Friday, May 4, 2012


Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin kecewa dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran sikap sambil lewanya berhubung penyiaran berita dan gambar yang mengaitkan pemimpin kanan parti itu melakukan aksi panas bersama seorang wanita.
Menurut Zuraida, ulasan ringkas Abdul Khalid boleh memberi ruang kepada masyarakat untuk membuat tafsiran negatif terutama apabila ia membabitkan dakwaan isu moral Timbalan Presiden parti, Mohamed AzminAli.
"Saya beranggapan respon Menteri Besar terhadap isu Azmin agak mengecewakan bagi pihak kami.
"Sebagai seorang pimpinan dan Menteri Besar yang dilantik oleh parti, beliau tidak boleh memberi jawapan seolah-olah mahu lepas tangan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, Jumaat.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid pada sidang medianya Rabu lalu yang hanya menjawab 'no comment' apabila ditanya pemberita mengenai isu penyiaran gambar dan berita yang mengaitkan Mohamed Azmin bersamaseorang wanita.
Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.
Paling mengejutkan pendedahan blog papagomo.com yang menyiarkan gambarseorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.
Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.
Bagaimanapun, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh Umno sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.

3 comments:

C L J said...

TAK PERLU NAK MARAH MARAH LAAA.
MAKAN DIA BALIK JER .....

Tak Kisah said...

macam mana tak kata 'no komen'..dh tentu dia n kuncu2nya yang pasang cctv tu...diaorg dh sempat'recover' dulu cctv tu baru diorg disclose sama public

Best Business Brands said...

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin kecewa dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran ...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.