Monday, April 16, 2012

ALBUM... pelanggan boleh pilih tukang urut gagah yang diingini.
Mereka berasal dari Timur Tengah dan memiliki wajah kacak dan bertubuh sasa serta bergaya. Malah, ada antaranya sudah berumah tangga, namun maruah mereka hanya RM600 kerana dengan bayaran sebanyak itu, apa saja boleh dilakukan terhadap mereka, termasuk melihat ‘anu’.

Bayaran untuk menonton lelaki Arab bernafsu songsang itu jauh lebih mahal berbanding caj dikenakan terhadap lelaki tempatan yang hanya bernilai RM75 seperti di pusat istirahat dan urut yang menyediakan tukang urut lelaki.


Sekali imbas, tiada kesalahan boleh disabitkan terhadap pusat rawatan itu kerana ia menyediakan kemudahan urutan sesama jantina, namun yang membezakannya ialah perkhidmatan urutan secara bogel dan badan ke badan (B2B) sesama lelaki.

Mendedahkan perkara itu, seorang pegawai perhubungan awam syarikat swasta di ibu negara yang mahu dikenali sebagai Harry, 28, berkata, dia pernah menonton pakej itu ketika menghadiri majlis hari jadi eksklusif seorang kenalan di sini bersama rakannya, beberapa bulan lalu.


“Ketika itu kami menempah 10 lelaki dari Timur Tengah dan semuanya dibaringkan dalam satu bilik tanpa seurat benang dengan makanan diletakkan di atas badan mereka.


“Saya tak tahu bagaimana mereka berada dalam majlis kami ketika itu. Mereka tak banyak bercakap, tapi saya mendapat tahu mereka dibawa khas kerana ditempah dengan bayaran RM600 seorang.

“Tiada adegan terlarang berlaku sepanjang majlis itu kecuali adegan pegang-pegang kerana kebanyakan lelaki berkenaan mendakwa bukan pengamal seks songsang, sebaliknya hadir sebagai pelayan kerana dibayar untuk ‘menghibur,” katanya kepada Metro Ahad.


1 comments:

Rauf Arshad said...

good written artical

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.