Thursday, April 5, 2012


Agak kelakar bila baca blog pro pembangkang ni...kononnya dari sumber dalaman...dalaman mana?? Nampaknya mereka masih tidak dapat menerima hakikat yang Wan Azizah dan Shamsidar tidak boleh duduk semeja...

Isteri mana yang tak marah bila dapat tahu suaminya ada skandal dengan perempuan lain ...sehinggakan Wan Azizah sanggup menggelarkan Shamsidar " perempuan jalang dan sundal" kerana merosakkan hubungan rumahtangganya dengan mengadakan hubungan sulit bersama suaminya...

Ini berita terbaru yang diterima dari sumber dalaman penulis di ibu pejabat PKR di Tropicana.
Presiden PKR, Datin Sri Wan Azizah Ismail dan Shamsidar Taharin, isteri Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali dilapor akan mengadakan satu sidang media bersama pada minggu hadapan.
Tujuan sidang media bersama ini ialah untuk membetulkan salah tanggap banyak pihak mengenai perhubungan kedua mereka yang kini menjadi senjata musuh politik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjahanamkan karier politik beliau.
Semuanya gara-gara fitnah yang mengatakan Shamsidar mempunyai hubungan sulit dengan Anwar sewaktu beliau masih menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi, sehingga mencetus perang dingin antara Shamsidar dengan Wan Azizah sehingga sekarang.
Sampai ke satu tahap, fitnah ini antara lain mendakwa Shamsidar mempunyai hubungan sulit dalam bentuk seksual dengan Anwar yang membawa kepada kelahiran seorang anak perempuan pada 1997.

Cuba baca pendedahan yang dibuat oleh Ummi Halfida mengenai hubungan sulit antara Anwar dan Shamsidar :


Maklumat yang diperolehi oleh Ummi Hafilda bersumberkan penyiasatannya sendiri, sokongan maklumat dari pembantu rumah Shamsidar Tahrin yang bernama Aton (yang berkhidmat selama lapan tahun di rumah Azmin) dan pengakuan daripada Azizan Abu Bakar, pemandu Azmin Ali/Shamsidar Tahrin).
Aton memberitahu Anwar Ibrahim sering membuat panggilan secara kerap kepada Shamsidar di antara jam 6.30 petang atau 8.30 malam. Ini disahkan sendiri oleh Ummi Hafilda yang berada di rumah Shamsidar pada 9 Jun 1997, jam 6.30 petang mengangkat telefon rumah Shamsidar yang pemanggilnya adalah Anwar Ibrahim. 
Anwar: I nak bercakap dengan Shida.(Shamsidar)
Ummi: Siapa ni? (Agak keras)      
Anwar: Anwar (dengan nada yang agak perlahan)
Ummi: Is it Dato’ Seri?
Anwar: Ya, bercakap.
Ummi: Sorry, I didn’t recognise your voice just now.
Anwar: Hah …tulah suara you seksi sangat. You have such a lovely voice. I dok ingat salah rumah, that’s why I letak phone.
Ummi: Hah … apahal
Anwar: I nak tanya fasal Afifa (anak bongsu Azmin). Rindu kat dia
Ummi: She’s Okay, alhamdullilah sihat.
Anwar: Tak apalah thank you. 
Pada 19 Jun 1997, Azizan Abu Bakar, pemandu Shamsidar Tahrin telah datang ke pejabat Ummi Hafilda menceritakan selama dua jam setengah tentang kebenaran hubungan sulit Anwar-Shamsidar.


Menurut Azizan, dia akan menurunkan Shamsidar di Cafe Guana di Bangsar Shopping Complex pada setiap kali pertemuan dengan Anwar. Kemudian sebuah kereta mewah, Daimler WBV 37, kepunyaan Dato Nallakarupan (Eksekutif Director Magnum Corporation) akan menjemput Shamsidar di Bangsar Shopping Complex dan seterusnya membawa ke kondominium mewah di Trivoli Villa, Bangsar.
Kondominium Tivoli Villa adalah kepunyaan Datuk Lim Thian Kiat (T.K.Lim), Pengarah Multi Purpose Holding Berhad (MPHB). Datuk T. K. Lim juga merupakan pemilik syarikat judi Magnum Corporation, tempat Dato Nalla menjadi Director Eksekutifnya. Datuk T.K.Lim telah menyerahkan kunci dua unit Tivoli Villa kepada Dato Nalla untuk kegunaan peribadinya. Dua unit tersebut adalah di 2-5-13 dan 2-5-14, di Tingkat 5, Blok 2 Tivoli Villa.


Kebiasaannya Dato Nalla akan membawa Shamsidar di Tivoli Villa itu dalam tempoh dua hingga tiga jam, pada hari Rabu, sekitar jam 5.30 petang, dengan kekerapan dua minggu sekali atau sebulan sekali.
Di Tivoli Villa itu, Anwar akan hadir tanpa polis pengiring kerana beliau melarang polis pengiring turut serta dengan memberi alasan bermain tenis dengan Dato Nalla di Bukit Kiara.
Pada 30 Jun 1997, sekitar jam 5.00 petang, Ummi Hafilda menerima panggilan daripada Azizan Abu Bakar untuk mengesahkan hubungan sulit Shamsidar-Anwar. Ummi telah menelefon abangnya Mohd Azman Ali dan rakan karibnya, Puan Zamrah Lajis untuk ikut serta.
Ummi, Azman dan Puan Zamrah telah pergi Bangsar Shopping Complex . Di sana, mereka nampak dengan mata mereka sendiri, Shamsidar menaiki kereta Daimler WBV 37, kepunyaan Dato Nalla.
Kemudian mereka mengekori kereta Daimler itu yang menuju ke Kondo Tivoli Villa, Bangsar.
Ummi telah menelefon Puan Normala untuk meminjam pas kebenaran masuk/pelekat kereta Kondominium Tivoli Villa daripada Puan Normala, seorang rakannya yang menjadi penghuni di situ. Di Tivoli Villa, mereka nampak Shamsidar dibawa oleh Dato Nalla memasuki tingkat 5, blok 2, kondominium mewah itu.
Shamsidar keluar dari Kondo Tivoli itu pada jam 7.40 malam, di mana kereta Daimler menghantar semula Shamsidar ke Bangsar Shopping Complex tempat Azizan Abu Bakar pemandu Shamsidar sedang menunggu. 
Adakah puak-puak pembangkang masih percaya yang Wan Azizah akan duduk semeja dengan Shamsidar untuk menafikan perkara ini...Sama-sama kita nantikan keputusannya....

5 comments:

Anonymous said...

mati hidup balik pun wan jijah tak kan pegi haha

Anonymous said...

die akan kate ade.. jam omega dlm rumah hahahaha

Anonymous said...

Perangai macam ni nak jadi PM Malaysia, Buang kat tong sampah je manusia jenis ni

Anonymous said...

Klu ini fitnah anda sndr yg akn tanggung krn bersubahat dgn penfitnah... di dunia blh la lepas tp tdk di akhirat.....

Bollywood Girls said...

Lebih 18 + panas menunjukkan di sini

Mrinalini Sharma Photo Gallery

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.