Monday, May 14, 2012



TAHNIAH!!! EP ucapkan kepada Seluruh ahli UMNO sempena Sambutan Hari UMNO ke 66 yang lalu. Meriah… memang meriah…



Tetapi di dalam kemeriahan hari perasmian pada Jumaat lalu, ada beberapa perkara yang tak berapa sedap mata memandang. Bukan tujuan EP nak menghentam sesiapa tapi “there’s always room for improvement” bak kata omputeh.

EP memulakan perjalanan seawal 2 pagi menuju Kuala Lumpur untuk sama-sama meraikan hari bersejarah UMNO. Di sepanjang lebuhraya kami beriringan dengan berpuluh-puluh bas yang membawa ahli UMNO. Di hentian R&R pula sesak dengan ahli-ahli UMNO yang datang dari Utara. Terasa seronok pula melihat senario ini.

Setelah berhenti mandi dan berehat di rumah member…akhirnya kami tiba juga di Stadium Putra Bukit Jalil setelah berjam-jam terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Almaklumlah berpuluh ribu kenderaan ingin menuju ke tempat yang sama. Kemeriahan semakin terasa.. Kehangatan semakin membara. Lautan manusia merah putih mewarnai Stadium Putra Bukit Jalil. Masing-masing berasa bersemangat menunggu detik perasmian oleh YAB Dato Sei Najib. Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik, pakcik-pakcik, tak kira tua muda duduk bersama-sama bagi meraikan hari UMNO.

EP rasa terharu melihat kesungguhan mereka untuk sama-sama berada di Bukit Jalil. TAPI yang peliknya pucuk pimpinan UMNO seolah-olah tidak terharu dengan sokongan ahli UMNO. Yang jeliknya semua exco tertinggi duduk di atas pentas bersama-sama PM. Bukankah molek sekiranya mereka sama-sama duduk di bawah bersama ahli-ahli yang lain. Biarlah PM dan beberapa tokoh saja yang berada di atas. Kenapa perlu duduk di atas? Ini bukan mesyuarat Agong … ini sambutan hari UMNO!!!



Bertambah jeliknya.. apabila usai PM memberi ucapan, menteri-menteri serta exco-exco kelam-kabut bangun untuk bersalam dan mengucapkan tahniah kepada beliau. Tidak ada waktu lainkah? Ini pertama kali mereka bertemu PM kah? Sakit juga mata EP memandang gelagat exco-exco ini yang seolah-olah ingin ‘mengipas’ tak kena tempat.

Bertingkat-tingkat jeliknya bila waktu jamuan bermula. Semua exco tertinggi makan bersama PM. Di dalam bilik berhawa dingin di jamu dengan makanan yang enak-enak. Alangkah moleknya jika mereka makan bersama ahli yang lain. Beramah-mesra, bergurau senda. Mendekatkan diri dengan rakyat. Tidak terdetik kah di hati mereka, “ahli-ahli yang lain.. sudah makan kah mereka?”

Berblok-blok jeliknya melihat Exco-exco yang sanggup berbaris di depan kereta PM untuk mengiringi PM pulang walhal pada ketika itu mereka boleh beramah mesra dengan ahli-ahli UMNO yang hadir dari seluruh Malaysia… sejurus selepas PM meninggalkan majlis, pimpinan tertinggi UMNO termasuk Exco Wanita, Pemuda dan Puteri macam tak cukup tanah turut sama angkat kaki meninggalkan Stadium Bukit Jalil. Cuma ada beberapa Menteri dan Timbalan Menteri je yang beramah mesra dengan ahli UMNO pada ketika itu…Tahniah EP ucapkan pada mereka..antaranya ialah YB Razali Ibrahim..Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia…

EP yang dari tadi sakit mata, sekarang sudah membawa ke sakit hati. Janganlah pentingkan diri sendiri. Orang lain bersengkang mata, menahan letih mengharungi perjalanan beratus-ratus kilometer, menyarungkan baju keramat UMNO dari awal pagi hingga kini… ANDA? Datang disambut. Kenderaan di ascord.. tak perlu meredah kesesakan dan tak perlu berjalan kaki sejauh lebih 3km… Kelam kabut nak balik kenapa????

Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik dan pakcik-pakcik tadi yang duduk bersama.. kini mula meninggalkan tapak perasmian. Masing-masing mencari kenderaan yang harus mereka naiki. Ada yang sesat, ada yang salah bas, ada yang tak tahu ke mana nak dituju. Pada waktu ini di mana ketua mereka? Bukankah sepatutnya mereka bersama-sama ahli yang lain, menghantar mereka ke bas… Melambai tangan dan mengucapkan terima kasih. Di mana mereka?

