HOT : CONFIRM AWEK INI TIDAK DIBENARKAN MENUNJUKKAN AKSI TARIANNYA DI PUTRAJAYA...



Sebanyak 500 program meliputi kebudayaan, pendidikan, alam sekitar dan sukan disediakan untuk golongan muda sepanjang lima hari mulai hari ini sempena sambutan Himpunan Jutaan Belia tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Hari Belia Negara Mod Nadzri Yaacob berkata antara program yang diadakan termasuk mendirikan 24 pentas untuk golongan muda yang berbakat mempersembahkan pelbagai genre muzik selain mengadakan aktiviti sukan dan rekreasi, sukan air serta sukan ekstrem.
Ketika ditemui Bernama di sini, Rabu, beliau berharap menerusi pelbagai program yang diadakan itu, perhimpunan berkenaan dapat menarik dua juta golongan muda berbanding satu juta pada tahun lepas.
Sambutan Hari Belia Negara 2012 bertemakan 'Himpunan Jutaan Belia' yang bermula hari ini, dijangka disempurnakan perasmiannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabtu ini.
Mod Nadzri berkata sambutan Hari Belia tahun ini juga mempunyai kelainan tersendiri apabila pelbagai aktiviti turut diadakan untuk golongan muda sepanjang jalan antara Jambatan Putra dan Jambatan Gemilang di sini iaitu sepanjang enam kilometer.
Beliau berkata perhimpunan kali ini akan turut dihadiri oleh golongan muda dari 17 buah negara, yang terdiri daripada negara Asean dan Komanwel.
"Malah Brunei Darussalam akan menghantar belia mereka sebagai peserta bagi memeriahkan sambutan Hari Belia negara, manakala negara lain akan bertindak sebagai pemerhati untuk melihat secara dekat bagaimana kita menganjurkan sambutan mega ini bagi diguna pakai di negara mereka," katanya. - BERNAMA

HOT : CONFIRM AWEK INI TIDAK DIBENARKAN MENUNJUKKAN AKSI TARIANNYA DI PUTRAJAYA... HOT : CONFIRM AWEK INI TIDAK DIBENARKAN MENUNJUKKAN AKSI TARIANNYA DI PUTRAJAYA... Reviewed by Empayar Pemuda on 8:25 AM Rating: 5

2 comments:

  1. JOM BERDUEETT NGAN AIII... HEHEHHE! MESTI MANTOOPPPP YEWWWW

    ReplyDelete
  2. Teruskan mendekati belia.

    KRONI – ANTARA NIK AZIZ DAN RAJA NONG CHIK. Baca di sini.

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.