Saturday, May 5, 2012



Golongan muda di negara ini disaran agar tidak tersalah langkah khususnya terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang tidak memberikan manfaat kepada mereka dan negara.

Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said berkata naluri sebagai orang muda perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dan mereka perlu membuat pilihan yang tepat demi masa depan negara.

“Mungkin hari ini kesan itu kita tidak rasa tetapi 10 tahun, 20 tahun akan datang kesannya akan dirasai oleh golongan muda yang berusia 20 an hari ini.

“Pada ketika dan waktu umurnya mencecah 50 an, barulah mereka akan merasai azabnya seandainya mengikut arah yang dibawa oleh Anwar yang tidak membawa apa-apa manfaat.

“Jadi orang muda kena ingat hari ini jika kita tersalah langkah maka pada masa akan datang pada ketika itu orang muda akan berasa sengsara. Jadi hari ini mereka perlu membuat pilihan yang tepat dan jangan terpengaruh kehendak naluri dan perasaan yang ingin memberonbtak tanpa fikirkan kesan kepada negara kita,” katanya.

Beliau turut menyarankan agar rakyat tidak terpengaruh dengan janji Anwar yang bijak menabur janji di seluruh negara.

“Cara Anwar berpolitik hanya sekadar untuk memenuhi kepentingan peribadi beliau menjadi Perdana Menteri semata-mata tanpa pedulikan apa-apa kesan sampingan kepada agama, bangsa dan negara Malaysia,” katanya.



Zaidi turut menambah Anwar mungkin beranggapan pengundi Permatang Pauh tidak bijak.

“Sebab itu kita lihat janji beliau hanya sekadar di peringkat nasional. Tapi janji di peringkat Parlimen Permatang Pauh kosong jauh sekali baik dari segi ekonomi dan tumpuan terhadap masyarakat.

“Anwar suka bercakap isu nasional, antarabangsa dan mengubah negara ini….Tetapi di sini beliau tidak pernah janjikan apa-apa. Mungkin bagi Anwar orang Permatang Pauh terlalu tidak cerdik. Jadi bagi beliau tidak perlu janjikan apa-apa dan beliau yakin menang dan tidak perlu buat apa-apa.

“Kalau tengok secara mendalam apa Anwar buat untuk orang muda di Permatang Pauh… Sebelum ini bukankah beliau pernah jadi Menteri Belia dan Sukan…. Tetapi di Permatang Pauh bukannya ada stadium pun…kompleks sukan pun tidak ada.

“Sama sekali tidak pernah fikirkan soal orang muda. Apa yang Anwar perjuangkan hari ini tentang keadilan dan yang lain-lain lebih banyak membawa keburukan kepada generasi muda pada masa akana datang,” katanya. -MediaUMNO


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.