WOW..ZEK ZAIDI MENGAMUK...INI JAWAPANNYA...


KUALA LUMPUR – Nampaknya perang yang tercetus secara tiba-tiba antara Zed Zaidi dengan Aaron Aziz belum nampak penghujungnya.
Bermula dengan Twitter Zed Zaidi yang meluahkan beliau lebih berbangga jika artis Malaysia yang terpilih untuk memenangi Anugerah Bintang Popular ABPBH 2011.
Walaupun beliau dalam tweetnya tidak menyebut nama anugerah atau acara mana, namun ia jelas ditujukan kepada kemenangan artis kelahiran Singapura (dan masih warganegara itu) Aaron Aziz.
Aaron bertindak menjawab kenyataan itu dengan menyifatkan Zed Zaidi sebagai tidak matang kerana menjadikan isu kewarganegaraan bagi mempertikaikan kemenangannya.
Terkini, Zed Zaidi melalu blognya menjelaskan secara panjang lebar mengapa beliau kurang senang dengan kehadiran artis-artis luar memonopoli anugerah dan industri hiburan negara.
Zed Zaidi menyifatkan fenomena kehadiran artis luar ke dalam industri Malaysia sebagai bentuk penjajahan yang lama-kelamaan akan hanya merugikan artis tempatan.
“WAHAI.. ARTIS ARTIS MALAYSIA, BANGKIT LA!! BERSATU LA KITA…!! KITA DI JAJAH SECARA DIAM! LAMA KELAMAAN MALAYSIA NI BUKAN MILIK KITA. SUMBER MALAYSIA DI MAKAN OLEH ORANG LUAR! APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI MYKAD! CUBA KITA FIKIR 5 KE 10 TAHUN AKAN DATANG APA YANG AKAN JADI PADA INDUSTRI SENI KITA INI,” katanya di sini hari ini.
Bagi memudahkan pemahaman semua, berikut adalah entri terkini Zed Zaidi di blog miliknya:
Assalamualaikum kepada semua… wah..!!! makin panas cerita aku bila balik dari ABPPH tak sangka macam pisang panas!. Tapi aku tak kisah.. “AKU KENA BUAT APA YANG AKU PERLU BUAT” dah jadi TANGGUNGJAWAB aku sebagai seorang PEMIMPIN yang harus membuat kerja dengan AMANAH, JUJUR, IKHLAS dalam PERJUANG! Ya! aku sedar ramai yang suka, dan lagi ramai yang TAK SUKA AKU!, aku tak kisah! BERANI KERANA BENAR, aku memegang prinsip ” WALAUPUN PAHIT TERPAKSA DI TELAN ” dan ” KALAU TAKUT DI LANDA OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI!!! “.
Mengenai status di TWEETER dan FACEBOOK aku, Aku TETAP dengan PENDIRIAN AKU! oleh kerana setiap statement yang aku buat aku akan bertanggungjawab, dan untuk pengetahuan semua, ada aku sebut nama ARTIS KE? ada aku sebut EVENT MANA KE? jadi bila aku meletakan status yang aku BERBANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA, menjadi pertikaian oleh RAKYAT MALAYSIA, KENAPA EH? Bukan korang pemegang MYKAD ke? ke korang pemegang ID KAD atau PASSPORT dari NEGARA LAIN? hmmm…
Pokok-pokok keduduk di tepi pagar, Memakan landak di atas kota, Harap saudara saudari cuba dengar, Saya hendak membalas kata. Itu baru nak buka bicara, cuma korang hayati pantun aku ni, BUDAK BUDAK BERMAIN GULI, MARI BERMAIN DI TENGAH LAMAN, JIKA KITA TAK BERHATI HATI, TAKUT TERGADAI KAMPUNG HALAMAN! tu maksud kalau kita tak berhati hati habis MALAYSIA ni.. Mungkin korang sedar tak sedar banyak pengaruh dari luar termasuk la.. artis artis luar bekerja di MALAYSIA ni… aku cuma nak tau, bila korang sanjung ARTIS LUAR ni adakah di negara diorang, rakyat diorang SANJUNG ARTIS MALAYSIA macam mana korang sajung diorang eh? ada ke? hmm… kadang kadang aku rasa kesian dengan ARTIS MALAYSIA ni terasa macam di anak TIRIKAN di NEGARA SENDIRI je!
WAHAI.. ARTIS ARTIS MALAYSIA, BANGKIT LA!! BERSATU LA KITA…!! KITA DI JAJAH SECARA DIAM! LAMA KELAMAAN MALAYSIA NI BUKAN MILIK KITA. SUMBER MALAYSIA DI MAKAN OLEH ORANG LUAR! APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI MYKAD! CUBA KITA FIKIR 5 KE 10 TAHUN AKAN DATANG APA YANG AKAN JADI PADA INDUSTRI SENI KITA INI? SIKIT SIKIT ARTIS LUAR MASUK, TAK KIRA YANG BUAT KONSERT TERMASUK YANG BERLAKON, BELUM CAMPUR JADI PENGACARA LAGI? HMMM… DI MANA ARTIS MALAYSIA NI? MEMANG PERSAINGAN ITU SIHAT, TAPI SIHAT KE KITA DI NEGARA SENDIRI? KEPADA ARTIS MALAYSIA LUAHKAN RASA TIDAK PUAS HATI ANDA DI MANA MANA PLATFORM YANG ANDA ADA TIDAK KIRA DARI TWITTER, FACEBOOK, BLOG DAN SEBAGAINYA SUPAYA PIHAK KERAJAAN AKAN PRIHATIN DENGAN KEADAAN DAN TAHU MASALAH DALAM INDUSTRI KITA!!!
Setahu aku la… kalau orang yang memegang passport sebagai pelawat di Malaysia ni tak boleh bekerjakan? macam mana artis luar ni boleh bekerja di Malaysia? dan satu lagi kalau dapat permit kerja untuk bekerja di sini, siapa yang menyokong mereka ni? produksi? atau station TV? untuk kepentingan peribadi ke atau kepentingan industri yang tak cukup ARTIS? hmm… susah nak jawab jadi pihak kerajaan tolong tolong lah cek artis luar ni diorang datang sini bercuti ke? atau bekerja pakai pas pelawat…. pihak immigration tolong tolong lah cek ye jangan makan gaji buta je.
Kesian aku tengok artis malaysia ni, nak demand sikit pun tak boleh tapi artis luar kalau demand terus bagi, untungnya jadi artis luar. itu belum termasuk kalau dah kumpul duit banyak banyak kat MALAYSIA pastu duit diorang pegi ke mana? tak bawak semua ke negara diorang ke? rosak ekonomi Malaysia! haii… macam macam.. Ada pulak ARTIS LUAR ni dah la cari makan kat sini boleh BERLAGAK pulak tu dengan ARTIS MALAYSIA. HEBATNYA KORANG NI!!! WELL DONE!!!
Jadi tolong tolong beringat sesama sendiri YANG MENJATUHKAN BANGSA KITA ADALAH BANGSA KITA SENDIRI. Nak menyokong ARTIS LUAR tak salah… cuma perlu diingatkan ARTIS MALAYSIA MESTI DI BERI KEUTAMAAN DULU!!! Aku sebenarnya bukan tak puas hati siapa menang siapa kalah, cuma aku perlu menegakkan HAK HAK ARTIS MALAYSIA di MALAYSIA ni. itu je… lepas ni aku nak CADANGKAN kalau nak buat apa saja ANUGERAH contohilah FESTIVAL FILEM MALAYSIA, syaratnya yang bertanding MESTI dan WAJIB ORANG MALAYSIA yang mempunyai MYKAD. jadi renung-renungkan dan selamat malam.
ANAK SENI PEWARIS BUDAYA, BERANI BERUBAH UNTUK TRANSFORMASI!!!-Sumber