Dari sakit mata, ke sakit hati, sekarang dah ke sakit jiwa EP dibuatnya dek perangai exco-exco ni. Kesian EP tengok makcik-makcik yang lost ni. Kami bantu apa yang patut. Nak pinjamkan handphone.. makcik-makcik ni tak tau siapa yang mereka harus hubungi. Maklumlah bila dah ramai-ramai. Tempat pun tak familiar.. sepatutnya perlu ada AJK yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal seperti ini.

EP meninggalkan Stadium Bukit Jalil pada jam 1.00 pagi. Di waktu ini masih ada saki baki ahli UMNO yang menunggu kenderaan mereka. Di harap mereka semua selamat tiba ke destinasi masing-masing.

Banyak yang boleh dipelajari dari peristiwa ini. Bagi yang di atas, janganlah lupa pada ahli yang di bawah. Semangat juang  adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik dan pakcik-pakcik tadi harus disanjungi. Tanpa mereka siapalah ANDA. UMNO juga takkan utuh hanya dengan pucuk pimpinan sahaja. Hargai mereka. Bertukar senyuman, bersalaman, bertanya khabar.. walaupun remeh dan kecil bagi ANDA tapi BESAR ertinya bagi mereka d bawah. ANDA ingin disanjungi dan dihormati. Tapi pernahkah ANDA menyanjungi dan menghormati ahli-ahli anda? Di mana ANDA apabila anak-anak buah anda memerlukan anda?...


**Gambar kat atas sekali tu sekadar hiasan...

29 comments:

Anonymous said...

dah memeng itu mentaliti pemimpin UMNO nak buat macamana....

Jokiden said...

Dua bas yang menuju ke selatan tanah air kemalangan semasa dalam perjalanan Pulang. Tok Mat MBNS sempat melawat mereka di HTJ Seremban.

Anonymous said...

masih lg di takok yg lama pemimpin2 yg mcm tue..

Anonymous said...

comfort zone..yg keja kuat PM dan TPM dan ahli2 UMNO..

Terserah pada ahli UMNO dan perwakilan, cantas mereka ni..
Ahli2 UMNO jgn cantas mereka masa PRU..tapi masa pemilihan parti.

aKu HanYa kEraGge said...

Apa bengap sngat... Pm duduk atas.....pon ko nok.. jaless.. tu. Penghormatn untuk... Ketua... La... Jelek apanya........... Dah dia pemimpin.... Kerja di bukn mcm kerja kau....... Umno is the best....... Ntahlah... Kepingin sangat ekk naik pantas ?... Yg ko nampak dia duduk jer ?... Tah cukup ke x tdurnya.. yg asyik ... Memukir hall2 negara. Rakyat. Ko ada kesah?... Ke..? Astagfirullahalazim...

Landak Putih said...

Aku setuju sanggat ngan kEraGge. Umpama pekerja kilang yang hendak membuat kerja Doktor. Biasa duk pegang mesin, boleh ke nak pegang jarung cucuk orang? Luu Pk laaa sendiri. Moral the story: jadi laa diri sendiri, jangan nak berangan jadi orang lain kalau sekolah pon asyik ponteng. Hahahahaha.

Anonymous said...

aKu HanYa kEraGgeMay 15, 2012 12:24 AM

Apa bengapnye ko nih.. Apahal ko masuk ke PM sekali.. EP nih tulis pasal EXCO-EXCO yg lain.. Kalu bodoh jgn tunjuk kat org lain.. Buat malu je.. Ko baca bg abis.. Paham ke x ko nih..

ZoRRo...

Anonymous said...

tu yang aku menyampah dengan exco umno nih...lebih sudu dari kuah...mengipas aje pandai...PM & TPM yang kehulu ke hilir letih buat kerja...hampehhhh

Anonymous said...

Memang bodoh pun...semua ahli umno

mafia said...

memang puak2 OMNO bangang2 jd ape yg korang pelik sebab tu dh xde kuah sudu pun sangup makan heeehee....

Anonymous said...

SEBENARNYA JIKA KALIAN NAK TAU.. MEMANG BEGITULAH KERENAH KEBANYAKKAN PEMIMPIN UMNO NI...MEREKA AKAN BEREBUT2 NAK BERSALAMAN "KONONNYA MENYUCAPKAN TAHNIAH" WALHAL INGIN DAPAT KREDIT AGAR TERPILIHA JD CALON DAN JIKA MEMANG BOLEH JADI MENTERI PENUH..!!

BUDAYA INILAH YG PM NAK UBAH SEBENARNYA !!!

