HOT : ANWAR PERSENDA KANGKUNG DAN TIMUN??


Mereka yang memiliki nama-nama 'unik' membuatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pening kepala dengan para pengkritik yang mempertikaikan kewujudan golongan tersebut.
Namun, SPR berkata, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuktikan bahawa mereka adalah pengundi yang sah.
Para pengkritik suruhanjaya itu membuat jenaka terhadap nama-nama haiwan, sayur-sayuran dan individu terkemuka yang masih hidup atau meninggal dunia dalam kalangan daftar pemilih seramai 12.8 juta pengundi.
Mereka turut bertanya mengapa wujud pengundi dengan nama seperti Timun, Kangkung, Harimau dan Kuda dalam daftar pemilih.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, mereka yang memiliki nama unik yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak adalah pengundi sah.
Katanya, adalah tidak adil bagi SPR dituduh sengaja mereka nama-nama tersebut dan mendaftarkan pengundi-pengundi yang tidak wujud.
"Agak hairan bahawa pengkritik masih tidak memahami perkara ini yang berada diluar kawalan kami.
"Kami mempunyai pengundi yang memiliki nama seperti Elvis Presley, Reagan dan A.Ramlie bin Jefridin dalam daftar pemilih. Namun, kesemuanya wujud dan merupakan rakyat Malaysia," katanya. (A.Ramli dan Jefri Din merupakan penyanyi terkemuka negara pada 1960)
Abdul Aziz berkata, terdapat pengundi dengan nama seperti Atas Jalan, Tepi Jalan, Machine Gun dan Boeing.
"Selagi butiran tarikh lahir mereka sama dengan rekod JPN, kami tidak boleh mempertikaikan status mereka dan mesti mendaftarkan mereka sebagai pengundi," katanya.
Beliau berkata, SPR terus menerima kritikan berhubung perkara yang diluar kawalan mereka walaupun pelbagai usaha dilakukan pegawai-pegawai untuk memastikan daftar pemilih bersih dan dikemas kini.
Katanya, daftar pemilih mempunyai kira-kira 15,000 pengundi yang nombor kad pengenalan mereka tidak selari dengan jantina seperti ditetapkan JPN.
Bagi jantina lelaki, nombor terakhir dalam 12 digit kad pengenalan merupakan nombor ganjil manakala perempuan pula adalah nombor genap.
"Jika berlaku campur aduk, kami tidak boleh katakan bahawa mereka tidak boleh didaftarkan sebagai pengundi kerana JPN mempunyai rekod mengenai kewujudan mereka.
"Mungkin berlaku kesilapan apabila MyKad diserahkan kepada mereka," katanya.
Abdul Aziz berkata, mereka juga sering dilontarkan dengan pertanyaan mengenai kewujudan pengundi yang memiliki nama serupa dan lahir pada tarikh dan negeri yang sama.
"Perbezaan hanya empat digit terakhir dalam nombor kad pengenalan mereka. Apabila kami mengenal pasti kes ini dengan JPN, kami mendapati mereka didaftarkan pada sejak lahir dan masih hidup," katanya.
Menurut beliau, terdapat beberapa soalan dibangkitkan mengenai kewujudan pengundi yang berusia lebih 100 tahun dalam daftar pemilih walaupun rekod SPR menunjukkan kira-kira 1,000 pengundi bagi golongan tersebut.
"Kami terus mengesahkan maklumat-maklumat tersebut dengan agensi berkaitan. Kami tidak boleh memadam nama-nama pengundi walaupun mereka sudah mencecah usia 100 tahun.
Abdul Aziz berkata, kira-kira 3.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih walaupun pelbagai kempen dilakukan untuk menggalakkan mereka berbuat demikian.
HOT : ANWAR PERSENDA KANGKUNG DAN TIMUN?? HOT : ANWAR PERSENDA KANGKUNG DAN TIMUN?? Reviewed by Empayar Pemuda on 11:28 AM Rating: 5

7 comments:

  1. Pembangkang akan sentiasa cuba putar belit fakta..

    KRONOLOGI ISU ISTIJUARA SDN BHD – RAJA NONG CHIK BAGI KONTRAK PADA ANAK SENDIRI? Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. JANGAN HANYA TAHU MENGKRITIK JIKA ANDA TIDAK TAHU CERITA SEBENAR.

    SAYA PERNAH BERTUGAS DI SABAH DAN SARAWAK SEBAGAI SEORANG PEKERJA PROFESIONAL. DAN NAMA2 ITU MEMANG WUJUD. MALAH ADA NAMA LAIN YANG LEBIH GANJIL. PADA MULANYA MEMANG RASA GANJIL DAN MELUCUKAN TAPI MEREKA MEMANG RAKYAT MALAYSIA YANG SAH. CUMA SAYA TIDAK PASTI MEREKA TELAH MENDAFTAR DENGAN SPR ATAU BELUM. JADI TOLONG JANGAN TUNJUKKAN KELEMAHAN DAN KETIDAKTAHUAN ANDA WAHAI PARA PENGKRITIK KERANA INI SEMUA HANYA MENUNJUKKAN ANDA HANYA TAHU BERCAKAP DAN MENUDUH TETAPI TIDAK TAHU PERKARA SEBENAR. ANDA SEMUA PATUT RASA MALU KERANA HANYA TAHU MENYALAHKAN ORANG LAIN.
    SEKIAN

    ReplyDelete
  3. Nampak sgt yg dok kritik ni tak tau sapa yg duduk dlm negara ni. Nama pelik ni memang wujud. Jgn pulak nak kritik org yg mempunyai nama unik ni semua sebab nama kau is a common name. Tolong lah bukak mata sikit sebelum nak kritik :)

    ReplyDelete
  4. Nama Anwar Al Juburi bin Mat Sabu pun ada agaknya

    ReplyDelete
  5. keunikan nama pada masyarakat kita telah digambarkan sejak zaman tan sri p.ramlee lagi.nama spt LABI BIN KURA-KURA,LABU BIN KUNDIR,SIDIQ ULAM RAJA dll.rakan sekerja saya bernama SAMSU mungkin org akan kata itu hanya gurauan saja,tapi memang nyata. kepada pengkritik jengok-jengok n tinjau-tinjaulah diluar tempurung sebab banyak yg kita tak tau sebenrnya.

    ReplyDelete
  6. SIPUT SERAWAK juga mempunyi nama unik.

    ReplyDelete
  7. Di Singapura ada sorang yang bernama pelik tapi memang ada,dek keterlaluan mingiikut yahudi namaya TOILET LEE,atau toilet lee kuan yew.di-Mlaysia namanya adalah ANWAR FUCKER Sr.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.