Wednesday, May 9, 2012


Penampilan penyanyi, Alyah yang tersingkir di minggu ke lapan Konsert Mania pada Sabtu lalu telah dipertikaikan oleh segelintir pihak kerana kelihatan agak menjolok mata atau boleh dikatakan seksi.
Alyah yang mengenakan gaun pendek berwarna merah paras atas lutut dan mendedahkan lengannya itu menafikan sengaja untuk berpenampilan seksi sebaliknya dia menjelaskan pakaian itu adalah dirinya yang sebenar.
“Saya tidak rasa penampilan saya pada malam ini agak keterlaluan tetapi mungkin ada pihak kelihatan janggal kerana ini pertama kali saya mengenakakan gaun pendek paras atas lutut ketika membuat persembahan di Mania.
“Terus-terang saya tidak mahu berjaga-jaga dengan terlalu mengambil kira apa orang akan cakap tentang penampilan saya apabila keluar di tempat awam atau ketika mengadakan persembahan.
“Malah saya akan bertindak mengikut kehendak saya sendiri, namun tidak lah sampai keterlaluan kerana apa yang saya pakai hari ini adalah diri saya dan bukan ada pakasaan dari mana-mana pihak,” katanya yang ditemui selepas berkahirnya konsert Mania kemarin.
Menyampaikan lagu Jauh Di Sudut Hati dan Kasih dari Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad, Alyah yang berada di bawah Empayar Biru terpaksa meninggalkan Galaksi Mania kerana mendapat undian SMS terendah dari penonton.
Walaubagaimanapun, Alyah dengan hati yang terbuka memohon maaf jika ada pihak yang kurang senang dengan penampilannya pada malam tersebut.
“Saya bagaimanapun meminta maaf jika ada yang kurang senang dengan penampilan saya tetapi percayalah, inilah diri saya dan saya tidak mahu bersikap hipokrit.
“Lagipun saya suka mencuba sesuatu dan akan berubah dari semasa ke semasa,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Alyah yang agak kecewa dengan penyingkirannya pada malam itu berkata dia dan Aubrey akan bersatu untuk menghasilkan sebuah lagu buat album studio terbarunya.
“Saya agak kecewa juga kerana saya telah memberikan yang paling terbaik untuk persembahan malam ini. Namun saya bangga kerana saya keluar dengan cara yang bermaruah.
**Seksi ke Alyah ni..?? EP rasa seksi lagi minah-minah ni daripada Alyah...Apa-apa pun EP ingin ucapkan tahniah pada Alyah kerana meminta maaf diatas keseksian di Konsert Mania..Kalau tak jaga hati peminat...nak jaga hati siapa lagi kan...

Zarina Anjoulie


Miera Leyana

Akma Hisyam

7 comments:

Anonymous said...

lebih baik pakai coli saja...

kaum pas penah berjanji akan menjaga segala apa yg puak pelakon lakukan...

pejuang hamas...

Anonymous said...

kalu nak dibandingkan dengan beberapa artis suam suam kuku malaysia yg selalu pakai baju tak cukup kain untuk cari publisiti murah tu, baju merah Alyah ni tak ada apa apa pun la. Rasanya seksi lagi skirt pendek yg dipakai oleh artis veteran ketika muncul di majlis anugerah di genting beberapa tahun yang lalu. Apa apa pun, bagus lah Alyah mintak maaf. Sekurang kurangnya dia peka dengan keadaan sekeliling. Tak macam sorang artis janda tu yg pakai baju seksi maut disatu majlis di KL tapi bagi statement, saya cuma sesuaikan dengan tema majlis. Adussssss, tak tercapai cungguh akalmu itu.

umNOmore said...

kehkehkehkeh

Produk UMno la ni.. jenis takda MORAL dan MARUAH!!!

kehkehkehkeh..

BODO SOMBONG BINGAI SUKMO

Anonymous said...

HARAM JADAH PUNYA ARTIS.
LOW CLASS MORAL

Anonymous said...

ANAK SAPA LA NI.
TAPI BIASANYA KELUARGA MEMBERI SOKONGAN MORAL.
AYAT KLISEEEEEEEEEEEEE

Anonymous said...

banyak artis seksi ni dari negeri serambi mekah....bukan orang umno/pas yang ajo,tapi pokok pangkalnya hati....artis tu kata....acam mana tu...

Anonymous said...

yg dari negeri tu bkn islam la bodoh ! bkn semuanya islam kat sana , bangang

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.