Friday, May 4, 2012


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan cadangan pembangkang yang ingin meminda Perlembagaan Negara, yang dilihat tidak perlu.

Menurutnya, cadangan untuk meminda Perlembagaan yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai ad-din hanya kata dusta pembangkang.

“Islam memang sudah ad-din, petunjuk. Ia bermaksud Islam memberi petunjuk kepada manusia dan memang untuk kita amati. Tidak payah letak dalam perlembagaan sebagai ad-din kerana Islam (sendiri) memang sudah ad-din.

“Saya lihat ia hanya permainan kata-kata. Macam dulu kata nak negara Islam, mati-mati nak negara Islam lepas itu kata tiada dalam al-Quran, sekarang kata negara berkebajikan pula.

“Ini nak menipu rakyat. Kita tidak boleh taksub dengan sesiapapun dan apa-apa ajaran, kita kena pegang kepada ajaran yang benar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Bicara Negarawan Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Stadium

Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini, semalam.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pakatan pembangkang akan pinda Perlembagaan negara kepada Islam sebagai ad-din, iaitu merangkumi seluruh kehidupan manusia, jika dipilih sebagai kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.SH

8 comments:

Anonymous said...

Salam Bro,Hj.Hadi masih lagi nak temberang ke?Sudah-sudahlah tu Hj.Hadi.Jujurlah kepada diri,agama dan bangsa.Takkanlah Hj.Hadi tak tahu hukuman kepada sesiapa yang berdusta mengenai agama ?Allah Maha Mengetahui!

Anonymous said...

perlembagaan negeri Pulau Pinang, gubal ler dulu..

Anonymous said...

mula2 nak tubuh negara islam lepas tu tukar ke negara kebajikan, alih2 sebut ad-din pula, mana satu yang betul. Cukup2lah menipu. Kesian rakyat yang dungu yang percaya sangan pada tok guru walaupun tok guru palsu. Langkah mayat karpal singh dulu, dah lupa ke

hangkedee said...

Minta maaf dahulu kerna mengKAFIRkan UMNO.sehingga sekarang kenapa bebaik dengan Kafir harbi Dapig LANGKAH MAYAT DULU NAK BAUT NEGARA ISLAM.

Anonymous said...

Dia telah banyak membuat kerosakan.
Bolehkah dia cuci tangan dalam peristiwa berdarah Memali?

Anonymous said...

Mereka cuba hendak menarik perhatian pengundi Islam dengan slogan Islam pada hal mereka dah hancurkan Islam setelah memperalatkan Islam untuk parti politik PAS. Sepatutnya dicabut sahaja perkataan Islam dari parti politik PAS. Baru semua rakyat dapat hidup aman mengamalkan Islam.

Anonymous said...

Pas semakin lama semakin sesat dari pejuangan hingga menjadikan agama satu mainan dan bahan dagangan.. bila2 masa boleh diubah mengikut kepentingan politik Pas

Anonymous said...

PKR dan DAP tak patut bergabung dengan PAS kerana PAS adalah parti fanatik agama. Mereka memperalat agama untuk dapat kuasa politik. Parti seperti ini tak harus wujud di Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Jika PAS berkuasa kita risau negara kita akan menjadi seperti Afghanistan semasa pemerintahan Taliban......

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.