WOW..NIK AZIZ SUDAH KELUAR FATWA SESAT..HADIR BERSIH WAJIB..

EP tertanya-tanya...kalau "HADIR BEERSIH WAJIB"..bukan harus atau haram...MACAM NIK AZIZ KATA LA...macam mana pula dengan orang yang tak sokong beersih..tak hadir pada hari tu...adakah mereka ini berdosa kerana tak melakukan perkara wajib...Kalau kita ikut FATWA SESAT NIK AZIZ...berjuta-jutalah rakyat Malaysia berdosa kerana tak hadir Beersih...Islam ajar macam tu ke??

Tadi tertanya-tanya..Sekarang EP nak tanya NIK AZIZ pula..apa pula hukum ganggu ketenteraman orang lain, kacau orang nak berniaga..kacau orang nak bekerja..dan bla..bla..bla...dapat pahala ke??


Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hadir ke perhimpunan BERSIH pada 28 April ini wajib kerana ia diadakan untuk menentang ketidakadilan proses pilihan raya yang tidak selari dengan Islam.

"Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujarnya kepada akhbar rasmi PAS Harakah di pejabatnya di Kota Baharu hari ini.

Setiausaha akhbar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hari ini berkata, pemimpin nombor satu dalam parti Islam itu akan turun bersama dalam perhimpunan pada Sabtu ini.

Malah, kata Nasaie Ismail, PAS juga telah mengeluarkan arahan kepada semua ahli untuk turun beramai-ramai ke himpunan tersebut.

Mengulas soal pengundi hantu, yang termasuk dalam tuntutan BERSIH, Nik Aziz berkata ia jelas perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.

"Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya.

"Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya," beliau dipetik sebagai berkata.

Kemenangan 'haram'

Justeru, tambahnya ‘wajib' rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai menjayakan BERSIH 3.0 untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.

Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya ‘haram' di sisi Islam.

"Malah segala elaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakil rakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.

"Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,"ujarnya lagi.
WOW..NIK AZIZ SUDAH KELUAR FATWA SESAT..HADIR BERSIH WAJIB.. WOW..NIK AZIZ SUDAH KELUAR FATWA SESAT..HADIR BERSIH WAJIB.. Reviewed by Empayar Pemuda on 8:01 AM Rating: 5

13 comments:

  1. Dasar ulamak terompah... Menghalalkan cara... Sesat lg menyesatkan....

    ReplyDelete
  2. Masalahnya sekarang, bukankah PWNGUNDI HANTU itu adalah bawaan PR? Apa bukti yg mengatakan BN yg bawa?

    ReplyDelete
  3. agaknya ayat tu tak habis kot.wajib kpd yg dah ambil bayaran,kalau dah ambil tapi tak pergi itu ya makan duit haram,

    ReplyDelete
  4. hanya hantu saja yg mengenali hantu.

    ReplyDelete
  5. he he he he ....lawak benara la niki aziz nii..semua nya haram bagi beliau ..gaji , elaun . kereta ..aduhhhhhh ..hambo nak tanya mana AIR minumna bersih untuk kamidi kelanatan? Mana perginya pinjaman RM1.056 bilion duit untuk AIR yg diberi oleh Kerajaan Pusat? Tok seh kecek haram ahala noo, kami akan tuntut depan ALLAH akan pengkhianat pemimpin kepada rakyat Kelantan...tungguuuuu...cuba cermin diri dulu yea...

    ReplyDelete
  6. ore tolol jo dok ikut cakap dio

    ReplyDelete
  7. INILAH YANG DINAMAKAN "ULAMA FATWA ADJUSTER"....................sedap2je dia adjust FATWA.Ikut ajaran ISLAM HAK WAJIB NI KALAU X BUAT BERDOSA!Kalau wajib!mengikut ajaran ISLAM semua orang ISLAM x kira dunia mana kena buat..mengapa BERSEH 3 diwajibkan kpd Islam Malaysia je!

    ReplyDelete
  8. Wajib lempang kepala orang tua ni bila jumpa.

    ReplyDelete
  9. BERSIH 3.0 amar ma'ruf nahi munkar ....

    seru kpd pru bersih, telus, adil, bebas, benar, ... ini kerja ma'ruf..


    lawan golongan tipu, rasuah, manipulasi, seleweng, ugut, salahguna kuasa, ......... ini kerja nahi munkar..

    ReplyDelete
  10. Kejayaan manusia dunia & akhirat bergantung ...apabila seseorang itu dapat mentaati seluruh perentah Allah dgn cara kekasih nya nabi muhamad saw.

    ReplyDelete
  11. mcm mna plak keyataan Yusof Qaradawi hukumkan wajib turun demo?..

    ReplyDelete
  12. ajaran syiah die ni

    ReplyDelete
  13. meluvislam said...

    mcm mna plak keyataan Yusof Qaradawi hukumkan wajib turun demo?..


    -----------
    kenyataan Sheikh Yusof Qaradawi tu merujuk kepada negara mana dan situasi bagaimana?

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.