Tuesday, May 8, 2012


Dulu digelar bohsia, kini dipanggil cikaro. Maksudnya hampir sama, tetapi yang membimbangkan ibu bapa masa kini ialah remaja perempuan ini terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seawal usia 11 tahun, terutama di kalangan keluarga bermasalah.

Berikutan dibiarkan bebas tanpa pengawasan ibu bapa, mereka berebut-rebut menjadi ratu cikaro di kalangan lelaki bernafsu buas dan samseng jalanan. Bagi melayakkan mereka menjadi ratu, sekali gus mudah mendapat teman, tiga kriteria perlu dipenuhi iaitu seksi, gedik dan berani.

Demi mengejar gelaran itu, kebanyakan gadis yang sebahagian besarnya berusia belasan tahun, sanggup menyerahkan mahkota diri kepada samseng jalanan yang baru beberapa jam dikenali.

Berdasarkan tinjauan Metro Ahad, majoriti remaja terbabit berebut gelaran itu kerana menganggapnya sesuatu yang membanggakan, selain mengelak malu ditertawa atau dicop penakut oleh rakan cikaro lain.

Bertindak atas aduan orang ramai, terutama warga kota yang risau melihat kemunculan kembali gadis bohsia, Metro Ahad melakukan siasatan serta tinjauan di beberapa lokasi tumpuan samseng jalanan sekitar bandar raya - Metro

2 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.