Sunday, May 6, 2012


Penganjur Bersih 3.0 tidak seharusnya menyalahkan pihak berkuasa atas kejadian keganasan yang berlaku Sabtu lalu ketika perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, kata Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Penganjur Bersih 3.0 bukan kumpulan “malaikat yang diturunkan dari syurga dan langsung tidak boleh dipersalahkan.”
“Mereka seharusnya menerima elemen tambahan daripada perhimpunan anjuran mereka yang menimbulkan kekecohan dan huru-hara selagi mana ianya masuk akal,” kata Naib Presiden DAP itu dipetik akhbar The Star.
“Mereka meletakkan beban kesalahan itu di bahu pihak polis, sedangkan mereka harus sedar mereka juga bersalah,” tambahnya.
Tunku Abdul Aziz, yang juga Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia berkata, walaupun pihaknya tidak menafikan ada sesetengah peserta yang sememangnya benar-benar menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, “namun, sebagai bukti, ada juga pihak yang berfikiran sebaliknya.”
“Bersih 3.0 hilang kawalan daripada matlamat utama mereka kerana ia telah disabotaj,” kata pemimpin DAP berkenaan.

Tunku Abdul Aziz telah mengeluarkan kata-kata lantang terhadap kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat (PR) yang secara terbuka menyatakan beliau tidak menyokong perhimpunan Bersih 3.0 kerana ia “menyemai semangat rakyat untuk melanggar undang-undang.”
“Penentangan saya terhadap demonstrasi seperti ini - menggalakkan rakyat melanggar undang-undang sedangkan kita adalah pemimpin mereka yang menggubal undang-undang.
“Saya dapat rasakan berlakunya konflik di sini.
“Saya tidak kisah jika perhimpunan itu tidak menyalahi undang-undang, namun melanggar undang-undang tidak akan saya sokong,” katanya sehari sebelum Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Kenyataannya itu mendapat reaksi negatif Setiausaha Agung DAP,  Lim Guan Eng yang menegaskan pendirian Tunku Abdul Aziz itu memalukan parti.

3 comments:

Anonymous said...

... dan sekiranya mereka berjaya menawan putra jaya ... pada masa itu semangat melawan kerajaan akan beralih kepada umno pulak, pada masa ini apa mereka nak kata.

leito said...

http://www.centplay.com/affiliate/id_139/

Anonymous said...

Kalau pembgkg naik, kebebasan bersuara akan hlg. Jgn hrp la nk demo pape.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.