GEMPAR : PEMIMPIN UMNO TERLIBAT DALAM PEMBONGKARAN SOP PIHAK PEMBANGKANG.....


Tindakan pihak pembangkang yang sering menuduh blogger-blogger Umno sebagai dalang menabur fitnah ke atas mereka disangkal oleh Pengerusi Unit Media Baru Umno (UMB), Tun Faisal Ismail.


Tun Faisal ketika ditemui baru-baru ini berkata, pembangkang dewasa ini seolah-olah sudah menjadikan ‘standard operating procedure’ (SOP) mereka untuk meletakkan semua kesalahan di atas bahu Umno sebagai usaha melepaskan diri mereka yang sudah tersepit akibat masalah moral sendiri.

Menurutnya, pimpinan pembangkang dalam Pakatan Rakyat amat jarang mengakui kelemahan dan kesalahan sendiri sebaliknya lebih selesa untuk menuduh orang lain.

Terbaru, katanya membabitkan isu penyebaran gambar seorang yang dikatakan mirip Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali yang dikatakan sedang menjalankan hubungan sulit. Pembangkang mendakwa Umno yang bertanggungjawab menyebarkan gambar yang tersebar meluas di internet itu.


“Kita kena faham, SOP pembangkang ini mudah. Mereka jarang nak mengaku, tak pernah nak mengakui kesalahan sendiri. Sebaliknya akan tuduh orang lain pada kesalahan yang dia buat.

“Samalah, kita tengok (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), (Datuk) Ambiga (Sreenevasan), (Lim) Kit Siang, termasuk yang baru, Azmin.


“Dia (pembangkang) akan tuduh. Kali ini masalahnya mereka tahu sebenarnya dalam Keadilan sendiri ada konflik. Ada pihak yang tak suka Azmin,” kata Tun Faisal.


Tambah beliau, mungkin kesempatan-kesempatan dan kelemahan-kelemahan Azmin telah dimanipulasikan oleh musuh-musuh politik dari partinya sendiri lebih-lebih lagi di saat pilihanraya umum semakin hampir.


Oleh itu katanya, Azmin harus mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum mahu menuduh Umno yang mahu menjatuhkannya.

“Azmin tuduh bila ada video dan gambar yang seperti dia di internet, dia terus tuduh blogger Umno yang buat, sebar bahan-bahan ini di internet. Tapi sebenarnya Azmin kena lihat orang di sekelilingnya.

“Kalau tengok apartment yang dia pergi, tiada orang Umno yang tahu. Saya rasa hanya kalangan yang rapat dengannya sahaja yang tahu. Benda begini (apartment) tiada orang Umno atau Barisan Nasional yang tahu melainkan org Keadilan sendiri.


“Sama macam Anwar, yang dedah bukan orang Umno. Yang dedah adalah sahabat Anwar sendiri, (Datuk) Nallakaruppan dan Datuk (Shazryl) Eskay. Jadi samalah dalam kes Azmin ini, musuh-musuh beliau ada di dalam parti yang mungkin adalah sahabat beliau,” tegas Tun Faisal.


Exco Pemuda Umno Malaysia itu turut menambah yang Azmin telah bertindak secara melulu dengan menyalahkan blogger-blogger Umno dalam perkara tersebut sedangkan UMB sendiri menurutnya, tidak akan tergamak untuk memainkan perkara sedemikian.


Ini katanya adalah berdasarkan fakta bahawa setiap blogger di bawah naungan UMB mempunyai etika dan peraturan yang perlu diikut kerana mereka membawa nama parti yang perlu dijaga.


Sebagai jentera parti katanya, peranan sebenar UMB adalah untuk memberi penerangan tentang kebaikan dasar-dasar kerajaan melalui media social seperti Facebook, Twitter dan blog.

Selain itu katanya, UMB turut berperanan di dalam menangkis serangan-serangan yang dilakukan oleh pembangkang terhadap kerajaan.


“Bila dasar diserang, diperlekeh pembangkang, mereka memperlekehkan tanpa fakta dan penipuan. Ini masalahnya. Dan mereka guna kaedah-kaedah yang tak baik. Mereka melabel pemimpin-pemimpin kita menggelar itu dan ini dan akhirnya menyebabkan kita terpaksa beri respon.


“Dan dalam banyak keadaan, kita menangkis penipuan itu dengan fakta dan kita menangkis dengan kaedah-kaedah kita sendiri. Sebab itu peranan kita adalah, pertama kita menyebarkan maklumat, kedua, kita tangkis fitnah pembangkang,” katanya.- Antarapos

GEMPAR : PEMIMPIN UMNO TERLIBAT DALAM PEMBONGKARAN SOP PIHAK PEMBANGKANG..... GEMPAR : PEMIMPIN UMNO TERLIBAT DALAM PEMBONGKARAN SOP PIHAK PEMBANGKANG..... Reviewed by Empayar Pemuda on 4:45 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Silap rupanya aku terbaca bloger haramjadah UMNO punya entri......patutlah puki emak engkau selalu panas berasap kerana melahirkan anak yang kuat makan rasuah (makan upah fitnah), kafir jauh lebih mulia dari Munafik....(ada faham?)

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.