Monday, April 23, 2012


Senator Datuk S Nallakaruppan telah menyerahkan satu pita video kepada peguamnya untuk tujuan pembelaannya dalam saman RM100 juta oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Pita itu diserahkan kepada peguamnya, Datuk Muhammad Shafee Abdullah di lobi kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta hari ini.

"Jagalah ini betul-betul," kata Nallakaruppan (kiri dalam gambar) kepada Shafee,ketika menyerahkan satu sampul berwarna coklat.

Walaupun ditanya wartawan, Nallakaruppan enggan mendedahkan kandungan pita video itu, dan hanya berkata semuanya akan didedahkan semasa prosiding mahkamah.

Anwar memfailkan saman tersebut awal tahun ini terhadap bekas ahli PKR itu, serta akhbar harian Utusan Malaysia, yang menyiarkan laporan muka depan yang memetik Nallakaruppan.

"Saya mahu kes ini bermula secepat mungkin. Saya tidak boleh tunggu. Beliau telah menyaman saya sebanyak RM100 juta, tetapi itu tidak cukup. Samanlah saya sebanyak RM500 juta! Saya berpegang dengan keterangan itu," kata Nallakaruppan.

Katanya, ini adalah bukti kedua yang beliau serahkan kepada Shafee, yang "akan memberitahu mahkamah tentang Anwar, (Timbalan Presiden (PKR) Azmin Ali dan isterinya Shamsidar ".

Ditanya sama ada beliau akan memfailkan saman balas terhadap ahli parlimen Permatang Pauh itu, Nallakaruppan berkata: "Kita akan tunggu."

**Kita tunggu apa pula reaksi Anwar lepas ni...

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.