AUTOKHANA @ TAR MAC ATTACK JANJIKAN HADIAH YANG MENARIK...



KBS Autokhana (Tar Mac Attack) adalah adalah precision driving event. Pergerakan adalah bermula dengan melalui pusingan litar kemudian melakukan aksi parking, breaking point, slaloms (zig-zag) dalam keadaan kehadapan dan kebelakang. 

Pemenang ditentukan berdasarkan kepantasan masa yang dicatat menggunakan sistem sensor berkomputer, dan jentera yang tiba dahulu di garisan penamat. 

Objektif utama kejohanan ini adalah untuk memperhebatkan lagi kempen ”Katakan Tidak Pada Lumba Haram” kepada peserta dan ribuan pengunjung khususnya  golongan belia pemotoran  hingga ke peringkat akar umbi. 

Seterusnya menyediakan prasarana trek perlumbaan (Litar Autokhana) bagi pasukan-pasukan serta peminat sukan Autokhana di seluruh pelusuk tanah air untuk berlumba dengan kadar yang selamat, kos efektif, profesional serta terkawal dan memberi kesedaran kepada komuniti belia mengenai keburukan berlumba haram, penyalahgunaan dadah dan masalah gejala sosial di kalangan belia khususnya remaja.

 

Pertandingan ini terbahagi kepada 5 kategori utama iaitu Kereta NA<1,000 cc / 1,000cc < NA < 1,600cc / 1,600cc < NA < 1,800cc / 1,800cc < NA < 2,000cc dan kategori OPEN cc yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM 6,000.00 beserta trofi dan barangan penajaan. 

Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia boleh turut serta apabila telah lulus tapisan keselamatan dan memenuhi syarat-syarat penyertaan dari pihak penganjur.

Oleh itu EP harap remaja-remaja diseluruh negara yang meminati sukan bermotor ini tidak akan lepaskan peluang menyertai atau menonton pertandingan ini...Siapa tahu anda mungkin menjadi juara dalam pertandingan ini...JUMPA DI SANA....
AUTOKHANA @ TAR MAC ATTACK JANJIKAN HADIAH YANG MENARIK... AUTOKHANA @ TAR MAC ATTACK JANJIKAN HADIAH YANG MENARIK... Reviewed by Empayar Pemuda on 7:50 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.