**Pertama sekali EP ingin mengucapkan tahniah pada Zek Zaidi kerana berani untuk bangkit mempertahankan maruah artis Malaysia..bagi EP benarnya kata-kata Zed Zaidi...Jangan harap artis Malaysia akan dapat anugerah di Indonesia ataupun Singapura walau sehebat mana dia berlakon atau menyanyi kecuali dalam ketegori artis Malaysia..
WOW..ZEK ZAIDI MENGAMUK...INI JAWAPANNYA... WOW..ZEK ZAIDI MENGAMUK...INI JAWAPANNYA... Reviewed by Empayar Pemuda on 10:30 PM Rating: 5

74 comments:

  1. Kenyataan seorang yang layak digelar pemimpin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. say setuju sangat sangat dengN zed zaidi. setuju sgt!

      Delete
  2. Tak sia-sia dia join pemuda UMNO..berani dan tegas

    ReplyDelete
  3. gua sokong lu Zek Zaidi

    ReplyDelete
  4. ko mmg terbaik la zek..aku sokong kau,aku pun x bape nk senang gak ngan situasi mcm ni....

    ReplyDelete
  5. BUDAK BUDAK BERMAIN GULI,
    MARI BERMAIN DI TENGAH LAMAN,
    JIKA KITA TAK BERHATI HATI,
    TAKUT TERGADAI KAMPUNG HALAMAN!

    aku suke pantun nie je.,.,hahaha

    ReplyDelete
  6. betul le macam brader ni punya pandangan...

    ReplyDelete
  7. BETUL CAKAP ZED.

    ReplyDelete
  8. mmg ada benar artis malaysia perlu diberi perhatian tapi jgn terlalu manja. Kalau aaron aziz menang,sbb mmg nampak dia menyerlah 2 3 thn ni dan menjadi kegilaan ramai peminat tempatan kita. Kalau ingin ambilkira bangsa pun bangsanya pun melayu! Dia menang melalui undian,dia menang dlm pertandingan berasaskan populariti,itu kena paham zed! Lagipun industri tempatan msia ni x byk artis luar yg sehebat atau sepopular aaron. Peminat dan pengundi boleh nilai,lakonan kau tu kalau dibanding dgn aaron masih jauh ketinggalan la. Sorry, ini bukan soal org luar, tapi soal bakat dan aura. Siti nurhaliza pun famous d indonesia ramai peminat. Dulu arwah sudirman pun terkenal satu asia tenggara. So zed, jgn terlalu sempit pikiran k!

