Monday, May 7, 2012


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan, beliau tidak pernah menderhaka kepada ibunya dan pada masa yang sama meminta Umno supaya tidak mengheret keluarganya, khususnya ibu beliau ke dalam kancah politik.
Dalam kenyataan dikeluarkan awal pagi ini, Azmin juga berkata, institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan menerusi media.
"Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya.
"Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan ALLAH SWT dan mendapat rahmat-Nya serta beroleh kesihatan yang baik," kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Sehubungan itu, Azmin meminta media supaya tidak mengganggu ibu beliau dan Umno "janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik Umno yang kotor dan jijik."
"Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami citra perjuangan yang murni ini.
"Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelik yang disuburkan oleh Umno dan media yang ditunggangi mereka," katanya lagi.
Dalam kenyataan hari ini, Azmin juga berkata, beliau tidak akan tunduk menyerah kepada tekanan fitnah Umno.
Sebaliknya katanya, beliau akan tumpu kepada usaha dan kerja-kerja parti selaku Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat PKR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangkakan bulan depan.
Dalam tempoh seminggu ini, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berhadapan dengan laporan beberapa media berkenaan isu klip video seks, si lelakinya didakwa mirip beliau dan wawancara ibunya Che Tom Yahaya dengan beberapa akhbar utama dan stesen televisyen serta blog, yang antara lain berkata, beliau sudah sembilan bulan tidak melawatnya dan pintu rumah belum tertutup buat Timbalan Presiden PKR.
**Anak mana yang sayang ibunya..kecuali haiwan je...itu pun ada sesetengah haiwan reti nak sayang ibunya..Tapi Azmin pula macam mana??...dalam kenyataanya...dia menegaskan dia tidak pernah menderhaka kepada ibunya....amboi Azmin..agak-agak la nak nak tipu orang pun...apa TIDAK PERNAH?? Hebat betul Azmin ni...TAK PERNAH menderhaka tu...patutla dia boleh jadi pemimpin suci PKR...hahahahaha..Kenapa Azmin tak jawab dah sembilan bulan dia tak jumpa ibunya ye...Apasal...Azmin duduk di LONDON ke??
Lihat video dibawah ini dan anda nilaikan sendiri sama ada Azmin derhaka atau tidak kepada ibunya...

6 comments:

Anonymous said...

sayu hati mendengar luahan hati ibu azmin... ibu tiada galang gantinya... jangan tunggu... nanti menyesal azmin ooooiii

Anonymous said...

Gambar mcm 'cut and paste' jer.....

hassanpendek said...

Memang ler Azmin pernah melawat ibunya. Tapi gambar tu bila? Yang dikira ialah yang terakhir luahan rasa hati ibunya.

Paling mengkantoikan Azmin ialah menuduh UMNO bertangungjawab sedangkan luahan hati semua ibu tidak boleh dipaksa-paksa. Mungkin Azmin dan Isterinya sebagai ibu lain dari yang lain kot...Wallahuaklam.

sondol adlin said...

Anuar Ibrahim ada lah syaitan jelmaan manusia, Nik Aziz adalah Iblis yang dimurkai olih Allah hingga akhir zaman, bila kedua dua ni nak mampus

sondol adlin said...

Anuar Ibrahim ada lah syaitan jelmaan manusia, Nik Aziz adalah Iblis yang dimurkai olih Allah hingga akhir zaman, bila kedua dua ni nak mampus

Anonymous said...

haishh , ada je yg ta puas hati , korang bangkit g jumpa pm sana , ckp apa yg korg ckp ni , bodohhh jeee , buat baik salah , sume salah , sempurna sangat ke korg ni ? bagus sangat dah ? budush

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.