KETUA PENERANGAN PKR KATA PEMIMPIN BUAT AKSI ICE CREAM MORAL RENDAH??


**Kalau media siar gambar lucah rendah moral...apa cerita pula pemimpin buat aksi lucah...tinggi moral ke...EP rasa baik ketua penerangan PKR ni tegur dulu pemimpin dia orang sebelum tegur orang lain..

PKR mendakwa tindakan sebuah akhbar yang menggunakan gambar seks seorang lelaki didakwa mirip Timbalan Presiden, Azmin Ali membuktikan tahap moral yang rendah akhbar tersebut dan parti yang menyokongnya.

Ketua penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, strategi ini telah pun digunakan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui beberapa siri fitnah sejak 1998 lagi.

Namun katanya, pendekatan ini terus gagal menjatuhkan pemimpin pembangkang kerana rakyat keseluruhan nyata lebih bijak dalam menilai hakikat dan kebenaran.

Baru-baru ini, beberapa gambar didakwa mirip Azmin tersebar di internet dan menjadi bahan blogger-blogger dan media pro Barisan Nasional (BN) untuk menghentam pemimpin PKR tersebut.

“Apa yang dilakukan ini, hanyalah penerusan kepada budaya tahyul, liar dan lucah yang menjadi anutan agensi tersebut yang telah diamalkan sekian lama melalui pelbagai penerbitannya.

“Adalah jelas, parti dan semua media pendokongnya tidak mempedulikan apakah implikasinya kepada generasi muda yang masih bersih dan belum mengerti apa-apa apabila fitnah seperti ini disebarkan secara terbuka dan berleluasa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
KETUA PENERANGAN PKR KATA PEMIMPIN BUAT AKSI ICE CREAM MORAL RENDAH?? KETUA PENERANGAN PKR KATA PEMIMPIN BUAT AKSI ICE CREAM MORAL RENDAH?? Reviewed by Empayar Pemuda on 2:04 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.