Wednesday, April 11, 2012


Sebelum ini kita dikejutkan dengan kenyataan Badrul Amin yang bodek tahap obsesif serta didakwa menyamakan Anwar Ibrahim dengan Imam Mahdi.

Seperti yang semua tahu, Badrul Amin telah menyepikan diri kerana didakwa terlibat dalam kes khalwat bersama isteri orang jam 3 pagi di sebuah hotel di Pahang, tidak berapa lama dulu.

Sekarang timbul pula satu video yang bakal menimbulkan satu lagi perbualan hangat sesama kita seperti juga video 'Imam Mahdi dan Badrul Amin'!

Video di bawah menimbulkan persoalan, Anwar Ibrahim disamakan dengan Nabi? 'Perjuangan'nya sama dengan perjuangan Nabi?

Anwar Ibrahim memperjuangkan kebenaran? Biar betul!

Kita tentu berasa kesihan dengan kenaifan Dr Razali Nawawi yang mendakwa bahawa mereka yang mendedahkan sikap buruk dan biseksual Anwar Ibrahim sebagai mereka yang tidak mengenali Anwar Ibrahim (minit 2:40)

Tetapi hakikatnya, mereka seperti Ezam Mohd Noor, Zulkifli Noordin, Nallakaruppan, Ummi Hafilda dan banyak lagi, adalah merupakan mereka yang begitu rapat dengan Anwar Ibrahim satu ketika dulu jika dibandingkan dengan Dr Razali Nawawi!

Lihat video di bawah :


Video : Prof. Dr. Razali Nawawi menggunakan perumpamaan Nabi untuk bandingkan Anwar.

Dr Razali Nawawi juga mendakwa bahawa Anwar Ibrahim menegak kebenaran dan idealisme.

Persoalannya, apakah Nabi juga memperjuangkan murtad seperti yang dinyatakan oleh Anwar Ibrahim ?


Lihat 3 video di bawah :



Video : Anwar Ibrahim vs kes murtad Lina Joy



Video : Pluralisme agama



Video : Anwar Ibrahim membela Salman Rushdie, penulis buku "Satanic Versus"(ayat-ayat Syaitan) yang menghina Nabi Muhamad SAW, dan dalam masa sama mengkritik fatwa Ayatollah Ruhollah Khomeini, pemimpin agung Iran yang mahukan penulis murtad itu dibunuh di atas penghinaannya kepada agama Islam itu.

Jika Anwar Ibrahim menganggap bahawa murtad sebagai hak dan 'Satanic Versus' menghina Nabi Muhammad s.a.w. sebagai satu karya yang mengasyikkan, apakah Dr Razali Nawawi boleh umpamakan 'perjuangan' Anwar Ibrahim seperti perjuangan Nabi? Dr MiM

1 comments:

Anonymous said...

macam nabi?ish ish ish.....dasyatnye korang nie...melampau lampau bodohnye.....jangan nak samekan ok....tapi kalo nak samekan jugak boleh tapi dengan setan dan kafir...tu baru boleh diterime akal...paham?

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.