Thursday, May 10, 2012


Khairy Jamaluddin menawarkan diri untuk memimpin Pergerakan Pemuda Umno satu lagi penggal - bertanding mempertahankan jawatannya pada pemilihan yang dijangka diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Khairy, 36, yang menerajui pergerakan itu sejak Mac 2009 menyatakan hasrat beliau menerusi mesej Twitter.
"Saya rasa, saya mahu menawarkan diri untuk satu lagi penggal sebagai Ketua Pemuda (Umno)," kata beliau dalam reaksinya kepada seorang pengikut akaun Twitternya.
Umno yang sepatutnya mengadakan pemilihan tahun ini, tetapi ditangguhkan sehingga selesai PRU13.
Pada pemilihan jawatan Ketua Pemuda Umno Mac 2009, Khairy menewaskan Datuk Mukhriz Mahathir dan Dr Mohamad Khir Toyo.
Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen Rembau melahirkan pendirian ini susulan ideanya agar umur penyandang jawatan Ketua Pemuda Umno dihadkan 40 tahun.
Katanya, beliau akan membuat cadangan itu apabila beliau melepaskan jawatannya kelak.

13 comments:

Pemikir said...

Maaf lah Ye
Saya kurang setuju

Anonymous said...

Aku setuju jg, mule2 dulu mmg x suke die menang. Tp skang aku tgk calon pemude yg lain cam lembek je. Nak berbahas berdebat pun x pandai. Byk jg aktiviti org2 pemude skang ni pemude dulu sume x pnah buat dan menarik ramai org muda. Walau care die lain, tp aku rase kalau takut nak berubah bile nak berubah. Takkan nak tunggu kalah baru nak berubah.

Anonymous said...

aku sokong anon 3:22pm...pada mulanya aku agak sangsi dengan kemenangan KJ sebagai KP PPUM..tapi sekarang KJ merupakan calon yang terbaik untuk memengang jawatan tersebut..Hidup UMNO

Anonymous said...

Aku sokong KJ sbg KP sepenggal lagi

Anonymous said...

Siapa lagi yang layak untuk pegang Ketua Pemuda Umno M'sia selain KJ, any suggestions? Razali Ibrahim? Lokman Adam?

Anonymous said...

itulah masalahnya, sekrang ni tidak ada tokoh pemuda yang kita boleh ketengah semuanya nyuruk tah mana2, dari dulu sampai sekrang aku rasa ko tanya pemuda2 siapa KP kj jawabnya siapa penolong ketua? ala...ala...siapa tu..alaaaa.

tu baru tanya penolong orang nombor 2 dalam pemuda belum tanya siap ajk2 yang lain...

aku harap pemimpin pemuda tu tunjuk lah muka janganlah nak kena tunggu kena tegur baru nak cakap kami sibuk berjuang belakang tabir...

aku tak nak cerita dulu2 lah cerita tahun ni cukup, selain kj siapa lagi tokoh pemuda umno yang kita nampak memperjuangkan umno??

takkan EP, sahabat gunung, papurkari, papagomo yang nak kena calon kot...

bukan lah nak kena jadi champion macam pakatan haram tu, tapi bila kena masa stand up lah jangan masa pilihan je tetiba nak tunjuk muka..lepas tu nanti jadi kes macam kj semua nyampah dengan dia sebab status dia bapak mentua dia...tolonglah pemuda gerak kalau kita tak gerak sapa lagi kita boleh harap??

Anonymous said...

aku pun, dulu mcm x caye, tp lama2 aku tengok dia bole buat keje, mcm ni ler yg kita nakkan

Anonymous said...

go kj

Unknown said...

kami sokong KJ...

Anonymous said...

Saya juga setuju. KJ dh jd aset umno utk lawan hujah2 anwar n de geng... Xramai dlm umno yg brani berubah sbb tu umno semakin lemah. Bila tok najib stat brani ubah baru lah depa pakat ramai2 nk berubah.. So, mmg kena ada org2 pencetus perubahan nih. Kalu tdk mati umno tu kalu nk terus ikut cara2 yg dh tak releven dgn zaman. Peace no war

Anonymous said...

mulakan kepimpinan ulama dalam pemuda, Ustaz Fathul Bari boleh diketengahkan.

Anonymous said...

KJ ada intelligence dan karisma yg sukar dicari dlm pimpinan muda UMNO sekarang. Tetapi dia kena berubah dan tebus dosa2 lama dia serta ikut arus pimpinan sekarang. Go Khairy.

Anonymous said...

go KJ!!!!!i will support u forever...u are the best among the best!!!!hidup UMNO!!!1

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.