    ReplyDelete
  9. Inilah yg dinamakan Pemuda Harapan Bangsa..bangkitlah bangsaku!!

    ReplyDelete
  10. orang yg menang x sLah kenapa asyik nak menghentam org je... org yg mencalon tu h yang salah... dah orang bagi siapa tak nak.. zed masuk umno aku sokong tp sebagai artis aku benci...

    ReplyDelete
  11. sokong zek zaidi yg ada otak. tak mcm aljuburi yg ada taik kunyit je

    ReplyDelete
  12. Sy sokong zed zaidi.... Skrg kata xpa xpa... Tp tgk la 10 thn akn dtg... Gud bye la pelakon malaysia... Kerajaan malaysia tlg la perihatin kit terhadap artis malaysia... Pernah ke artis malaysia terima anugerah besar kt singapura tu

    ReplyDelete
  13. sepatutunya begitulah..biar ada kategori berbeza, baru tidak nampak diketepikan. ni tidak..artis luar diutamakan, artis tempatan ditepi-tepikan...

    tengok di negara jiran, adaka artis malaysia diberi keutamaan? dijemput adala, diberi kemenangan? jauh sekali!!!

    ReplyDelete
  14. JADIKANlah KISAH HIDUP P.RAMLEE SEBAGAI IKTIBAR yg membunuh KARIER org MELAYU itu adalah org MELAYU MALAYSIA sendiri..pada masa dulu...

    BERILAH PELUANG KEPADA PELAKON2 Malaysia yg baru UTK DI KETENGAHKAN...cari bakat2 baru nescaya ada yg lebih baik dari ARON AZIZ...

    ReplyDelete
  15. knp berbicara selepas selesai majlis...berilah pandangan sebelum majlis...tiada pencalunan artis warga bukan warganegara

    ReplyDelete
  16. Korg nk bisg2 aaron mng,korg ad mngundi ke???kalo xnk die mng,ptotnye dr awl ko g hntr undi mnimbun2..ni x,undi nth undi ke x,tp taw nk hntm..ap laaaa...zed tu pon,sp x trase evn die x sbut nm sesape..wat sgn je..stakt bp drama je blakon,takt jd pmimpn la konon..bkt xdak,pndai ckp ja..blh la nk hntm2..malu la zed oiiii..ko tu bkn bes pon.pk dlu sblm hntm org.

    ReplyDelete
  17. apa nak heboh zed ...peminat yangh pilih...

    ReplyDelete
  18. Caya sama lu la der....

    ReplyDelete
  19. luahan yang bagus....yang mana kepimpinan seniman yang nampak "lesu & tepu" tu...nyahkan dari kepimpinan persatuan SENIMAN...kasi orang baru yang VOCAL dan punyai misi....wasalam

    ReplyDelete
  20. selama niaku x penah minat zed zaidi...tp kali ni aku betol2 jatuh cinta dgn kau zed zaidi!!hidup zed zaidi.....!!!!

    ReplyDelete
  21. ye zed!!! artis mesia dulu satu ketika dulu top kat indon sampai kene banned nak masuk indon. Spore ada ke bg anugerah kat orang artis mesia? nak buat anugerah pn idak. Kita ni dok la julang orang luar....baik buruk ke tak sampai tahap ke tak kesah....janji utamakan rakyat kita. Grammy awards pon tak nak bg award kat artis luar....seboleh2nya dalam US je utamakan dulu. Ni la orang mesia mmg mudah terima...dah la senang bg kerakyatan dari dulu sampai skunk sampai anugerah pon nak bg kat orang luar??? takkan tader orang mesia nak julang? Yang ct pon satu.....ada ko dapat anugerah bintang popuar kat indon, spore atau thailand? ceh...udah2 ler......gua sokong lu zed zaidi...

    ReplyDelete
  22. setuju dengan zek.... kepada yang emo ngan A.A.... anda pi lah singapura.... buatpa dok kat malaysia nih..... buat tambah sial je....

    ReplyDelete
  23. dah dpt trofi nak warganegara plak...ckp die dh berjasa dgn lakonan2nya.....aku pon xphm camne die bleh terpikir yg lakonannya beri jasa kpd rakyat malaysia...bg aku pekerja indon tu lbh berjasa sbb dieorangla yg bnyk naikkn banguann kt malysia ni ...tp dieorang sedar diri dan xsenang2 nk mintak warganegara dan mngaku dh berjasa...ermmmm

    ReplyDelete
  24. biar la,yg menang pon melayu,kenapa mesti hentam sesama bangsa...cuba r g hentam DAVID TEOH tu,byk sungguh dia terbit kan cerita yg menjatuh kan maruah n mempebodohkan org melayu..kadang aku terpikir gak,nape DAVID TEOH x buat cite yg memperbodoh kan bukan org melayu...sebab nye mudah,dia tau kelemahan org MELAYU,so pada ZED ZAIDI,tlg g sound MEJAR tu,supaya jgn memperlekeh kan bangsa MELAYU...x lupa juga bahasa n pantun MELAYU...

