GEMPAR : LIM GUAN ENG SUDAH MATI??


“Lim Guan Eng sudah mati dan dia tidak wujud lagi di negeri ini.”

Itu yang dilaungkan sekumpulan ahli Perkasa dalam perhimpuanan yang diadakan di sini, hari ini.

Perhimpunan itu dianjurkan bagi melahirkan rasa kekesalan terhadap Ketua Menteri itu kerana dikatakan gagal membela nasib rakyat Pulau Pinang terutama orang Melayu selain tidak menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya umum lalu.

Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Aizudin berkata, mereka kesal apabila Ketua Menteri yang dipilih rakyat itu gagal menjawab persoalan yang dibangkitkan rakyat salain sukar untuk ditemui.

Menurutnya, Guan Eng gagal menjelaskan kepada rakyat berkenaan isu Bayan Mutiara, penjualan tapak masjid dan sekolah serta gagal membina rumah kos sederhana dan mampu milik kepada rakyat di negeri ini.

“Kami bosan dengan muslihat Guan Eng yang hanya tahu main politik sehingga mengabaikan rakyat. Dia yang paksa kami buat begini.

“Disebabkan mengabaikan rakyat dan sukar ditemui, kami menganggap dia sudah mati," katanya ketika berucap di hadapan kediaman Guan Eng di sini.

Rizuad sudah beberapa kali menghantar permohonan untuk bertemu dengan Guan Eng bagi membincangkan isu orang Melayu di negeri ini namun tidak dilayan.

Sementara itu dalam perhimpunan yang bermula kira-kira jam 10.30 pagi semalam, kira-kira 30 ahli Perkasa berkonvoi dengan motosikal ke kediaman Guan Eng di Jalan Pinhorn. Mereka menggantung gambar Ketua Menteri itu dengan kalungan bunga di hadapan pintu pagar rumahnya sebagai simbolik 'kematianya'.

Kumpulan itu juga melemparkan ratusan poster yang tertulis 'Lim Guan Eng Anti Malayu' di halaman rumahnya.

Selepas berada hampir lima minit di situ, mereka bergerak ke kompleks pentadbiran Kerajaan Negeri di Komtar bagi melakukan perhimpunan aman dan sepanjang perjalanan itu, mereka melemparkan kira-kira 4,000 keping poster di sepanjang laluan.

Di Komtar mereka berhimpun di hadapan pintu pusat pentadbiran Kerajaan Negeri bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Ketua Menteri itu.

Mereka membawa beberapa kain rentang turut mengecam Guan Eng supaya tidak membangkitkan kemarahan orang Melayu dengan cuba melaga-lagakan dengan kaum India  berhubung isu perobohan kuil Hindu di Perai.

Bagaimanapun, kesemua peserta perhimpunan hanya sempat berada di Komtar kira-kira 15 minit sebelum diarahkan beredar oleh polis.

Tinjauan mendapati,kawasan di sekitar Komtar turut dipenuhi dengan poster 'Lim Guan Eng Anti Melayu' yang sengaja diletakkan peserta terbabit.


GEMPAR : LIM GUAN ENG SUDAH MATI?? GEMPAR : LIM GUAN ENG SUDAH MATI?? Reviewed by Empayar Pemuda on 7:07 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.