Wednesday, May 16, 2012


Kalau orang yang sanggup berkerjasama dengan syaitan mana pernah ada rasa kesal dalam kamus hidupnya...Matlamatnya cuma satu..umat Islam harus berpercah belah...tidak kira dengan apa cara sekali pun...walaupun dengan mempermainkan hukum Islam...

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak tahu membezakan antara pandangan seorang pejuang Islam dengan pandangan orang politik apabila menyamakan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai pandangan berbaur politik.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, Nik Aziz merupakan seorang ahli politik, meskipun beliau dan partinya mahu memperjuangkan Islam tetapi matlamat parti itu tetap bercirikan politik justeru apa sahaja isu berkaitan Islam, Nik Aziz masih melihatnya sebagai politik.

''Cara orang politik menegakkan Islam berbeza dengan pejuang Islam sejati. Terutama mereka yang terbuka menerima sesiapa sahaja untuk menyertai perjuangan Islam termasuk orang yang bukan Islam. Maka, matlamat perjuangan mereka kebarangkalian mudah tersasar.

''Seorang pendakwah Islam yang baik, dia akan berusaha memperkasakan Islam itu dengan cara yang boleh memelihara kehormatan Islam. Jika dia tidak mampu berjuang seorang diri, dia akan mencari rakan Islam yang lain tetapi bukan rakan yang bukan Islam,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Nik Aziz menempelak pandangan Harussani terhadap Pas dengan menganggap kenyataan Mufti Perak bahawa Pas sudah menyeleweng dan menyalahgunakan agama Islam sebagai pandangan lapuk seorang mufti.

Sementara itu, Bendahari Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia (BNBBC) Mohamed Aziz berkata, Nik Aziz tidak layak bergelar Mursyidul Am Pas kerana beliau sendiri tidak tahu sejarah Pas atau sebenarnya sengaja memesongkan sejarah Pas itu.

Katanya, Pas tertubuh kerana Pengasasnya, Ahmad Fuad atau yang ketika itu Biro Agama UMNO kecewa dengan UMNO setelah gagal merebut kerusi Yang Dipertua UMNO atau kini Presiden UMNO daripada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

''Lalu, Ahmad yang merajuk terus menubuhkan Pas. Persoalannya, adakah Nik Aziz tidak tahu perkara ini atau sengaja buat-buat tidak tahu kerana orang Pas ini suka memutar belit fakta. Nik Aziz yang buta sejarah, bukannya Harussani.

''Nik Aziz tidak perlu menipu rakyat, rakyat juga tahu bahawa sebelum Pas wujud, UMNO lebih awal telah memperjuangkan agama Islam. Mursyidul Am Pas itu jangan terlalu asyik berpolitik hingga lupa soal dunia akhirat,'' katanya.

Mohamed seterusnya mempersoalkan, kenapakah Pas seringkali mempertikaikan kenyataan-kenyataan daripada pihak mufti dalam pelbagai isu dan adakah Pas merasakan mereka itu lebih hebat daripada golongan mufti di negara ini.

''Saya tidak fikir Nik Aziz layak menjadi mufti, meskipun dia itu seorang tok guru di Kelantan tetapi dia memang tidak layak dipilih sebagai mufti,'' katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Pok Nik tok guru taik babi, taik anjing, taik kucing, taik, taik, taik.

Anonymous said...

PUAK2 HANGPA JUGAK DOK KATA...POLITIK DAN AGAMA TAK BOLEH BERPISAH...NI APEKEBENDE NE'AZEH DOK MEREPEK DAN MERAPU NI...MEMANG TAK SENONOH BETUL...PAH PEH PIH POH PUH

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.