    ReplyDelete
  25. Silap zek zaidi ni jugak sebab bodoh berlakon... Kalau dia bagus, sure orang luar tak dapat tanding punya... Tapi kalau dah bodoh tu biasa la salahkan mcm2... Peminat seni Malaysia bukan tolak artis Malaysia pun...

    Tapi orang2 mcm zek zaidi la yg mula buat aku makin tak suka artis Malaysia, hasil seni tak seberapa tapi bab gosip, publisiti murahan & gila meroyan mmg champion..

    ReplyDelete
  26. Alo bro, gua bukan sokong org luar, tapi gua baca suratkhabar gak... Dah sah AA tu dah lama mohon kewarganegaraan (Ogos tahun lepas), baru ni je dia menang trofi...

    Apahal lak lu semua nak sembang dia dah menang trofi baru nak mintak warganegara?

    Aiseh bro, lu nak spin cerita mcm PKR ke?

    ReplyDelete
  27. Aaron Aziz tak salah dalam hal ini..Dia memang berbakat dalam bidang lakonan dan dia sememangnya layak untuk memenangi anugerah itu..itu tak perlu dipertikakikan..tapi EP respect pada Zek Zaidi kerana berani untuk bersuara mempertahankan hak artis-artis Malaysia walaupun dia sedar dia akan dihentam teruk oleh peminat Aaron Aziz..Bagi EP tak salah untuk bersuara..supaya lain kali kesilapan yang sama tidak diulangi...

    ReplyDelete
  28. Nampak sangat mangkuk-mangkuk ni cemburu dgn orang lain.

    P.Ramlee, M.Nasir, Ramli Sarip pun asal Singapore jugak? Apsal ko tak salak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak bile la plak P Ramlee org s'pore ni?dah sah2 P Ramlee asal Penang..

      Delete
  29. http://ohartis.com/2012/03/salah-faham-zed-zaidi-dan-harun-salim-bachik/


    Zek Zaidi ni mana reti hormat orang lain. Gila publisiti & gila kuasa kut..

    Alasan kerana mempertahankan hak artis-artis malaysia? Cittt podaahh... politik je ni..

    Saya setuju dia memalukan artis Malaysia, sbb sepatutnya hal mcm ni dibawa berbincang utk penyelesaian jangka panjang...

    ReplyDelete
  30. siapa2 yg duduk dalam industri akan nampak jelas apa zed katakan itu......

    ReplyDelete
  31. Itu la pasal... Protes ni sepatutnya datang dari kumpulan2/persatuan2 artis Malaysia... Tapi kalau protes ni datang dari individu , maknanya memang gila meroyan le ...

    Mempertahankan hak amende? artis2 lain tak amik pot pun?...

    ReplyDelete
  32. Aku suka industri muzik Malaysia. Diorg lawan kebangkitan muzik dari Indonesia dengan menghasilkan muzik yg lebih mantap & bagus (contoh: Aizat, Faizal Tahir, Yuna dan byk lagi).. Sampai skrg muzik Indonesia dah mula mengalah di radio..

    Kalau setakat bising-bising tak puas hati, ambiga pun boleh buat, 10x lebih bising...

    Berlakon bagus2 la, baru kitorg sokong...

    ReplyDelete
  33. Bodoh ke apa ni. Patut la Malaysia tak pernah naik pentas dunia. Ada pun dek cerita lama Kak Siti. Skang mana ada artis boleh capai taik. Ni nak tarung kat dewan sendiri pun kalah. Nak pulak comment banyak banyak. Macam ManU kalah kat Old Trafford. Ada bising ? Tak, pick up terus hentam balik.

    OI BENGAP ! Jangan ingat ko akan dilindungi selamanya sebab duk kat Malaysia ni. Jangan bodoh boleh tak.

    ReplyDelete
  34. Teringat cerita P.Ramlee, dibiarkan dalam keadaan hina oleh karyawan2 Malaysia ketika itu (sehinggalah dia meninggal dunia), atas alasan "dia puak Singapore"...

    Kalau ditanya siapa karyawan2 Malaysia dulu tu, tak ada siapa akan mengaku (sampai sekarang)...

    Tuhan tetap akan angkat martabat siapa yg Dia kehendaki, insya-Allah.

    ReplyDelete
  35. peminat undi. not pilihan juri2. please open skit.

    n tak ramai sangat pn artis malaysia yang boleh berlakon.

