Monday, April 16, 2012


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa pilihan raya umum ke-13 wajar diadakan dalam masa terdekat memandangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik.
Beliau berkata, ini memandangkan tempoh masa yang tinggal sudah tidak lama lagi iaitu menjelang pertengahan tahun depan.
Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April tahun depan.
"Saya fikir takkan lama lagi dah sebab dah tak ada masa, cuma setakat pertengahan tahun depan saja. Kalau rakyat beri sokongan yang baik, masa itu adalah pilihan raya.
"Bila kita nampak boleh menang, bolehlah diadakan pilihan raya. Kita ikut sistem British, dalam sistem British bila parlimen tamat, pilihan raya diadakan," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, Ahad.
Beliau berkata, melalui sistem berkenaan ia memberi peluang kepada kerajaan yang memerintah untuk menilai tahap populariti dan sekiranya merasakan diri mereka boleh menang, maka pilihan raya akan diadakan.
"Sekarang pun nampak bagus juga (untuk diadakan pilihan raya)," katanya ketika diminta pendapat mengenai tarikh sesuai diadakan pilihan raya. BERNAMA

5 comments:

Anonymous said...

syukur alhamdulillah dgn keyakinan Tun M ni akan merancakkan lagi kerja kuat kita sebagai penaung yg mentadbir negara...

jalankan pilihanraya sekarang...
insyaALLAH kejayaan akan menanti kita...

pejuang hamas...

Anonymous said...

adakah negeri2 yg diperintah Pakatan Rakyat akan turut sama dalam PRU13 jikalau diadakan sebelum bulan Jun ini? Berani kah mereka membubar dewan negeri masing2 secara berasingan dan berhadapan dgn serangan kempen habis2an oleh BN?..ada berani? Cubalah kalau anak jantan !!

Anonymous said...

PRU13............ Apapun semuanya tertakluk kepada Kudrat & Iradat Allah jua.

Manusia merancang, Allah menentukan!

Oleh itu jangan lupa Allah bila ada KUASA& HARTA ...
jangan jadi manusia tak bersyukur dengan nikmat Allah yang memimjamkan sementara kepada kita.
Jangan ingkari syariat Allah,
jangan langkaui sunnah Rasul,
jangan benci nasihat ulamak,
jangan zalimi hak rakyat!

TAKABBUR, TAMAK, FITNAH, MAKSIAT & ZALIM itu menarik MURKA ALLAH!

Kamu tunggulah BALA'NYA yang sudah hampir!

Anonymous said...

kalo PRU kali ni BN menang tah berape kali anwar gigit jari ye?menatang ape die nak timbulkan lagi ye?aku arap pasni die blaja trime hakikat...hmmm mcm x kan terjadi jeee...ha.ha..ha

Anonymous said...

untuk tutup mulut berkata kata ialah bubarkan cepat supaya semua diam tunggu keputusaan sajalah

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.