NIKAH PADA USIA 16 TAHUN...



BACHOK: "Demi cinta kami sanggup berkahwin pada usia muda walaupun suami baru berusia 18 tahun," kata Ekin, 16, (bukan nama sebenar) yang selamat diijabkabulkan malam tadi.

Ekin yang hanya belajar sehingga Tingkatan Empat berkata, walaupun pernikahannya akan menjadi ‘buah mulut’ penduduk kampung, beliau sanggup menghadapi demi kasihnya kepada suami.

“Saya adalah anak sulung daripada lima beradik dan adik bongsu saya sekarang baru berusia dua tahun.

“Demi mereka, saya sanggup berkahwin muda supaya bebanan yang terpaksa ditanggung bapa lebih ringan tambahan lagi dia sendiri sudah berkahwin baru selepas kematian ibu pada 2008,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya, di sini semalam.

Mengimbas perkenalannya dengan suami dikenali sebagai Izad (bukan nama sebenar), Ekin berkata, ia bermula dua tahun lalu ketika mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kandis, Bachok.


“Ketika itu saya berada di Tingkatan Tiga dan akan menempuh Penilaian Menengah Rendah (PMR) manakala Izad berada di Tingkatan Lima dan akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya. Ekin berkata, suaminya bakal melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Perak selepas mendapat keputusan agak membanggakan dalam peperiksaan SPM, baru-baru ini.

Katanya, dia akan tinggal bersama adik-adiknya selepas suaminya menyambung pelajaran.

Ekin berkata, dia sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri walaupun tanggungjawab itu adalah tugas yang sukar untuk dia laksanakan terutama pada usia yang muda.

“Apa yang saya harapkan dari perkahwinan ini adalah supaya rumah tangga saya kekal hingga ke akhir hayat bersama suami dan kami akan buktikan kepada masyarakat yang berkahwin pada usia yang muda bukan menjadi satu masalah dalam alam perkahwinan,” katanya.
NIKAH PADA USIA 16 TAHUN... NIKAH PADA USIA 16 TAHUN... Reviewed by Empayar Pemuda on 5:34 PM Rating: 5

9 comments:

  1. Macam manalah suami yang baru nak masuk kolej/universiti belajar nak menanggung tanggungjawab kepada isteri? belajar tu ada gaji ke nak bagi keperluan makan pakai bini?...

    Kawin tu nak ringankan beban ke tambahkan beban?

    ReplyDelete
  2. Tahan ke sang suami godaan siswi siswi kolej/universiti, darah muda katakan..si isteri walaupun masih muda tetap akan membebankan suami yang dah berdegree..jangan sedih kalau suami malu isteri setakat ting 4..sayang lah dek ...tambah beban ada lainlah kalau keturunan bangsawan..contoh yang tak baik pada adik adik..apadah..isteri dok jaga adik adik serta beribu tiri suami joli..
    macam drama..budak akal elek pak pulak asyik membelai isteri baru yang merana kamu sendiri..kesihan..tiada beban batu digalas...

    ReplyDelete
  3. jodoh tu ketetapan Allah jd jgnlah kita mempersoalkan kebahagiaan seseorang hamba Allah tu,
    jgnlah kita hanya nmpk kelemahan org lain ,kelemahan kita mukin lebih byk

    ReplyDelete
  4. Boleh guna wang ptptn utk tanggung isteri boleh juga kan?itu pun kalau ptptn tidak di mansuhkan,harap BN menanglah utk kekalkan ptptn,kalau tidak ptptn akan di mansuhkan kalau pr memerentah!!.

    ReplyDelete
  5. 1-Melepas lah iblis yang "in-charge" division seks luar nikah....

    2-Tapi setan yang bertopeng manusia akan lawan dengan undang undang buatan manusia (Statutory Rape/Sex with minor)...

    ReplyDelete
  6. Kahwin muda xpa, sekurangnya terlepas dosa zina..

    HOT!! BUKTI RAJA NONG CHIK SALAHGUNA KUASA!! Baca di sini..

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Dia kata nak kawin sebab nak ringankan beban bapa dia nak tanggung keluarga. Saya ingatkan dia akan tinggal dgn suami dia so beban bapa dia akan kurang. Tapi dia masih tinggal dgn keluarga dia juga. Apa salahnya dia teruskan belajar sampai SPM. Jika ada sijil SPM boleh kerja apa2 saja asalkan dapat gaji sikit boleh bantuan ringankan beban bapa dia & bantu persekolahan adik2. Saya tak nampak rasional dia perlu kawin cepat tapi suami tinggal di Perak & dia masih tinggal di Kelantan. Kalau suami dia boleh hantar duit belanja bulanan ok la jugak. Tapi suami akan berada di Perak selama 2-3 tahun. Seperti anon di atas kata, banyak godaan nanti di kampus. Mungkin di sekolah hanya cinta monyet.

    ReplyDelete
  8. uiyoo muda2 ag dh khawin elok laa tu.. syaitan takut kalu manusia khawin awal!

    ReplyDelete
  9. kawin utk sex la tuu.. nak elak anak luar nikah

    "jodoh tu ketetapan Allah" esok lusa tak kemana tetap jodoh kita juga ya tak ? so kenapa nak terburu2? kan elok tumpuksn pelajaran dulu

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.