    ReplyDelete
  36. so klu x aaron aziz or artis luar memonopoli industri muzik n filem malaysia..artis malaysia tu sendiri kena bangkit..kena bekerja keras..klu nk ditadahkan ajer mmg x kemana2 lah..artis luar mereka bekerja keras supaya karya dan bakat mereka dilihat oleh rakyat malaysia..so hasilnya adalah apa yg kita lihat skang lah..klu asyik nk ckp beri peluang2..mmg x kemana2 lah..n one more thing zed..jgn lah asyik nk salahkan kerajaan..diri sendiri sendiri tu kena disalahkan..sudah cukupkah usaha ku..

    ReplyDelete
  37. P.Ramlee mmg orang M'sia, tapi anak emas studio Jalan Ampas, Singapura. Bila Singapura keluar dari Malaysia, P.Ramlee berpindah ke KL, utk join Merdeka Film Productions (1967)...

    So sepanjang kat KL, beliau dipulaukan karyawan hingga ke akhir hayatnya.

    Sila tgk dokumentari P.Ramlee (National Geographic Channel) kat youtube.

    ReplyDelete
  38. ala lagu upin dan ipin made in indon xda org peduli pon kecoh jer lu zek
    tapi i respect pasal u mempunyai matlamat untuk industri filem2 malaysia

    ReplyDelete
  39. Sorry ye bro, gua tak respect langsung... Kalau btul ni matlamat utk industri filem, si zed ni dah kumpulkan suara2 orang seni & kemuka bantahan... Bukan main salak je, mcm adam adli...

    Kalau mcm ni, accapan pun boleh memekak salak bila takde kaum India dalam pencalonan..

    Orang UMNO kena betulkan mamat ni, salak biar beradab...

    Yg terbaru ni, Aaron sahkan kerakyatan Malaysianya dah diluluskan pun, tinggal amik IC je... Berani ke Zed minta maaf? Ke Seniman pulak yg kena tolong mintak maaf?

    Come on la bro, last2 confirm puak2 PR akan cakap, ni la contoh artis UMNO, main salak tak usul periksa... UMNO jugaaak yg kena..

    ReplyDelete
  40. BENGONG... KNAPE TAK KOMPLEN PASAL PENCALONAN AARON AZIZ MASA AWAL2 OR SBLOM ANUGERAH? NAK BUAT ISU AFTER ORG TU DAH MENANG! NAMPAK BENOLAH JELESNYERR... EMOSI JEK LEBEY ZZ NIH..

    ReplyDelete
  41. Aku sokong ZZ.. Lu memng brani la ZZ.. Aaron keje kat cni gune passport or permit.?

    ReplyDelete
  42. kne pikir logik. siapa yg undi aron lau bukan kerana peminat nye yg ramai di Malaysia ini. sapa yg mnat aron aziz, rakyat Malaysia jugak. Artis kita patutnya rasa tercbr dgn aron sbb dia telah masuk ke negara kita dan memenangi hati peminat, artis kita ada x jdi cam dia? yg baru2 ni adalah Yuna. masuk ke USA wat show. sebab usaha mereka. si zed ni dah xde blakun dah, sbb apa? mungkin sbb ada wat masalah di set, mintak byran tinggi, atau mungkin dia x layak berlakun. sedangkn wat band musik pun hancur. inikn pulak nak sound org len. cermin diri tu. lagi 1, aku sound dlm ni mne de nak baca. LOL

    ReplyDelete
  43. Zz, niat ko dh btl. Tp cara ngko yg slh. Ko kena fhm konsep rezeki dan usaha ko tau tak. AA kerja keras, xde kontroversi tak mcm artis2 kt msia. Baru suam2 kuku, yg pempuannya mulala nk nayang segl gunung yg ada, yg lelakinya penuh sgn kontroversi. Tp xsuma yg bgitu. Ada segelintir aje artis msia yg mmg layak dihormati. Tp yg puak2 mcm ngko nie menyalak aje lebih. Pastu nk slhkan fan msia, nak slhkan krjaan. Ngko cermin diri swndiri dulu. Perbetulkan akhlak artis2 msia nie dulu. Aku sendiri pun. Baik aku sokong AA tu. Xkira la dia dari mana. Skrg2nya dia tunjuk byk cth positif pd peminat2 dia. Nie aku nk kongsi sdkt ngn suma rakyat msia n ngko la zed. Aku pg satu majlis. Aa tu, smpai tak sempat jamah mknan dia, xsudah2 peminat nak ambk gmbr. Smpai bodyguard dia minta bg dia ruang tuk mkn kjp tp dia dgn xputus2 senyum ttp terus melayan peminat. Bgn dari meja dia utk brsama peminat. Pastu aku pg plak kt artis msia. Punya la benci nyer aku... Bila peminat nk brgmbr, dia lgsg xbgn dr tmpt dia. Hanya palingkan sedikit aje muka dia. Itu pun siap buat muka mcm muka ala2 menyamoah. Sdgkan ngkorang sedar tak, peminat2 ko la yg akn dan byk membantu dlm kerjaya ko smpai ko berada kt thp skrg tp punyala sombong... Itu yg ngko nak salak2 bila artis luar menang. Siap slhkan peminat msia. Ngko pegi sekolahkan artis2 msia nie dulu. Baru ngko blh ckp mcm nie. Jgn tau hanya nak buat kontroversi dan tayang badan aje. Peminat skrg bknnya bodoh dan kolot mcm ko. Patutla industri hiburan msia susah nak maju. Kepala otak suma mcm ngko. Tp msh ada artis2 msia yg sgt profesional dan dikenali kerana bakat dan sikap tdk sombong mrk.... Ngko jgn buat statement lg la zz. Memalukan diri ko aje. Bunyi kuat mcm TIN KOSONG tp hapa pun xda guna. Aa deserve to win. Bakat, usaha keras dia, cth baik dia, dan sikap menghormati peminat2 dia. Aku tau kau sebenarnya cemburu tidak sehensem dan sebagus Aaron Aziz.

