Saturday, April 21, 2012


Apa yang kita tahu mengenai Bersih 3.0?  Apakah tuntutan mereka?
1.      Bersihkan senarai undi
2.      Reformasikan Undi Pos
3.      Gunakan Dakwat Kekal
4.      Akses Media yang Bebas dan Adil
5.      Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6.      Kukuhkan Institusi Awam
7.      Hentikan Rasuah
8.      Hentikan Politik Kotor
Dan apa yang kita tahu mengenai Bersih 2.0? Apakah tuntutan mereka?
1.      Bersihkan senarai undi
2.      Reformasikan Undi Pos
3.      Gunakan Dakwat Kekal
4.      Akses Media yang Bebas dan Adil
5.      Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6.      Kukuhkan Institusi Awam
7.      Hentikan Rasuah
8.      Hentikan Politik Kotor
Dan inilah antara perkembangan yang terjadi antara jangkamasa Bersih 2.0 iaitu 9 Julai 2011 dan Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April 2012.
Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya.   Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:
Bersihkan senarai undi-SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai pengundi.  SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama. 
Reformasikan Undi Pos -Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan.  Ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini. 
Gunakan Dakwat Kekal-Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal 
Akses Media yang Bebas dan Adil -SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding.   Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili. 
Tempoh Kempen Minima 21 Hari -Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.
Jelas, 5 dari tuntutan nyata Bersih telah pun diberi perhatian  Sementara, tuntutan bersifat umum iaitu 6. Kukuhkan Institusi Awam, 7. Hentikan Rasuah dan 8. Hentikan Politik Kotor telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga sekarang.   Dengan transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat.
Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan ditangkap.  Semuanya berjalan dengan lancar dan professional.  Hanya apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM.
Dari satu segi atau dari segenap segi, Bersih itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula Bersih ingin menuntut agar politik kotor dihentikan?  Bersih didalangi pembangkang dan dibiayai oleh NDI iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah.  Ini diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan, Pengerusi Bersih 2.0.
Jika ini tidak benar, apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei 1969?   Tidak lain tidak bukan, Bersih ingin sangat mengulangi tragedi itu, kalaupun tidak sekadar mencetus huru-hara.  Untuk pengetahuan semua, mencetus huru-hara adalah strategi penting dalam menjatuhkan kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI kepada mereka.
Dengan kesemua tuntutan Bersih telah pun didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan sewajarnya, apa perlunya lagi berdemonstrasi pada 28 April ini?
Kini sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam negara.  Selain itu, Bersih juga perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan datang.
Kita pasti, walaupun senarai undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekali pun, Bersih tetap akan menafikan dan mencari alasan untuk mengadakan demonstrasi.  Dan percayalah, jika mereka masih tidak berjaya menjatuhkan kerajaan, kita bakal menyaksikan Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya dengan senarai tuntutan yang sama seperti 2.0 dan 3.0 di atas.
Kerana bagi mereka, hanya apabila pembangkang menang walaupun dengan majoriti rakyat TIDAK mengundi mereka, maka pilihanraya itu akan diiktiraf sebagai bersih. - My News Hub

11 comments:

Anonymous said...

Haram menyertai Bersih 3.0
Bersih 3.0 berunsur fitnah. Fitnah terhadap kerajaan dan awam. Mereka yang menyertai perhimpunan haram Bersih 3.0 ini adalah mereka yang menyokong fitnah. Pembuat fitnah, penyebar fitnah dan yang menyokong fitnah akan sama-sama ke nereka.

Anonymous said...

Bersih akan tetap di adakan sehinggalah PAKATAN MAMPUUUUSSS!!!!

Anonymous said...

celakalah UMNO jahanam!
aku berasa seperti haiwan bila menyertai umno dahulu,kenapa?sebab aku dikelilingi haiwan dalam umno

Anonymous said...

bersih just nk huru hara kn malaysia..korg sume x nmpk ke?hm..kte ptut nye brsatu nk maju kn negara

Anonymous said...

Bersih sebenarnya berada di bawah naungan dajjal. agenda mereka adalah untuk menghancurkan bumi Mala yg dirahmati Allah. turut serta dalam bersih bererti berada di bawah naungan dajjal dan memusuhi Allah.

Anonymous said...

slps nie bersedialah dengan kejatuhan ekonomi negara - effect dari kerja2 bersih bodoh korang nie.. Lepas tu, pembangkang mula la memekak salah kan kerajaan yg mentadbir.. bodoh... akai ada letak kat kaki....

Anonymous said...

Baru baca paper prima, tgk tv n dnga org lain cakap, trus percaya. hehe. lumrah manusia 'atas pagar', bukan reti fakta sahih pun. nak tahu, pegi amik slipar, mai turun dulu tgk depan mata. Baru taw sapa punya angkara.pandagan saya sebagai rakyat malaysia yg mendahulukan kedaulatan undang-undang, saya tidak akan menyalahkan pihak polis, mereka polis terima arahan drpd Menteri dalam Negeri dan pimpinan umno BN... ayuh kita sma-sma berdoa agar pada PRU13 kali ini Pakatan Rakyat akan memerintah Pusat dan Pihak Polis akan kembali kepada tugas asal mereka!!! wallahualam

Anonymous said...

Sudah sah Hadi Awang & Nik Aziz adalah pemimpin Pas yang memecahkan umat Melayu & Islam.Mereka akan terima balasan Allah diakhirat nanti.

Anonymous said...

Undi BN bererti Melayu berkuasa.Undi Pakatan bererti DAP akan menerajui Negara.Fikir2kan lah

Anonymous said...

Betul dan saya setuju.Dengan berani Karpal Singh menyergah pemimpin Pas yang dia menentang pelaksanaan hukum hudud.Jadi buat apa kita nak sokong PAS sebab kalau menang sekalipun Pas tak akan dibenarkan laksana hudud,malah orang Melayu akan merempat akhirnya.

Ridha Yunawardi said...

Menurut Informasi dari seorang misionaris asal keluarga Munte Sibayak SUMUT, bahwa Sabang pada 2014 nanti akan didirikan sebuah Universitas Penginjilan Terbesar di Asia.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.