Monday, May 21, 2012


**Elok la tu...belajar pun tak habis lagi..dah sibuk nak jadi wakil rakyat pula...Tahniah SMM...

Dilihat sebagai perkembangan terbaru dalam arena politik tempatan, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), pergerakan tidak formal pelajar institut pengajian tinggi, memutuskan untuk meletakkan wakil mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pendirian itu diputuskan dalam sesi pemukiman dua hari pergerakan mahasiswa itu yang berakhir semalam.

Setiausaha SMM, Haziq Abdul Aziz berkata, pihaknya akan menurunkan wakil mereka sama ada sebagai calon Bebas ataupun bertanding atas tiket mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat (PR).

"Buat masa ini kami sudah pun memutuskan untuk bertanding dalam pilihan raya umum. Yang pastinya, berdasarkan perkembangan semasa, kami akan bertanding sebagai calon Bebas.

"Bagaimanapun kami akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan Pakatan Rakyat sama ada akan memberi laluan untuk bertanding," kata Haziq sambil menambah, perkara itu dimasukkan dalam senarai tuntutan pihaknya menghadapi PRU13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

"Kami akan menampilkan calon untuk bertanding, mahu membawa suara mahasiswa, golngan pelajar," katanya.

Mengenai bilangan calon dan kerusi hendak ditandingi, Haziq berkata, aspek itu belum diputuskan dan akan ditentukan dalam satu mesyuarat hari ini.

"Setakat hari ini (semalam), hanya pendirian untuk bertanding dalam pilihan raya diputuskan. Yang lain belum lagi, kami akan adakan mesyuarat esok (hari ini)," kata beliau lagi.

Katanya, pihaknya akan mengadakan perundingan parti-parti politik, tetapi bukan dengan Barisan Nasional (BN).

"Kami akan menentang BN," katanya lagi.

SMM baru-baru ini mengetuai demonstrasi meminta agar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

Perkembangan untuk bertanding ini juga dilihat sebahagian daripada kesan pindaan ke atas Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang diluluskan baru-baru ini. SH

10 comments:

Anonymous said...

jauh terpesong dorang ni...apa objektif sebenarnya penubuhan SMM ini?

macam mana dia ni boleh jadi Solidariti Mahasiswa sedangkan dia sendiri tak nak berusaha habiskan pelajaran sendiri, adakah dengan berpolitik lebih murah dan penting dari habiskan pelajaran??

berapa ramai ahli SMM ni sebenarnnya? adakah mereka ini berdaftar untuk bertanding?

Anonymous said...

nak bertanding pulak? kata takde kaitan dgn politik?...bukti sahih PENIPU!

nak mewakili suara mahasiswa? kah kah kah..nak angkat sang dropout jadi wakil? memang bingai..

Anonymous said...

Inilah ketua PENIPU BESAR, menipu semua mahasiswa, menipu rakyat dan menipu mak bapak mereka kononnya mereka memperjuangkan kebebasan akedemik. Inilah sebenarnya agenda mereka ini, nak main politik. Kalau dah bodoh tu tak payahla nak jadi wakil kepada rakyat. Siapa yg nak undi kamu semua ni sedangkan warga umum semua universiti tak mengaku kamu semua ni mewakili mahasiswa di semua universiti. Kalau otak dah tak betul dan mempunyai hati yg busuk maka kamu semua lebih layak menjadi pecacai membuang sampah sarap di Selangor ni. Itu habuan kamu semua yg tepat! Jangan membazir masa rakyat la dengan hasrat kamu ni. Piraaaahhhh...

Anonymous said...

Saper sponsor? Boleh lepas hutang PTPTN ni

Sofiena . said...

kasihan....entah di mana emak bapa calon masuk U yg tak berpendapatan tetap dan miskin nak korek duit bagi biaya anak masa kat U nanti kalau x de ptptn. Harap nak dpt bantuan drp si pencacai dan balaci-balacinya yg entah apa-apa tu. mamposs le jawabnya. kenapa le bodoh sgt smm ni mudah sgt dimainkn oleh dsai.... otak dah x centre apa nak but kan...kan..kan....

Anonymous said...

memang sah bebudak smm ni kaya.mana dia orang ni dapat duit.kalau benar mereka nak bertanding pd pru 13 siaplah leher kau utk disembelih.sebab pr awal-awal dah booking kawasan selamat utk mereka.

Anonymous said...

dik oiiii, nak berpolitik sangat, berenti je jadi pelajar.. ha ha haha
kesian mak bapak ko... dunia tu je ko nampak.. ptptn - mahasiswa - auku..adoiiii

Anonymous said...

Kesian kat mak dia....
Tp nk bt mcm mna.. Dia pun anak haram

Anonymous said...

dia ni hanya nampak jalan nak kaya cepat ja.

Anonymous said...

rakyat x akan bagi undi percuma pd pelajar 1/2 matang ni.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.