PM NAK MEREKA LEBIH RAPAT DGN AKAR UMBI ..BUKAN DOK MELOBI PM !! CUBA LIHAT JIKA PM NAK KE LUAR NEGARA....PERKARA YG SAMA JUGA AKAN BERLAKU...MALAH AKAN KELIHATAN ORG YG TAK PERNAH JD MENTERI,,,SIBUK BUSY BODY !! TU SEMUA NAK LOBI !! BIAR PM NAMPAK KONONNYA MEREKA SANGGUP KERJA LEBIH MASA !!

SORRY LAH BROTHER... "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN " !!!!

Anonymous said...

masa bertanding exco dulu sampaikan ke toilet diaorg masuk. punya ler nak ambil hati. tapi bila dah menang exco, pijak tanah pun tak mahu.kira nak duduk atas stage je

ombak biru said...

teguran yang membina..bagus,..moga2 ada kalangan exco yg celik it..yg dapat baca teguran ni..hehe

Anonymous said...

bagus teguran lu bro..harap-harap ada yang sedar.

Anonymous said...

itulah kenapa ramai pemuda pemudi sekarang malas nak undi... x tau yg mana benar atau salah.. kerajaan mcm tu pembakang mcm ny.. gad0h hura hara malaysia dah ny.. memang ketua2 umno ke pas ke.. sama aja penting diri sendiri.. datang semata nak jumpa PM aja.. rakyat yg bersekang mata nak fikir undi siapa.. menteri dapat nama, rakyat dapat apa...??

Anonymous said...

Steady EP.. Benda yg tak btol kita patut menegur.. Tak kira la dia datuk ke tan sri ke apa ke? Yang penting rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..



Aryan Brotherhood

Anonymous said...

WELL SAID!!! Di harap orang yang makan cili akan terasa pedasnya. anggap teguran ini sebagai sesuatu yang membina. Bila berada di atas memang kadang2 terlupa apa yang berlaku di bawah. Patut berterima kasih kerana ada orang yang sudi menegur... Don't repeat the same mistake twice..

SYABAS E.P!!!

Anonymous said...

sekali sekala exco nak duduk atas stage dengan pm, biarkan la. lagipu mereka layak untuk duduk di situ. jangan jeles

kadiruuun said...

apela yg bengap sangat, yg patut d salah kan pasukan urusetia program tersebut, org2 ni yg patut pikirkan ape yg akan, bakal berlaku pada ahli2 yg datang tak kira dekat@jauh from A to Z. juga apekah program lanjutan antara EXCO dgn AHLI. jangan kan kata ahli yg dtg dr jauh, yg dok dekat pon dah rasa nyesal datang. bukan x rasa gembira berkumpul,berjumpa rakan,tp bila hbis aje ucapan preseden. dah jd anak ayam kehilangan Emak.....FIKIR2KAN......moga2 dmasa hadapan perjalanan program. lebih teratur.

Anonymous said...

HANG AGAK PM baca tak ARTIKEL hang . kalo baca . DATO SERI NAJIB . MARKING PEMIMPIN yang MMACAM PENULIS KATA . REJETED . BAGI GANG MUDA NAIK PLAK .

Anonymous said...

dalam perhimpunan PKR ke PAS ke DAP ke pun sama jugak. exco semua duduk atas stage. pastu mana ada nak beramah mesra dgn ahli2 x berjawatan kat bawah ni. masing2 sombong sebab dah berjawatan

QishSara said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

TEGURAN YG BAIK.SEMOGA SAMPAI KE PIHAK YG SEPATUTNYA.MUNGKIN MEREKA TERLEPAS PANDANG PERKARA2 MACAM NIE...NAMPAK KECIL TETAPI BESAR KESANNYA

Anonymous said...

INILAH BUDAYA PEMIMPIN UMNO YANG DIBAWA OLEH ANWAR IBRAHIM SEMASA BELIAU DALAM UMNO.SAPE YANG TAK IKUT DIA AKAN DICANTAS.... YANG BODOHNYA ORANG YANG MENGAMALKAN BUDAYA INI.... DARI PERINGKAT TERTINGGI... BAHAGIAN DAN CAWANGAN.....
APA NAK BUAT.... MASA UNTUK MELOBI.....BUAT APA SAJA.....

Anonymous said...

Komen @ teguran tu baik..
Saya setuju dgn 'Kadirunn'...isu ini patut dihalatujukan terus kepada 'URUSETIA' program. Saya 'Pemerhati' berada di sana tiga hari berturut2 sejak jam 11pg hari Jumaat sampai 6.00 ptg hari Ahad. Kelemahan paling ketara dan amat dikesali adalah spt berikut:-

- susunatur tapak-tapak niaga : ahli2 UMNO lebih tertumpu di sekitar stadium. Gerai2 yg menjual makanan/minuman juga semua tertumpu di luar dan di pintu masuk stadium. Ada juga satu dua bazar produk ditempatkn di sekitar stadium. Setakat booth UMNO (wanita/puteri/pemuda) tak kisah lagi.

