HOT 18SX : MODEL PLAYBOY LEBIH MENYERLAH DARIPADA 2 CALON PRESIDEN YANG BERDEBAT...



BANDARAYA MEXICO: Perdebatan pertama Presiden Mexico tidak memberikan kemenangan kepada mana-mana calon apabila orang ramai lebih memberi tumpuan kepada model menggiurkan berpakaian gaun ketat yang tiba-tiba muncul di atas pentas tidak sampai 20 saat ketika acara rancak diadakan.

Julia Orayen yang pernah beraksi untuk majalah lucah Playboy muncul dengan berpakaian seksi Ahad lalu sambil membawa bekas dipenuhi kertas arahan yang perlu diperkatakan calon.

Tumpuan penonton segera beralih kepada Orayen yang memakai baju ketat berwarna putih, terbuka luas di bahagian depan mendedahkan lurah payudara. Imej itu disiarkan di muka depan akhbar dan laman web di negara itu.

“Calon terbaik ialah wanita berpakaian putih yang nampak jelas lurah payudara pada permulaan,” kata bekas Menteri Luar Mexico, Jorge Castaneda, dalam akaun Twitter.

Nama Orayen menjadi popular sepanjang hari itu di kalangan penduduk Mexico yang mempunyai akaun Twitter dan mendedahkan kerjanya sebelum ini termasuk imej separuh bogel ketika meraikan Hari Kemerdekaan negara itu.




HOT 18SX : MODEL PLAYBOY LEBIH MENYERLAH DARIPADA 2 CALON PRESIDEN YANG BERDEBAT... HOT 18SX : MODEL PLAYBOY LEBIH MENYERLAH DARIPADA 2 CALON PRESIDEN YANG BERDEBAT... Reviewed by Empayar Pemuda on 1:49 AM Rating: 5

1 comment:

Popular

Powered by Blogger.