Sunday, April 15, 2012


Tindakan pemimpin pembangkang yang didakwa berkelakuan biadab kerana mempersenda Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu wajar dibangkitkan di Parlimen supaya tindakan itu tidak diulangi mana-mana pihak.

Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tindakan seperti yang didakwa itu boleh disifatkan sebagai berunsur hasutan supaya orang ramai terikut-ikut menghina Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu.

"Kebetulan pada Isnin ini akan dibahaskan satu rang undang-undang baru mengenai kesalahan keselamatan yang mana salah satu kesalahan yang ditekankan adalah mengenai membangkitkan rasa tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Ketika perbahasan nanti bolehlah Ahli Parlimen membangkitkan tindakan kurang ajar pembangkang ini kerana ia menggalakkan orang lain tidak setia kepada baginda," katanya.

Menurutnya, tindakan kurang ajar pembangkang itu bertentangan dengan sikap seorang pemimpin, sedangkan mereka sewajarnya berasa bertuah kerana dijemput ke istiadat pertabalan tersebut.

"Mereka (pembangkang) sering mempertikaikan Parlimen kita sebagai tidak bertaraf dunia apabila tidak dapat melakukan apa yang mereka suka. Sedangkan mereka menunjukkan sikap biadab kepada raja-raja Melayu," katanya.

Pada masa sama, Mohd. Puad berkata, beliau yakin dakwaan itu berasas kerana Dr. Rahman Kadir yang mendedahkan perkara tersebut tidak berselindung dan berani menggunakan nama sebenar. -UTUSAN

3 comments:

Anonymous said...

pada org bn sekarang korang kena alert....bawalah video cam ke mana mana ....sekadar dakwa dakwi camni ramai org tak percaya....aku nyokong bn @umno tapi tak pro lah kalau setakat tuduh wakil pr kurang ajar melalui kata-kata orang je...zaman sekarang nak yakinkan org bukan senang kalau takde bukti

pg said...

Masalahnya ada yg dah tunjukkan dgn video pun tak percaya juga cam ne

Jack Melayu said...

tak pe kut kalau diaorang tak percaya sebab sindorm denied tu kuat semata2 nak menang tapi kita yang dok atas pagar ini pastinya lebih senang nak memilih.

Contohnya aku percaya video BABI tu tulen dan dilakukan oleh dia dan suara Mah..bau p&*% mah sedap .. tak basuh oleh mat sabi babi komunis tu benar.

Tobat aku tak undi mereka. 99 dulu aku undi sebab Tuan Brahim bertanding.. konon suci tapi bila dia sendiri sokong kalimah Allah dan boleh cakap kes Anwar tu kes peribadi anwar..aku hilang respect langsung...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.