HOT : SAMPAI MATI PUN ANWAR TAK DAPAT TERIMA KENYATAAN INI...


Tarikh 11 Mei telah terlakar sejarah dalam perjuangan bangsa Melayu yang menyemarakkan semangat rakyat keseluruhannya bagi mengusir penjajah British dan mendaulatkan tanah air daripada terus dibelenggu di bawah telunjuk kuasa asing.
Ledakan semangat berlandaskan kepada perjuangan menentang Gagasan Malayan Union adalah detik awal perjuangan UMNO yang enggan membiarkan bangsa Melayu terus terjajah lantas parti siasah ini dilestarikan dengan manifestasi ke arah kemajuan rakyat keseluruhan.
Sebagaimana asas dan tujuan penubuhannya yang berjuang untuk mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara, UMNO bertanggungjawab mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara dengan mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

Apa yang pasti, usaha untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai agama rasmi negara selain terus menghormati prinsip kebangsaan beragama tetap menjadi pegangan biarpun telah lebih enam dasawarsa usia UMNO.
Memetik kata-kata Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu iaitu;
“…hampir tujuh dekad berjuang sebagai organisasi politik yang menyejarah, mendaging dan mendarah dalam ikhtiar memartabatkan maruah serta mengangkat tinggi kedudukan orang-orang Melayu. Sungguh jauh kita berjalan. Sungguh banyak hitungan masa.
“Walau dihadap segenap cabaran, walau dilempar segala fitnah, walau diterjah sedemikian banyak taktik jahat lagi kotor, digodam dan dihentam oleh pihak lawan, terbukti kita tidak pernah pudar semangat, tidak akan mengalah, dan, tidak akan mungkin padam cita-cita. Bahkan, derap demi derap, terus menyusun strategi, mengatur langkah demi langkah, mara ke hadapan, menjulang panji-panji bangsa, agama dan Negara.”
Telah terbukti perjuangan UMNO bukan untuk kemerdekaan semata-mata malah lebih daripada itu pelbagai lapisan generasi telah merasai jasa dan baktinya kepada setiap individu di negara ini.
Jika pada hari ini ada pihak yang mahu memperjuangkan keadilan dan hak bersuara maka sebenarnya, perjuangan UMNO telah meliputi pertalian tersebut sebagaimana yang terkandung dalam asas dan tujuan penubuhannya iaitu untuk mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
Dengan kata lain, hak keadilan yang diberikan adalah berlandaskan undang-undang dan bukanlah perjuangan membuta tuli tanpa matlamat apatah lagi untuk menghancurkan negara sebagaimana adanya demonstrasi jalanan.
Lebih dari itu, antara kandungan tujuan UMNO ditubuhkan adalah untuk menjamin kedudukan bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang tunggal dengan mengekalkan kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu itu sendiri.
Namun demikian, kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak asasi manusia dan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera tetap terpelihara.
Sebenarnya, bukan hanya ahli-ahli UMNO tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya perlu untuk menerap dan memahami cogan kata parti iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ dalam perjuangan dan menyemarakkannya dalam kehidupan seharian.
Ini kerana, kepentingan bersatu, apatah lagi dalam kehidupan bermasyarakat akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah malah menjadikan bangsa dan negara bertambah kuat kerana dengan mengaplikasikan kebersatuan itu adalah kekuatan yang sebenar.
Dalam memahami erti bersetia, ia adalah keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada parti atau kepercayaan yang tulen untuk pastikan bahawa parti ini akan mencapai kemenangan dalam apa jua cabaran lantas ia digabungkan dengan kesediaan untuk berkhidmat, iaitu sebagai ahli parti yang mempertahankan bangsa Melayu akan pastikan untuk berkhidmat untuk masa depan anak bangsa terus terbela kerana orang Melayu dan bangsa Malaysia sendiri mengharapkan kepada perjuangan UMNO.
Biarpun usia parti ini telah menjejaki 66 tahun, tetapi ia tidak pernah tumpul dengan idea-idea baru bagi meremajakan dan memastikan ‘kecergasan’ sebagaimana membaranya semangat waja di kalangan belia muda.
Lantaran itu, perubahan bukanlah sesuatu yang baru malah ia sentiasa dimanfaatkan bagi memastikan kelangsungan perjuangan terus relevan dari satu generasi ke satu generasi seterusnya. Teras UMNO tetap teguh dan kekal sepanjang zaman sebagaimana perjuangannya dari awal dan kepimpinan yang silih berganti.
Dalam UMNO sendiri, proses pindaan perlembagaan UMNO telah dilakukan dan ini disifatkan sebagai pindaan yang bersejarah selaras dengan inisiatif untuk pendemokrasian parti yang lebih inklusif.
Antara perubahan paling ketara adalah jumlah perwakilan yang terlibat dalam proses pemilihan Ahli Majlis Tertinggi yang diluaskan dari 2010 orang pewakilan bahagian kepada 146,000 orang termasuklah kepada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden itu sendiri boleh ditandingi. Ini dibuat dengan penghapusan sistem kuota dan digantikan dengan sistem pendaftaran yang mempunyai kelayakan minimum untuk bertanding
Namun sesungguhnya, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, rakyat tidak boleh berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan selama ini atau menyerahkan bulat-bulat kepada pucuk pimpinan sahaja sebaliknya sokongan atas perancangan yang dibuat bagi memastikan pelaksanaan berlangsung dengan jayanya perlu seragam.
Dengan cabaran-cabaran baru, muncul keperluan bagi strategi-strategi baru, Wawasan 2020 menjadi satu garis penentu kemajuan dengan Misi Nasional yang menjadi landasan jalan ke hadapan. Teruskanlah langkah dengan tekad dan semangat dalam menyemerakkan perjuangan UMNO terus membara, demi agama Islam tercinta, kerana tanah air Malaysia dan bangsa Melayu selamanya.
Selamat Ulang Tahun UMNO ke-66. Allahu Akhbar! - Media UMNO
HOT : SAMPAI MATI PUN ANWAR TAK DAPAT TERIMA KENYATAAN INI... HOT : SAMPAI MATI PUN ANWAR TAK DAPAT TERIMA KENYATAAN INI... Reviewed by Empayar Pemuda on 4:28 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.