Thursday, April 26, 2012



Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron bersama pasangannya yang ditangkap khalwat di sebuah resort di Balok, di sini, Februari lalu akan didakwa di Mahkamah Syariah selewat-lewatnya Jun ini.
Berita Harian melaporkan, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz, berkata siasatan terperinci sudah siap dilakukan dan JAIP hanya menunggu perintah Mahkamah Syariah untuk menjalankan prosedur pendakwaan yang dijangka pada bulan depan.
“Kes ini masih berjalan seperti biasa cuma menjadi punca kelewatan (mendakwa di mahkamah) kerana JAIP mahu mengumpul bukti yang kukuh dan meneliti semua fakta kes,” katanya.
Badrulamin yang juga bekas calon Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum 2008, ditangkap khalwat bersama pasangannya itu oleh penguat kuasa JAIP di sebuah hotel di Balok, kira-kira jam 2.30 pagi 25 Februari lalu.
Beliau turut mendakwa dipukul hampir 20 lelaki sebelum dikurung dalam bilik sehingga pegawai JAIP menahannya.
Mohd Ghazali juga berkata, kes itu sudah berada pada pihak pendakwa untuk diteliti sebelum dihantar kepada hakim bagi menetapkan tarikhnya.
“Kita tetap teruskan (pendakwaan) walaupun membabitkan individu berpengaruh dalam bidang politik dan pihak JAIP menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa prosedur tangkapan Badrulamin tidak mengikut garis panduan atau ia didalangi pihak tertentu untuk menjatuhkannya.
“Pegawai JAIP tidak menahan individu sewenang-wenangnya kecuali ia melanggar undang-undang syariah,” katanya.
Ghazali berkata, pihaknya turut menolak sebarang spekulasi yang mengatakan terdapat perkara sabotaj berkaitan tangkapan Badrulamin kerana bidang kuasa JAIP hanya bertindak selepas menerima aduan.

6 comments:

Anonymous said...

badrul buriiiiiiiiiiiit sudah mari

Anonymous said...

Ostat zikir munajat kerrr kat hotel?

Adi Kencana said...

Mcm ni lah pemimpin PKR, kerjanya bantai bini org jer.. Anwar, nasihat sikit dia ni.. Opps, hang pun sama kaaa?

BUKTI JELAS AMBIGA & BERSIH SENGAJA NAK CETUSKAN KEKACAUAN! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

JAIP jangan lupa pulak nombor bilik ostad tu...mcm kes Mat Sabun tu la..

Anonymous said...

tuala basah jangan lupa ostad nanti tak ilang bau burit cam mat sabu tu

Anonymous said...

Hahaha sinis sekali!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.