NEELOFA SETUJU 7 PRINSIP INI...


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat menggariskan tujuh sebab rakyat perlu memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.



Menurut beliau tujuh prinsip berkenaan perlu menjadi pertimbangan dan perbandingan rakyat bagi membuat pilihan sama ada mahu mengekalkan BN sebagai kerajaan yang memerintah ataupun sebaliknya.

"Bila kita nak buat pilihan nanti...bila sampai masanya (pilihan raya), saya nak paparkan tujuh prinsip yang boleh bantu kita buat penilaian dan pertimbangan.

"Pertamanya pertimbangkan antara BN dan pembangkang mana satu kepimpinan yang boleh dipercayai dan tepati janji.

"Keduanya pilihlah siapa antara BN dan pembangkang yang boleh tentukan esok lebih baik daripada hari ini," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke 66 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Jumaat.

Selain itu Najib yang juga Presiden Umno berkata, rakyat perlu pertimbangkan pihak mana yang boleh mempertahankan rukun negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya lagi rakyat juga perlu kepimpinan yang boleh menguruskan ekonomi negara dengan baik dan memastikan perpaduan dan keharmonian negara dapat dikekalkan.

Tambah Najib lagi, kerajaan yang boleh membuat perubahan dan pembaharuan secara tersusun melalui pelbagai pelan transformasi juga perlu menjadi pertimbangan utama.

"Bukan itu sahaja, rakyat juga perlu pilih pemimpin yang boleh tentukan kemakmuran negara sehingga mencapai negara maju berpendapatan tinggi," katanya ketika berucap di hadapan lebih 100,000 ahli danpenyokong Umno.
NEELOFA SETUJU 7 PRINSIP INI... NEELOFA SETUJU 7 PRINSIP INI... Reviewed by Empayar Pemuda on 12:59 AM Rating: 5

6 comments:

  1. Saya pun tidak berapa fahamlah kenapa Cik Neelofa ini selalu ditonjolkan berita mengenai aktiviti dan jadual kerja harian baik di media arus perdana atau pun oleh blogger2.Apakah kelebihan2 yang ada pada Neelofa.Lakonan taklah berapa hebat sangat,lawa taklah berapa lawa sangat,lawa macam kebiasaan orang2 perempuan Kelantan.Mingguan Malaysia/Utusan Malaysia boleh dikatakan tiap2minggu mesti ada cerita fasal awek ini.Saya tidak tahu apakah agenda yang tersirat dikalangan sidang meja redaksi Utusan Malaysia yang mahu ditonjolkan.Kadang2 rasa meluat pula macam tidak ada bintang baru yang mahu diketengahkan.

    ReplyDelete
  2. Soklan Anonymous tu...tolong jwp seikhlas hati tuan Empayar Pemuda..bagila diorg paham. Xlah manjang "angkat kening garu kepala" dek kerana heran napela si Neelofa nie sering menjadi berita,cover majalah dsb..kalau EP X nak jwp meh sye tulun jwbkn..

    Secara logikny cuba Anonymous tye diri sendiri kenapa
    1. kalau kita bisnes kita plu buat R&D? Produk apa nk jual..mestilah nak produk yg org cari kn? produk yg bleh menarik perhatian pelanggan.xkn nk jual produk hampeh
    2.,kalau anda seorg editor majlah..mestilah nk cover hot news, tulis berita semasa dn yg ptg berita yg org suka nk baca..xkan nk buat berita yg org x heran..bankrupt ler company.
    3. Kenapa Avon ambik Neelofa sbg duta..sye pnah bce feedback Avon dn distributer Avon yg bpuas hati krn produk khusus Neelofa iaitu UMR lipstick dpt sambutn hangt..kerjasama Neelofa juga tiptop!
    4. Kenape Event2 pting & besar nk suruh Neelofa jd MC? Fyi mostly event spt corporate dinner dbuat oleh company swasta dn perhotelan ..makneny company yg mementingkn monatory value.berasakn keuntungn..
    5. Kenape syarikat yg nk launch produk baru or sambut ulang thun nak Neelofa buat appearance & mmperagakn barangn dkat event diorg cthny baru2 nie Habib Jewel..b4 this Raflesia..kedua ny jual emas dn berlian

    Anonymous jgn fikir suma nk agenda..suma nk politik..x suma yg ada masa nk berpolitik sbb iany x menguntungkn individu kecuali menteri..belum lagi kalau awk bukak Mudah.my mesti korang x terfikir yg ramai individu jual brg guna nama Neelofa.x caye..pi la tgok..type "Neelofa" dkat search engine Mudah.my

    Semua yg cover pasal Neelofa ni berkongsi satu kemahuan iaitu "TRAFIK". kalau x thu apa trafik ia sinonim dgn HITS or HINT or SUMBER TARIKAN or MENARIK PERHATIAN org ramai utk MEMBACA,MEMBELI, MENGHADIRKN DIRI, MENONTON, MENDENGAR dsb. Nak tahu lebih lanjut buat researh bg puas hati tnye station tv,radio,majalah,surat khabar & Blogger mcm EP ni.. kenape nk cover Neelofa jer...biar diorg jwb.pi tnye Avon,Produk jam tangan U2, Oxcel( Pusat kecmerlangan Uni. Oxford) dsb nape ambik Neelofa jadi duta. Pi tgok di Twitter siapa yg selalu trending ..yg selalu jd topik twit diorg..pi tgok forum2 di internet siapa yg selalu jd hot topik jd bahan perbicaraan n perbincangan.kenapa rancangan Nona yg dulu dah sendu tp sekarang dh bernafas balik????

    Masih ingt Mawi dulu..dia hanye mng AF..lagu x lah byk sgt..kalau di bnding dgn siti nurhaliza mcm langit dn bumi .filem hancur,bisnes hancur tp org berlumba lumba nk cover, buat news,ambik jadi duta .

    Semuany kerana satu sbb samada neelofa or mawi diorg diminati,punya follower yg ramai..ramai yg memuja,keduany Fenomena..samada anda setuju x setuju itulah hakikatny..samada byk ke x byk drama lakonan atau kekerapan keluar tv bkan kayu ukuran. Samada diorg bukn manusia paling lawa dimuka bumi itu x penting sama sekali..yg paling penting AURA..kalau nk cover bintang baru boleh tapii boleh confirm ker bintang bru ni mampu menarik traffik? Ohya fyi keyword "Neelofa" adalah keyword terhangat dan paling konsisten setahun ini..betul tak tuan tanah...sye pun buat sedikit researh..

    lagipun artis popular mmg sepatutny kurang keluar tv utk menjaga xclusivity diorang..wahhh pjg lebar esei saya..bukan apa setiap persoalan mesti ada jwp..klau Anonymous nk faham lagi cuba2 jd Blogger..guna pengalamn sendiri bgaimana mencari keyword hits x hit...bru anda faham dn berkata "owhhhhhh...mcm ni rupany nk dptkn traffik dan menarik perhatian viewer...."

    So jwp ringkas utk soalan awak Anonymous ialah. mungkin awak dn sebhgian kecik muak dn meluat dgn cerita Neelofa tapi...sebahagian besar mencari dan meminati Neelofa...saye pula adalah --------»»» Infiniti,logik,fakta dn sentiasa maukan evidence!!!! PEACE!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. mmg la dorang nak dgr citer pasal neelofa jerk... hantar ustazah bertudung labuh sapa nak tgkk... huahuahuha.. tu laa.. media akhir zaman.. semoga saya dan keluarga dilindungi fitnah dunia....

    ReplyDelete
  5. Errrrr. I love u Neelofa.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.