Tuesday, May 15, 2012


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merupakan saksi utama dalam isu rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai UMNO semula melalui bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, isteri kepada Penasihat PKR itu telah pergi bertemu sendiri Abdullah di pejabat Perdana Menteri suatu ketika dahulu bagi menyatakan hasrat yang sama.

''Saya yang membawa Wan Azizah dan tiga anaknya 'panjat' pejabat Perdana Menteri itu. Kejadian itu ketika Anwar masih di dalam penjara dan pada waktu itu juga Abdullah baru menjadi Perdana Menteri.

''Wan Azizah ketika itu merayu sampai menitiskan air mata. Anda boleh tanya Wan Azizah perkara ini betul atau tidak, kalau dia kata bohong, saya sanggup sumpah di mana-mana sahaja masjid atau surau,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah kedua Sumpah Keramat Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) 2012 di Peringkat Parlimen Ampang di sini Sabtu lalu.

Dalam laporan akhbar semalam, Mohamad Ezam mendedahkan bahawa Ketua Pembangkang tersebut pernah merayu kepada Abdullah agar membawanya masuk ke dalam UMNO semula selepas keluar dari penjara.

Mohamad Ezam memberitahu, apa yang didedahkan olehnya itu adalah 'kisah mengenai siapa itu Anwar' kepada umum supaya rakyat mengenali bahawa Ketua Pembangkang tersebut tidak mempunyai prinsip dalam hidupnya.

Kata beliau, Anwar sanggup melakukan perkara seperti itu kerana tidak mahu Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri di negara ini ekoran bimbang niat jahatnya diketahui umum.

''Anwar itu pernah bekerja dengan Najib, dia tahu macam mana Perdana Menteri bekerja, dia tahu kemampuan pemimpin kita ini. Mana nak dapat seorang Perdana Menteri hanya dalam tempoh tiga tahun mampu melakukan pelbagai transformasi untuk rakyat dan negara,'' katanya.

6 comments:

Anonymous said...

ludah pun sanggup dijilat.. asalkan hasrat nak jadi perdana menteri tercapai...

Anonymous said...

Tak dapat dengan cara jalan lurus, jalan bengkok pun nak juga jadi PM. Ooops..... bengkok!!! Macam penah dengar je 'bengkok' ni.

Anonymous said...

Pak Lah pun kena join TIBAI... Betul ke Pak Lah dirayu-rayu...?

Reverse Gear said...

Kak jijah nak ke bersumpah tadak rayu utk anwar? Ezam ni pandai jer tambah masalah kak jijah.. pening kepala cari jam omega tak settle lagi..

Anonymous said...

seronok betul kalo Pak Lah terima sii nuwar tu join UMNO balik, bertambah bercelaru orang Melayu.

Anonymous said...

empayar fitnah dan pembohong.Nak menang PRU dulu bagi IC pd pendatang = sekarang projek IC Selangor.
Tambah lagi buat video fitnah.guna istilah MIRIP...kerna tak betul ....solek pelakun ...ambil gambar macam mirip2....semua ini perbuatan membawa kemurkaan Allah samada kepada pembuatnya, pelakonnya, pengarahnya, tenaga produksinya, penyebarnya, yang mempercayainya.. dan orang yang mengundi puak2 yang melakukannya sebagai strategi politik kotor. Allah maha mengetahui...undilah wakil yang boleh bawa kita ke jalan di redhai Allah.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.