Saturday, May 5, 2012


Sebuah petubuhan bukan kerajaan, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) kesal dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang tidak hadir untuk sumpah laknat di Masjid Negara bagi membersihkan namanya yang dikaitkan dengan gambar pemimpin pembangkang miripnya bersama seorang wanita.

Mursyidul Am TIBAI Muhammad Zahid Md Arip berkata Azmin seharusnya menyahut cabaran TIBAI untuk membersihkan namanya daripada fitnah dengan membuat sumpah laknat hari ini bagi menjaga maruah diri dan keluarganya.

"Malangnya Azmin tidak hadir. Azmin kini dilanda sindrom dayus seksual," katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Negara, di sini.

Baru-baru ini, gambar seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang terbabit dalam aksi panas bersama seorang wanita tersiar di akhbar serta beberapa laman blog, dan kini tersebar luas di Internet.

Muhammad Zahid berkata beliau berasa hampa dengan tindakan Azmin yang tidak mahu membuat sumpah laknat dan TIBAI akan terus mencabar Azmin dan mendesak pemimpin itu berbuat demikian.

Beliau juga menjemput Azmin untuk hadir pada program jelajah TIBAI pada 10 Mei ini yang akan diadakan di Pinggiran Batu Caves, Gombak. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.