Friday, May 18, 2012


Pas akan terus berbincang dengan rakan Pakatan Rakyat (PR) bagi mendapatkan sokongan dasar perjuangan Islam yang sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, perkara yang terus akan dibincangkan dalam setiap rundingan bersama PR adalah dasar perjuangan Pas dan agenda parti termasuklah melaksanakan hukum hudud.

Menurutnya, sebagai sebuah parti berlandaskan agama Islam, Pas tidak akan berhenti untuk terus mencari sokongan bagi melaksanakan perkara tersebut.

“Ini adalah dakwah. Tidak mungkin sekejap ada, sekejap tiada. Pas akan terus berusaha mendapatkan sokongan semua rakyat negara ini termasuk DAP dan PKR.

“Setiap kali bertemu dan berbincang, setiap parti akan mengusulkan agenda masing-masing. Pas tetap ke depan dengan dasar Islam. Hudud juga sebahagian daripadanya, walaupun bukan agenda utama setiap kali berbincang.

“Seperti yang dijelaskan, usaha Pas tidak akan berhenti. Pas bukan sahaja berpolitik malah berdakwah,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, Pas tidak pernah ‘tutup buku’ atau menyerah dalam soal-soal melibatkan Islam.

“Apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, Pas akan ke depan. Ini membuktikan dasar perjuangan kami tidak pernah tersasar,” katanya.

**Apa kata Hadi Awang dan Nik Aziz pula mengenai kenyataan Harun Taib ini...adakah ini merupakan pandangan parti PAS atau pandangan peribadi Harun Taib...

7 comments:

Anonymous said...

Mestila pandangan peribadi Harun Taib...nak mampus dengan DAPig

robot said...

nice info, keep posting bro
http://www.centplay.com/affiliate/id_2207/

Anonymous said...

siap2 ler ngan lembaga Displin PAS

Adi Kencana said...

PAS dah keluar kenyataan - ni cuma pandagan peribadi Harun Taib. Mana berani PAS lawan cakap towkay DAP maaa...

KERANA TERDESAK, NURUL IZZAH KERAH RAJA PETRA SERANG RAJA NONG CHIK? Baca di sini!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Harun Taib nampaknya mcm nak ganti Hj Hadi jer. Yg pasti Harun Taib akan kalah di DUN Manir pilihanraya nanti. Hidup UMNO

Anonymous said...

Xde nya nak berbincang bila bertemu.. Sekali LKS berdehem.. Berterabur telur Hj. Hadi atas lantai.. Kah kah kah.. Buat apa la Ketua Dewan Ulamak nih nak menipu.. Anwar Al juburi dah ckp.. Setiap kali berjumpa or berbincang.. Xda ckp hal parti2.. Semua bincang fokus untuk Pilihanraya.. Mcmana pulak Dato' Harun Taib kata setiap kali jumpa PAS akan menyuarakan hasrat Parti PAS.. Kah kah kah.. Lawak btol la.. Hasrat dibakul Sampahkan kot..
Rasa2.. PAS berdakwah atau kena Dakwah dgn DAP & PKR.. Adoiyoiiii.. Kesian2.. Parti Isle SeMalaysia..

ZoRRo...

Anonymous said...

Sokongan saya pada PAS akan lebih mantap jika mereka ada hubungan baik dengan UMNO

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.