TERKINI : ZURAIDA MAK LAMPIR AKAN DISAMAN RM200 JUTA KERANA TABUR FITNAH..




PKR terutamanya ketua wanitanya sudah ketandusan isu,maka fitnah sudah menjadi rencah untuk menjatuhkan lawan politik.

Zuraida atau nama manjanya Mak Lampir pasti akan berhadapan dengan tindakan mahkamah apabila secara terbuka menuduh dan mengaitkan Datuk Seri Shafie Apdal kononnya memberi wang kepada seorang artis dalam jumlah yang banyak.

Menurut sumber, Pemandu Zahida Rafik sebenarnya telah melarikan wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar kereta dan rumah Zahida.

Sebaliknya pemandu tersebut Noor Azman telah melarikan diri hingga ke Batam untuk menghabiskan wang tersebut. Zahida Rafik telah membuat laporan polis atas kehilangan pemandu beliau bersama wang RM200 ribu.

Noor Azman yang takut akibat daripada laporan tersebut telah membuat counter report untuk mempertahankan diri.



Ini merupakan kenyataan pertama daripada Datuk Seri Shafie Apdal berhubung dakwaan Zuraida @Mak Lampir  yang menfitnah beliau membayar RM1.5 juta kepada Zahida Rafik.


Datuk Seri Shafie Afdal hari ini secara terbuka menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada seorang artis Zahida Rafik sejak beberapa tahun lalu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, segala maklumat yang disebutkan dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman, yang dibuat bulan lalu, adalah tidak benar sama sekali.
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi yang bertarikh 13 Mac 2012, yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” kata beliau yang juga Naib Presiden Umno.
Shafie berkata, tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.
Dalam kenyataannya, Shafie turut menegaskan, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.
Zahida sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.
Minggu lalu, Noor Azman pula membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri Kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada Zahida.
Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar.
Noor Azman, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap artis itu, yang menuduhnya melarikan wang RM200,00. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.


Berikut ialah kenyataan rasmi Datuk Seri Shafie:
Dan ini pula ialah kenyataan rasmi Zahida Rafik: 

Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.

  1. Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.

  1. Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualaan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya. Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.

  1. Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna. Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia.

  1. Mengikut undang-undang Malaysia, akta BAFIA 1989, mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.

Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM.

  1. Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.
Zahida Rafik
20hb April 2012.



TERKINI : ZURAIDA MAK LAMPIR AKAN DISAMAN RM200 JUTA KERANA TABUR FITNAH.. TERKINI : ZURAIDA MAK LAMPIR AKAN DISAMAN RM200 JUTA KERANA TABUR FITNAH.. Reviewed by Empayar Pemuda on 1:26 PM Rating: 5

4 comments:

  1. Zuraida atau Mak Lampir ini wajib diberi pengajaran yg setimpal dgn mulut longkang dia .. dan kepocongan dia. Supaya dia akan merasa teramat menyesal sebab mempunyai mulut yg amat berbau busuk ....

    ReplyDelete
  2. kalau balik keja tengah malam terserempak ngn mak lampir bole sakit jantung dibuatnya

    ReplyDelete
  3. muak da la tak lawa tapi perangai jangan la buruk macam muka tu

    ReplyDelete
  4. menjelang pru 13 bermacam-macam cara utk menarik perhatian,

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.