Saturday, April 14, 2012


Pegawai perubatan, Dr. Rahman Kadir hari ini mempertahankan pendedahannya bahawa kejadian beberapa pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu memang benar-benar berlaku.
Malah, beliau yang bertugas semasa majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara berkata, ada beberapa saksi lain boleh mengesahkan kejadian tersebut berlaku.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas panjang.
“Apa yang berlaku adalah benar dan saya ada beberapa saksi lain yang turut mendengar dengan jelas segala tutur kata beberapa pemimpin pembangkang yang dimaksudkan dan pendedahan ini demi kebenaran.
“Selebihnya saya tidak boleh ulas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam laman sosial facebook semalam, Dr Rahman menzahirkan rasa kecewa terhadap tingha laku biadap beberapa pemimpin pembangkang yang mengejek dan mempersendakan bentuk badan pemimpin kerajaan dan raja-raja Melayu.
Dakwa beliau, ejekan itu bermula semasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Balairing Seri dan ia berterusan kepada yang Dipertuan Negeri dan Raja-raja Melayu.
“Mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia seperti menghina baginda semua”, kata Dr Rahman sebagaimana dipetik dari akaun facebooknya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan yang kebulan berada di belakang salah seorang pemimpin pembangkang pada majlis itu mengesahkan pendedahan Dr Rahman benar.
Katanya, beliau dapat dengar dengan jelas ejekan yang dilemparkan kerana jarak kedudukan yang hampir antara mereka dan mengakui tidak selesa dengan keadaan itu tetapi terpaksa berdiam diri demi menghormati majlis.
“Saya tidak mengenali Dr Rahman, tetapi beliau ada menyebut nama saya dalam pendedahannya kerana kedudukan saya hampir dengan pemimpin pembangkang, perbuatan itu memang berlaku dan saya mendengarnya,”, kata beliau – Utusan
Pegawai perubatan, Dr. Rahman Kadir

5 comments:

Anonymous said...

kalau dh bini dia bleh tagan dgn anuar berahim...kan dh tahu perilaku beruk pangainya!!!

Anonymous said...

Manusia macamini tak perlu di sanjung, buaya je yang layak mengajarnya, kecik-kecik tak mau mampus dah besar menyusahkan orang.

Anonymous said...

WAHAI EP.BLAJOLAH AGAMA.LOVEITE TU BKN MUDARAT,HARM BG ORNG ISLAM YNG BLM KAWIN.HANG NI TK AD AGAMA KE. MSUKKN GMBR NAJIB KENA RIBUT KAT KELANTN SEMLM. BARU ANK JNTN.HANG I PONDAN KUT

Anonymous said...

KALAU HANG ISLAM , KENA INGAT. KITA ADA BALASAN MENANTI.TAK KENA DIDUNIA, AKHIRAT MENANTI.DALM ISLAM, NAK TUDUH KENA ADA SAKSI YANG BERIMAN. HANG PANGGIL NAJIB JADI IMAM KETIKA BAPA HANG MATI NANTI.

Anonymous said...

nik aziz pun x pernah jadi imam kepada ahli yg MATI

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.