    ReplyDelete
  44. Zz, niat ko dh btl. Tp cara ngko yg slh. Ko kena fhm konsep rezeki dan usaha ko tau tak. AA kerja keras, xde kontroversi tak mcm artis2 kt msia. Baru suam2 kuku, yg pempuannya mulala nk nayang segl gunung yg ada, yg lelakinya penuh sgn kontroversi. Tp xsuma yg bgitu. Ada segelintir aje artis msia yg mmg layak dihormati. Tp yg puak2 mcm ngko nie menyalak aje lebih. Pastu nk slhkan fan msia, nak slhkan krjaan. Ngko cermin diri swndiri dulu. Perbetulkan akhlak artis2 msia nie dulu. Aku sendiri pun. Baik aku sokong AA tu. Xkira la dia dari mana. Skrg2nya dia tunjuk byk cth positif pd peminat2 dia. Nie aku nk kongsi sdkt ngn suma rakyat msia n ngko la zed. Aku pg satu majlis. Aa tu, smpai tak sempat jamah mknan dia, xsudah2 peminat nak ambk gmbr. Smpai bodyguard dia minta bg dia ruang tuk mkn kjp tp dia dgn xputus2 senyum ttp terus melayan peminat. Bgn dari meja dia utk brsama peminat. Pastu aku pg plak kt artis msia. Punya la benci nyer aku... Bila peminat nk brgmbr, dia lgsg xbgn dr tmpt dia. Hanya palingkan sedikit aje muka dia. Itu pun siap buat muka mcm muka ala2 menyamoah. Sdgkan ngkorang sedar tak, peminat2 ko la yg akn dan byk membantu dlm kerjaya ko smpai ko berada kt thp skrg tp punyala sombong... Itu yg ngko nak salak2 bila artis luar menang. Siap slhkan peminat msia. Ngko pegi sekolahkan artis2 msia nie dulu. Baru ngko blh ckp mcm nie. Jgn tau hanya nak buat kontroversi dan tayang badan aje. Peminat skrg bknnya bodoh dan kolot mcm ko. Patutla industri hiburan msia susah nak maju. Kepala otak suma mcm ngko. Tp msh ada artis2 msia yg sgt profesional dan dikenali kerana bakat dan sikap tdk sombong mrk.... Ngko jgn buat statement lg la zz. Memalukan diri ko aje. Bunyi kuat mcm TIN KOSONG tp hapa pun xda guna. Aa deserve to win. Bakat, usaha keras dia, cth baik dia, dan sikap menghormati peminat2 dia. Aku tau kau sebenarnya cemburu tidak sehensem dan sebagus Aaron Aziz.

    ReplyDelete
  45. mamat ni memang dr zaman skolah lg suka bikin hal,nama glamour zaman skolah dulu dboy,keje dia nak sound org n nak gaduh je,hal awek zaman skolah dulu pun sampai bawak kaum nak gaduh,tu cuma hal bertekak kat IRC je,bukan pun ada sapa2 sentuh awek dia tu,igt dah berumur dah matang,dah berubah,rupanya tak,kalau perangai buruk mcm tu dah sebati dlm diri,sampai bebila pun mcm tu je la,grow up la bro,show a good example to others,bkn dgn cara menghentam org lain,but strive to improve yrself to make yrself better than them,bkn mengkritik org sesuka hati,ni hal mcm ni pun dah sampai nak kaitkan kerajaan la,itu la,ini la,cermin muka dulu,kalau mmg lu gempak,aku rasa org tak kisah apa lu nak ckp,ni blakon pun tah pape,org belakon iklan tv kat malaysia ni pun rata2 nampak jauh lagi hebat drpd lu yg suka poyo n bangga2 lebih dgn usaha n pencapaian yg tak seberapa,grow up bro,ni semua persaingan sihat utk memartabatkan industri seni kat tanah air kita sendiri,jgn.la nak jd kolot sgt,jd katak bawah tempurung,lu tu dah pegang jawatan penting dlm SENIMAN tu,buat la keje tu dgn ikhlas hati,tolong menolong n bersaing dgn sihat dgn penggiat seni lain,tak kisah la dari mana diorang dtg,bkn hentam rakan seperjuangan atas kapasiti lu sebagai timb presiden yg rasa mmg tak layak utk lu yg masih boleh dikatakan pelakon yg tak seberapa dan hanya gah pada nama kononnya,wallahua'lam..:)

    ReplyDelete
  46. tak de mana bagus nya pelakun singapura tu...cuma org2 malaysia je yang suka sangat barang import..mentang2lah ade muka sikit, maka org2 malaysia terutama gadis2 pun mengundilah pelakun asing tu..

