Tuesday, May 15, 2012


Mengapa sehingga kini Wan Azizah tidak berani nak menyaman Ezam walaupun Ezam sejak kebelakangan ini menyerang Anwar dan Wan Azizah bertubi-tubi....Ezam juga telah mencabar Wan Azizah supaya menyamannya tetapi Wan Azizah tetap berdegil tidak mahu menyaman....Kenapa??


Kepada mereka yang belum tahu...sebelum ini Wan Azizah, di dalam blog Anwar pernah membuat permohonan rasmi kepada Ezam agar menghentikan ‘fitnah jahat’ terhadapnya.

Wan Azizah menegaskan yang dia tidak pernah menelefon mengarahkan Ezam menghalang lelaki mendekati Anwar. Dia juga menyatakan yang dia enggan melayan sebarang kenyataan Ezam sambil menuduh Ezam menerima upah dari UMNO.

Ezam pula bertegas bahawa segala-galanya benar belaka.


Menurut kisahnya, lelaki yang dimaksudkan di sini ialah Rashid, iaitu tukang urut peribadi Anwar ketika di penjara Sungai Buloh.

Rashid terus diambil bekerja oleh Anwar di rumahnya apabila kedua-dua mereka bebas dari penjara, sebagai pengganti kepada Sukma yang telah dihalau oleh Wan Azizah.

Apabila Anwar ke Washington, Wan Azizah pantas bertindak menghalau Rashid dari rumah mereka. Jelas di sini, Wan Azizah takutkan Anwar kerana hanya berani menghalau Rashid bila Anwar tidak ada.

Apa terjadi apabila Anwar pulang dan mendapati Rashid tiada, tidaklah pula diketahui oleh sesiapa sebab tidak ada pihak yang meletakkan kamera di belakang langsir rumah Anwar.

Tetapi, semasa Wan Azizah ke Washington untuk melawat anak-anaknya, Anwar tidak turut serta. Maka, peluang itu digunakan Anwar untuk mencari Rashid.

Wan Azizah yang sememangnya arif dengan tabiat suaminya merasa tidak senang hati lalu menelefon Ezam untuk ‘memerhatikan’ abangnya kalau-kalau ada membawa pulang lelaki ke rumah mereka.

Menurut Ezam, ketika mesyuarat di rumah Anwar, Rashid pun keluar dari dapur membawa minuman dan karipap untuk ahli mesyuarat. Kebimbangan Wan Azizah nampaknya berasas.

Namun, Ezam sebagai tetamu tidak punya hak untuk menasihat, menegur atau bertanya kepada Anwar mengenai Rashid, bagi menjalankan amanah yang diberikan oleh Wan Azizah kepadanya. - Unspinner


EP dari dulu mengharap Wan Azizah dapat menyaman Ezam secepat mungkin supaya fitnah-finah yang dilemparkan oleh Ezam terhadap Anwar dan Wan Azizah (mengikut cerita Wan Azizah) dapat dihentikan dengan segera...Biar mahkamah yang putuskan siapa yang berbohong...

Tetapi nampaknya Wan Azizah telah membuat keputusan bagi hidup dan matinya iaitu dia akan terus bersekongkol dengan perbuatan liwat, fitnah serta menjahanamkan negara, iaitu antara dosa-dosa paling besar dalam Islam. Dan pastinya, Wan Azizah telah bersedia menerima apa saja hukuman terhadap dosa-dosa ini.


Taat pada suami pun ada batasnya
Taat kepada peliwat, penyebar fitnah dan pengkhianat negara itu bukan taat namanya, tetapi sama-sama jahat.



Saksikan video ini...



0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.