- Malang sekali bagi bazar2 peniaga yg berada di bawah @ belakang stadium. Dgn sewa yang memang tak masuk akal jika di bandingkan dgn keuntungan yg mereka perolehi. Memang mereka mengharapkan ahli-ahli UMNO yg dtg jauh dan dekat utk paling tidak pun menjengah bazar mereka selain drp pengunjung2 biasa. Bertambah malang langsung tiada kalangan ahli-ahli UMNO yg dtg kerana saya yakin atas faktor masa memandangkan sebahagian dari mereka smpi agak lewat dan terus menuju ke stadium begitu PM habis berucap mereka tergesa-gesa utk pulang ke negeri masing2.
Namun dari pemerhatian saya gerai2 mkn dsbnya di bahagian atas kelihatan tak MENANG TANGAN melayan pelanggan..sedangkan gerai2 di bawah tak kira yg menjual makanan mahupun produk byk waktu untuk menongkat dagu. Ini di akui sendiri oleh salah seorang peniaga mkanan yg mengalami kerugian dan ditambah bengang bila beliau merayu utk melalui laluan 'shortcut' menghantar barang makanan ke gerainya tidak dibenarkan oleh penjaga yg katanya cuma utk laluan pihak tertentu shj.
Pendikkata 'PROMOSI' pun tak cukup kuat..Bazar Kamdar yang besar tu pun tak ramai pengunjung ini kan pulak bazar2 kecil ni. Adalah lebih baik sepatutnya kedudukan bazar2 ini semua diselaraskan pada satu kawasan barulah mendapat tumpuan yg seadilnya..bukan berterabur macam itu..Macam perhimpunan Agung UMNO setiap tahun tu lainlah sbb perwakilan berada sepanjang 3 hari persidangan dan sudah pasti ada masa utk bershopping.

- Suasana dlm Stadium: Gangguan di sepanjang TPM & PM berucap sungguh sgt menyakitkan hati dan telinga dgn tiupan 'Air Horn' dari kalangan remaja yg langsung tak menghormati majlis. Saya berharap ada kalangan 'URUSETIA' yg kelihatan hebat2 sgt tu keluar paling tidak pun cuba mengawal atau beri arahan yg sepatutnya. Saya sendiri tidak dpt mendengar dgn jelas dan selesa ucapan TPM & PM. Lebih baik sy duduk dirumah depan TV kata seorang ahli UMNO dari N.Sembilan.
Bukankah ini kelemahan Urusetia?

Anonymous said...

haha umno

Anonymous said...

EP apa yang susah sangat bukankah ep adalah sebahagian dari kumpulan blogger, suara kan lah pada tun Y agar di panjatkan kelemahan ini kepada KJ atau razali supaya dapat diperbaiki.

kita kondem jer takder guna betul tak? kita bukan macam pakatan haram kondem untuk binasa bukan niat kondem untuk membina.

memang ada kelemaham kita akui, tapi macam mana pulak bagi grass root nak luahkan, ep adalah contoh sebahagian grass root yang suara memang diakui dengan blog ini, kasi inform lah dekat KJ ke razali ke, lagi best korang blogger kasi lah satu email kat Pm ke "mewakili sekalian blogger" meluahkan perasan sedikit kekecewaan tapi bertujuan untuk meningkatkan prestasi.

baru ada betul ep. kalau setakat exco tu nak bandingkan jasa ep ngan blogger2 jauh sekali kot, kekadang exco pun tak dapat jawab tomahan2 yang dikenakan.

jangan jadi macam aspan dan sakmongkol kondem kondem kondem....tapi ada dorang buat secara rasmi pergi jumpa pm ke tpm ke jumpa ahli majlis tertinggi ke.....haram J bak kata azwan, tak abis2 kondem kondem kondem

jangan berhenti setakat sini je ep, benda yang perlu dipanjatkan panjatkan, jangan simpan.

korang dah lebih dekat dengan pemimpin2 dari kami grass root ni.

Anonymous said...

cm mn nak tolong rakyat..harga sewa tapak kat area stadium utk 3 ari sama harga byr kete evo utk 1 bln...nie ke nm nak tolong rakyat....duit juta2 bley kasi kat rakyat..xkan harga tapak x bley nak murah...

SutraTV DemVer said...

Hangpa semua ni dok lokla betui...bg la support kat UMNO sampai mampus...bila lg kita nak dahulukan diri untuk UMNO...pemimpin dok last xpa...kita ni kena g dulu...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.