    ReplyDelete
  47. setuju sgt dgn zed zaidi. malaysi perlu berhati hati. dan kenyataannya malaysia dijajah secara senyap senyap tanpa kita sedar bahawa malaysia telah pun dijajah. kenyataan dan pandangan zed zaidi adalah benar.. kerana ia bukanlah perkara rumit utk diperjelaskan..kerana kenyataannya.. umum telahpun mengetahui kedudukan malaysia kini.

    ReplyDelete
  48. pokok pangkalnye peminat yg pilih...produser yg pilih pelakon jgk...nk melenting pon p lh melenting kt setiap produser kt malaysia ni plak...kalo xde offer xdelh diorg tu nk berlakon...

    ReplyDelete
  49. Rahim said...
    Nampak sangat mangkuk-mangkuk ni cemburu dgn orang lain.

    P.Ramlee, M.Nasir, Ramli Sarip pun asal Singapore jugak? Apsal ko tak salak?

    APA PUNYA MANGKUK la ..P.Ramlee org Pulau Pinang = Malaysia la bukan Singapore..

    AKU SOKONG Zed Zaidi BERANI BERSUARA...tk lama lagi ARTIS DAN SENIMAN MALAYSIA ni tkleh cari makan SEMUA ORG LUAR BOLOT...

    DAVID TEO jgn pantun la KASI ROSAK pantun MELAYU SAJA cakap Bahasa Malaysia pon tk betol mcm mana org mau respek lu sebagai org malaysia.

    ReplyDelete
  50. P.Ramlee mmg orang M'sia, tapi anak emas studio Jalan Ampas, Singapura. Bila Singapura keluar dari Malaysia, P.Ramlee berpindah ke KL, utk join Merdeka Film Productions (1967)...

    So sepanjang kat KL, beliau dipulaukan karyawan hingga ke akhir hayatnya.

    Sila tgk dokumentari P.Ramlee (National Geographic Channel) kat youtube.

    ReplyDelete
  51. gua memang respect lah sama lu zaid zaidee berani bersuara.. biasalah bila nak tegakan perkara yang benar sure banyak mulut jamban menyalak, ini standard lah nie... apa apa pun wa sokong lue dari belakang... jgn jadi macam dulu

    putar putar lagu indonesia, lama lama lagu malaysia cam cibai susah nak dengar di radio... seakrang baru lah lagu banyak lagu melayu selepas .. artis indonesia kurang cari makan di malaysia nie... cam tu lah....


    hidup di malaysia rakyat malaysia perlulah merasai nikmat dimalaysia dari pelbagai sudut :)

    ReplyDelete
  52. Think out of the box zed....jangan jadi katak bawah tempurung. Kalo tgk gaya lakonan artis filipina, indonesia, thailand lagi mantap....drama2 kau tu boring..itu2 saja gaya lakonan....think mcmana nak besarkan lagi...nanti kao boikot artis luar..negara luar pun negara kita...nanti mcm jadi sekatan ekonomi

    ReplyDelete
  53. Bile c AA dah menang barulah c buk meroyan kate tak layaklah...kenapa masa pencalonan awal2 dulu tak menyalak kat penganjur...kenapelah ada perasaan PHD dalam diri tu,cubelah majukan diri sendiri dulu..Jadikanlah Dato Michelle Yeoh tu sebagai contoh,di iktiraf di peringkat antarabangsa...tak de plak dengar org kate anti malaysia bile Dato mechelle yeoh belakon filem luar negara macam filem The Lady(Main Actress), The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor.Kenelah bersaing secara sihat,jangan sibuk wat statement merapu je...

    ReplyDelete
  54. hahahaha..rezeki masing2 bro..macam mane melayu nak maju..aku bukannye peminat fanatik AA,tapi lakonan AA mmg terbaik..dah rezeki die kann...

    ReplyDelete
  55. ...tapi zed zaidi bagus gok ar kan...berani...wa tabik lu bro!

    ReplyDelete
  56. Apa- apa pun Yang Bangang adalah penganjur acara tu yang tak perihatin dalam syarat2 pemilihan!! Al-Wailol..dush!!...

    ReplyDelete
  57. ckp byk pon xgune lah zed zaidi.....kalu tgk anugerah tue pon.....ABP.....anugerah bintang populor......sape2 bintang populor yg berlakon kat malaysia nie....layak utk dicalonkan......ko nak samakan dgn festivel filem malaysia......dah nama pon FESTIVAL FILEM MALAYSIA.....msti lah utk rakyat malaysia......kalu ABP.....ada tulis malaysia ker??? dah nama pun ANUGERAH BINTANG POPULOR.....adoi.......leks lah der......lu berlakon xmenyerlah....lu nak jatuhkan org.....ko UMNO ker....ko PAS ker.....lu dah masuk dunia artis.....lu kene terima law artis.....aku bkn org seni.....tp aku suke seni......kalu lakonan lu xde seni.....jgn berlakon lagi bro......

