HOT : PONTENG SEKOLAH UNTUK BERZINA DENGAN KEKASIH DIRUMAH SENDIRI...


Georgetown – Ketika umat Islam bersiap-siap untuk menunaikan solat Jumaat, seorang remaja lelaki 16 tahun bersama pasangannya yang berusia 17 tahun, asyik memadu asmara di bilik tidur rumah gadis berkenaan di Kepala Batas dekat sini, Jumaat lalu.

Remaja perempuan itu mengambil kesempatan ketiadaan bapanya yang keluar bekerja untuk membawa teman lelakinya masuk ke dalam rumah.

Difahamkan, gadis berkenaan kerap membawa teman lelakinya itu ke rumah, namun kejadian Jumaat lalu, mereka dicekup sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 12:15 tengah hari.

Ketika dicekup, kedua-duanya yang ponteng sekolah, mengaku baru selesai melakukan hubungan seks dan pemeriksaan mendapati remaja lelaki itu hanya memakai seluar pendek tanpa seluar dalam.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, hasil maklumat awam pihaknya melakukan pemeriksaan di rumah berkenaa dan menemui seluar sekolah lelaki itu dalam bakul di bilik gadis berkenaan.

“Melalui siasatan, remaja perempuan itu mengaku mengambil teman lelakinya di Teluk Air Tawar dan membawa ke rumah ketika ketiadaan bapanya.

“Dia turuk mengaku sudah dua tahun menjalin hubungan dengan lelaki itu dan kerap melakukan hubungan seks,” katanya.

Khairul Azman berkata, mereka ditahan kerana tidak mempunyai hubungan mahram yang sah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 yang sabit kesalahan boleh didenda RM 3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

**Apa nak jadi dengan budak-budak sekolah zaman sekarang...kecik-kecik lagi sudah berani melakukan aksi-aksi berani mati....Lain kali kalau nak buat kerja-kerja tak senonoh ni..fikir sama hati dan perasaan orang lain.. Tengok contoh diatas...apa dah jadi...tak pasal-pasal ibubapa terpaksa tanggung malu diatas perbuatan anak-anak mereka...


HOT : PONTENG SEKOLAH UNTUK BERZINA DENGAN KEKASIH DIRUMAH SENDIRI... HOT : PONTENG SEKOLAH UNTUK BERZINA DENGAN KEKASIH DIRUMAH SENDIRI... Reviewed by Empayar Pemuda on 12:53 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.