HOT : DATUK NALLAKARUPPAN PERLU FAIL PEMBELAAN SEBELUM 22 MEI...


Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi tempoh sehingga 22 Mei kepada Presiden Parti India Malaysia, Senator Datuk S Nallakaruppan, untuk memfail pernyataan pembelaan berhubung saman fitnah RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera, turut menetapkan tarikh itu sebagai pengurusan kes.
Pada 26 Mac, Anwar memfail saman terhadap Nallakaruppan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak, berhubung perkataan-perkataan beliau (Nallakaruppan) yang mencemar nama baiknya melalui kenyataan yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac.
Nallakaruppan diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, peguam Norhazira Abu Haiyan mewakili Utusan Melayu manakala Latheefa Koya bagi pihak Anwar. 

Dalam pernyataan tuntutan, Anwar berkata perkataan fitnah yang terkandung dalam artikel akhbar berkenaan adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat. 

Anwar mendakwa beliau menghantar surat tuntutan menerusi peguamnya kepada defendan supaya menarik balik perkataan yang berbaur fitnah itu tetapi mereka gagal berbuat demikian. 

Beliau menuntut ganti rugi am berjumlah RM100 juta, selain ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. 
Anwar turut memohon injunksi untuk menghalang defendan dan ejen mereka daripada terus menyatakan atau menyiarkan perkataan yang berbaur fitnah itu. - BERNAMA

Sebelum ini Datuk Nallakaruppan diugut oleh individu yang tidak dikenali kerana bercakap mengenai perangai buruk biseksual Anwar selepas Anwar menfailkan saman RM100 juta...

‘Jangan bercakap mengenai Anwar dan jangan beri sebarang kenyataan kepada media. Jika tidak anda akan dipukul’.
Itu antara ugutan diterima oleh Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan semasa didatangi dua lelaki tidak dikenali petang semalam.
Insiden ugutan itu berlaku hanya beberapa jam selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. atas dakwaan mengaitkan beliau dengan aktiviti biseksual.seterusnya..
**Adakah ini merupakan penamat kepada kisah hidup Anwar yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri...?? Sama-sama kita tunggu...
HOT : DATUK NALLAKARUPPAN PERLU FAIL PEMBELAAN SEBELUM 22 MEI... HOT : DATUK NALLAKARUPPAN PERLU FAIL PEMBELAAN SEBELUM 22 MEI... Reviewed by Empayar Pemuda on 6:42 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.