Wednesday, May 9, 2012


NAMPAKNYA dunia politik negara sudah menjadi seperti dunia artis barat, tidak reda-reda dengan kisah skandal seks. Daripada yang dibawa ke mahkamah sehinggalah kepada yang bertebaran di ruang-ruang siber dan dada-dada akhbar.


Terbaru yang sedang hangat diperkatakan ialah mengenai gambar-gambar "terlampau" seorang lelaki yang dikata sebagai Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR. Beliau juga merupakan orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Dewan Negeri Selangor kawasan Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak.

Perbahasan selalunya akan bermula sama ada benar atau tidak si pelaku dalam gambar atau video tersebut merupakan ahli politik yang tertuduh. Daripada itu akan ada perbincangan pula siapa punya kerja dan agenda siapa.


Walaupun tampak seperti Azmin namun saya tidaklah berani 100 peratus menyatakan orang tersebut adalah Azmin. Hanya ALLAH, Azmin, dan mereka yang terbabit sahaja mengetahui kebenarannya. Saya bersangka baik bahawa orang tersebut mungkin individu yang menyerupai Azmin.



Namun saya fikir jalan terbaik buat Azmin bukannya melakukan saman malu tetapi membuat laporan Polis kerana ia membabitkan tuduhan yang sangat serius ke atas dirinya. Melalui laporan polis, Azmin bukan sahaja dapat membersihkan dirinya, malah mungkin dapat mengetahui siapa dalang di sebalik isu ini.



Sungguhpun Pakatan dan Azmin sendiri bersungguh mahu menyatakan ini agenda jahat Umno, namun tidak mustahil ini merupakan agenda dalaman parti Azmin sendiri. Ini dapat dilihat dari reaksi beberapa pemimpin PKR yang jelas sekali tidak bersungguh mempertahankan Azmin dalam isu ini.



Seorang pemimpin besar PKR di Selangor enggan mengulas mahu pun mempertahankan Azmin. Pemimpin ini bukan sahaja mempunyai kuasa yang besar di Selangor tetapi juga diketahui berada di kem yang berbeza dengan Timbalan Presiden PKR. Ini menimbulkan tanda tanya apakah terdapat agenda dalam PKR sendiri untuk menjatuhkan Azmin.



Azmin harus berhati-hati dengan musuh dalam selimut kerana telah banyak sejarah politik Melayu tertulis bahawa kejatuhan seseorang pemimpin atau kerajaan Melayu kerap berpunca daripada "orang dalam sendiri" sehingga ada peribahasa Melayu, "bagai gunting dalam lipatan."



Menilai sikap Azmin selama menjadi Timbalan Presiden PKR dan Ketua Penyokong Kerajaan di Dewan Negeri Selangor, maka kemungkinan besar rencana dan agenda menjatuhkannya beliau ini direncanakan oleh orang di dalam partinya sendiri.



Akhirnya sebagai sesama muslim saya berharap Azmin dapat meluangkan masa menemui ibunya. Walau apa pun tanggapan dan perasaan Azmin, perasaan ibunya harus menjadi keutamaan. Pulanglah, sekurang-kurangnya dapat mendamaikan hati seorang ibu. Ingatlah ajaran Islam bahawa "sebahagian syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu kita."

* Dipetik dari blog Cetusan Dr Mohamad Khir Toyo


**Persoalannya berani ke Azmin Ali nak buat laporan Polis menafikan dirinya dalam gambar tersebut??

3 comments:

Anonymous said...

Pakatan Rakyat tak buat sembahyang Hajat ke diatas kemelut penyebaran gambar lucah bakal Timbalan Perdana Menteri,Sebaiknya upacara sembahyang ini di kemudikan oleh YAB Exco Agama Negeri Selangor.Apa macam setuju.

Anonymous said...

Yalah,aku sokong dan sesangatlah berSETUJU dengan cadangannya.Kita buat sembahyang hajat dengan diimamkan oleh MB Selangor selaku orang yg bertanggungjawab mengenai agama di negeri Selangor.
Ramai nak tumpang sekaki kerana nak mencari kebenaran.
Jadi.......bila dan tempatnya YB Exco.Jangan tak buat ya.

Rahim Janggut,

Anonymous said...

Buang masa buat laporan polis... dlm tandas ada kamera... haha... lawak2 la puak2 ni... Aduh.. dah jadi negara porno pulak... kat TV 3 suku porno, utusan meloya porno. perghhh memalukan..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.