Monday, May 7, 2012


Pembangkang jelas tidak mempunyai keyakinan untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyebabkan mereka melemparkan pelbagai tuduhan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan sedia ada zalim dan perlu digulingkan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pembangkang sudah banyak kali berdepan dengan kekalahan malah sejak negara ini merdeka, mereka tidak pernah menang di peringkat pusat.
"Sebab itu mereka mahu bersedia, kalau kalah kali ini (PRU13), mereka akan cetuskan huru-hara, buat demonstrasi dan desakan yang kononnya kerajaan menipu untuk menang.
"Ini memang pendekatan pembangkang yang bertujuan menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi, bahkan Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat) sendiri turut mengatakan bahawa demontrasi ini halal," katanya pada sidang media selepas menghadiri program Wacana Tokoh Negarawan bersama penjawat awam, hari ini.
Dalam ucapannya, Mahathir berkata, pembangkang melihat bahawa mereka tidak mungkin memenangi pilihan raya atau membentuk kerajaan menerusi sistem demokrasi.
"Saya percaya pembangkang kurang yakin untuk menang dalam pilihan raya. Mereka sudah cuba 55 tahun tetapi rakyat tetap pilih kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan, tidak pilih parti lawan.
"Ada juga negeri yang pilih mereka tetapi tidak di peringkat pusat. Mereka tidak pernah menang, sebab itu mereka sekarang ini cuba menggambarkan kerajaan ini zalim dan harus digulingkan (oleh rakyat)," katanya.
Menurutnya, usaha dan dakwaan memburuk-burukkan imej polis merupakan satu lagi helah pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.
"Ada usaha yang sedang dibuat untuk memburuk-burukkan polis, dan menunjukkan ia sebagai satu lagi bukti kezaliman kerajaan, agar rakyat memberontak bagi menjatuhkan kerajaan.
"Betulkah kerajaan ini zalim sedangkan banyak nikmat yang sudah dikecapi rakyat selama ini. Namun mereka tetap menyatakan kerajaan zalim untuk menghalalkan tindakan yang mereka lakukan," katanya.

6 comments:

Anonymous said...

harap TUN M turun padang balik...

pejuang hamas...

Anonymous said...

komen yg diulang-ulang selama 23 tahun sbg pm.tidak relevan dgn zaman ni.berehat sajalah....

Anonymous said...

kalau ko nak tahu PM ni la yg mat sabu cakap nyanyok>>>tapi alhamdulillah allah maha kaya. sampai sekarang dia masih lakukan sesuatu untuk negara>>yang tok guru dah terlebih umur pon ko org xnak ckap nyanyok pon>>apa? sbb dia tok guru?
mana punya turrr mai pon tak tau????

Anonymous said...

Kata la nyanyok ke hapa ke...terpapar di depan mata segala usaha dan sumbangan Tun dalam memaju dan memakmurkan negara... Nak banding dengan Nik Aziz...ermmmm jauh panggang dari api... Bukan kata nak bangunkan KLCC, air pun x selesai2...Jadilah Tok Garu kat situ....

Anonymous said...

setuju ngan pejuang hamas!die ulang bende yang betol...bukannye ulang ulang menipu rakyat!

Anonymous said...

rakyat perlu sedar.....jgn tertalu taksub dengan pihak pembangkang

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.