    ReplyDelete
  58. Zed zaidi mcm pondan! menyalak ntah apa2..
    malaysia,singapore/brunei ni dah mcm 1 negara.budaya melayu almost sama.kalau AA org uganda,brazil,korea,iran or thailand,boleh lah lu protest.. ini singapore.. bkn org lain pon! bodoh lu zed zaidi.ko kena faham org melayu singapore mana ada industri muzik/filem/drama!! yg ada industri/market mandarin n english!! blajar sebelom kritik org bro..
    gara2 AA lu ckp malaysialah,patriotik lah,melayu lah... shut up lah wei... belagak dgn jawatan.. pirrahh...

    ReplyDelete
  59. aku sokong AA.. ZZ kurang ajar.kalau nak berhujah,check dulu info n statistik.. m.nasir,anita sarawak.. ni org mana? knp lu xhentam? coz mereka legend/diva? mengaku jer lah lu jeles dgn AA.muka panjang mcm kuda lah ZZ.Grow up dudes!! u memalukan dunia artis malaysia,memalukan melayu n memalukan malaysia..!!

    ReplyDelete
  60. dah klu awak x popular jgn la dok kutuk orng lain!cermin la muko dulu & tanye awat aku x popular? jwbnye aku dengki kat aoran aziz. tepu dada tanye jntung kah kah kah........

    ReplyDelete
  61. Sudah-sudahla tu Zed. Cukup-cukupla memalukan diri sendiri. Saya setuju dengan apa yang ditulis oleh Chocolate Apple Vanilla dan ramai yang lain. Jangan terlalu berfikiran sempit! Nampaknya Zed macam sengaja mencipta controversi semenjak jadi timbalan presiden seniman ni. Kenapa? Tak cukup publisiti ke?

    ReplyDelete
  62. Susah btl si zz nie nak paham..... Bodoh ke bongok kau nie...... Heheheheh.... Jgn cube rosakkan periuk nasi org.... Tak salah aku artis mesia skrg ade cari makan di tv singapura... Tak de pon artis disana bising2 mcm kau... Selupa anjing.... Meowwww....

    ReplyDelete
  63. alamak zek zaidi....amende la lu nie mat. sebelum lu nak mengamuk atau apa sekali pun lu pikir secara relevan dan rsionalnya dulu...wa tahu lu ada masalah...yg pertama masalah lu dgn ketua lu dlm perstauan..lu jgn terbawa bawa ketempat lain pulak mat. Apa yg wa nk cakapkan ialah:

    1)Anugerah dipilih oleh peminat - lu ada peminat tak lu cuma pandai cakap aje.

    2)Lu tgk pulak syarat2 pertandingan ada tak tulis hanya kerakyatan malaysia sahaja yang laya bertanding - sebab lu buta hati dan buta mata termasuk buta perut sbb tu lah tak baca

    3)Lu ada terpilih tak? - sebab lu tak terpilih lah lu busuk hati...lu nie melayu jenis apa.

    4) siapa yang mengambil pelakon luar tu berlakon? bukankah produser Malaysia ke? - sbb lu pembawa masalah sbb tu produser tak ambil lu.

    5) Artis lain tak de masalah lu saja yg ada masalah tahap babi....

    6) wa malu ada rakyat malaysia mcm lu - takut dgn persaingan

    7) artis luar atau dalam negara sama je makan nasi end of the day jadi taik - challenge la siapa yg terbaik - lu tak de telor ke nak challenge.

    8) bila wa tgk lu berlakon ke apa ke tak apa yng nak dibanggakan - mcm baru masuk uji bakat. wa tgk pelokun pilih kasih lagi bagus dari lu.

    akhir sekali lebih baik lu jaga telur lu daripada lu jaga telur org lain.

    ReplyDelete
  64. elok lah aaron minta kerakyatan malaysia.lepas ni tak lah si zed ni sebok tutup periuk rezeki orang.artis 2 wanita yg bergambar seksi nampak lurah mengapa tak nasehat?kau mengaku sebagai pemimpin.

    ReplyDelete
  65. ZZ carik cheap publicity..... not working bro. hahahaha. As of now, work on ur lakonan je la dulu... masih tahap pra-amatur je lagi. kikiki. peace!

    ReplyDelete
  66. Dah memang tak popular, dah ler tu tak berbakat, nak kecoh wat per, wat malu diri sendiri saja...
    tu kan hak penganjur.. yang kecoh2 tu wat per...
    dah tak popular, tak berbakat, macam kayu je tu dok diam-diam ler... jangan nak tunjuk kebodohan anda...

    ReplyDelete
  67. semuanya yang sokong Zed Zaidi,adalah bangang.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.