasangan dua sejoli ni kekal lama la ye dgn perkahwinan di atas kekecewaan org lain....

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah....bagus la dapat mencegah dari kemaksiatan.....amin.....

    ReplyDelete
  3. Sahlah selepas ini akan ada seorang lagi janda dikalangan artis.

    ReplyDelete
  4. Tahniah sbb dh bgelar istri and dh brisi...smoga slepas ini,jgn ada pkelahian lg.jg kndungan

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.