HEBAT : LELAKI INI BAKAL PECAHKAN REKOD MENULIS AL-QURAN SEPANJANG 6KM


Seorang pemuda Iraq bercadang mencipta nama sebagai penulis ayat al-Quran paling panjang di dunia, lapor media semalam. Hussein al-Kharsan, 25, berkata dia menjangkakan tulisannya itu sepanjang antara 5,500 dan 6,000 meter. Jika usahanya berjaya, nama Hussein bakal tercatat dalam buku Rekod Dunia Guinness.

Naskhah itu sepatutnya dipamerkan tahun ini, sempena perisytiharan Najaf sebagai Ibu Negara Kebudayaan Islam, tetapi projek berkenaan ditangguhkan ke tarikh yang belum ditetapkan ekoran pelbagai isu, termasuk dakwaan rasuah. Sejak memulakan tugasnya sebulan lalu, Hussein berjaya menyiapkan 13 halaman al-Quran.

Walaupun mengalami kesakitan tengkuk dan belakang, graduan lepasan Universiti Baghdad itu terus tekun menyiapkan naskhah berkenaan selama beberapa jam sehari. Katanya, dia sepatutnya menyiapkan naskhah itu dalam tempoh enam bulan dengan menulis tiga daripada 503 halaman sehari. “Pada awalnya saya berjaya dan menulis selama 16 jam sehari sehingalah saya mula rasa sakit pada minggu kedua,” katanya.

Kini Hussein mengabaikan nasihat doktor supaya berehat, sebaliknya dia memakan pil penahan sakit dan menulis lima jam sehari. - AFP
HEBAT : LELAKI INI BAKAL PECAHKAN REKOD MENULIS AL-QURAN SEPANJANG 6KM HEBAT : LELAKI INI BAKAL PECAHKAN REKOD MENULIS AL-QURAN SEPANJANG 6KM Reviewed by Empayar Pemuda on 4:53 AM Rating: 5

1 comment:

  1. ni korg nk ckp apa ? ahli umno ? cmtu , puiii , makan taik la korg ,

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.