Wednesday, May 16, 2012


”Mengembeleng tenaga dengan menjadikan Hari Belia Negara 2012 pada kali ini merupakan satu platform dan peluang yang patut direbut untuk menjadikan Kementerian Belia dan Sukan sebagai satu kementerian yang hebat ”, ujar Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek pada Perhimpunan Mesra Bulanan KBS bagi Mei di sini, hari ini.

Perhimpunan Jutaan Belia yang bakal dilaksanakan pada 23 hingga 27 Mei nanti perlu mendapat kerjasama daripada semua bahagian di kementerian ini bagi  merealisasikan impian yang direncanakan bersama sebelum ini “Dalam kebisingan kita dalam merealisasikan Himpunan Jutaan Belia ini, kita tidak perlu untuk menyalahkan antara satu dengan lain tetapi kebisingan kita adalah untuk menggerakkan sebarang kerja dengan kerjasama yang bersepadu daripada semua pihak,” tambah beliau lagi .

“Kita tidak perlu sakit hati, berasa hati, berkecil hati,makan hati ,jauh hati atau sebagainya sebaliknya kita mesti fokus dan bersama-sama mencapai apa yang kita usahakan selama ini. Kita ibarat berada di atas sebuah kapal yang menuju ke lautan yang belum pernah diterokai orang lain dan peranan semua pihak amat perlu bagi menentukan perjalanan kita itu berjaya.”

Beliau juga mengingatkan agar kita tidak lekas berasa gembira atau tidak sabra-sabar untuk mearikan kejayaan kita sebelum selesai melaksanakan tugasan kita kerana kelekaan kita itu akan menyebabkan kita hilang fokus dan menemui kegagalan di akhirnya.

Dimasa yang sama, seramai 40 diplomat asing dari seluruh dunia dijangka bersama-sama memeriahkan Hari Belia Negara 2012 sekali gus memberi peluang kepada KBS untuk membuktikan penganjuran HBN ini merupakan satu karnival yang terbaik dan terbesar untuk mempromosi Malaysia sehingga menjadi tarikan kepada negara-negara luar untuk mengambil bahagian di dalam penganjurannya pada tahun-tahun akan datang.

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek mengharapkan dalam masa seminggu ini setiap warga KBS berlapang dada dan mengikhlaskan diri pada sebarang kerja-kerja akhir untuk menuju gerbang HBN 2012 yang semakin hampir.


PAMERAN KERJAYA, PENDAFTARAN ONLINE, 
TEMUDUGA TERBUKA, MOTIVASI KERJAYA  
DAN BANYAK LAGI...

Datanglah beramai-ramai di Presint 3 Putrajaya !!!

Gerbang Kerjaya adalah program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia dan ia adalah salah satu program Hari Belia Negara – Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan diadakan di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012. 


Belia-belia lepasan SPM, Diploma dan Ijazah serta kelulusan lain yang diikhtiraf boleh berkunjung ke Gerbang Kerjaya bagi mendapatkan maklumat dan info serta khidmat nasihat yang berkaitan dengan kerjaya. Sebanyak 100 Booth pameran di mana melibatkan lebih 70 agensi / syarikat yang akan bersama-sama menyertai program ini.

Para pengunjung boleh mendapatkan segala info dan maklumat yang berkaitan seperti, bengkel motivasi kerjaya, panduan & khidmat nasihat kerjaya, kaedah menulis resume, kaedah temuduga & etika berpakaian dan sebagainya. Gerbang Kerjaya juga turut menawarkan temuduga secara terbuka kepada semua selain daripada permohonan secara kaedah online


Bagi membantu para pengunjung yang hadir, JobsMalaysia turut menawarkan khidmat perunding kerjaya dan padanan kerjaya kepada bakal pekerja. Kepada semua rakyat Malaysia dan bakal pekerja, datanglah beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia 2012 di Gerbang Kerjaya untuk mendapatkan info dan maklumat berkaitan pekerjaan dan peluang kerjaya yang bakal ditawarkan kepada anda. 

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.