Wednesday, April 18, 2012


Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjalani pembedahan kecil untuk membuang polips nasum (nasal polyps), dijangka dibenarkan keluar daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pembantu beliau hari ini, bekas perdana menteri itu memberi tindak balas baik terhadap rawatan dan doktor gembira dengan kemajuan kesihatan beliau. 


"Beliau makan makanan biasa dan dijadual pulang esok," menurut kenyataan itu. 

Pembedahan selama sejam, yang bermula pada pukul 9.30 pagi, dilakukan sekumpulan pakar perubatan diketuai Prof Dr Abdullah Sani Mohamed.




Hanya anggota keluarga terdekat dibenarkan mengunjungi beliau.



Sementara itu, dalam mesej melalui Twitter, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menulis: "Doa dan salam saya mengiringi Tun Dr Mahathir yang sedang sembuh daripada pembedahan kecil polips nasum." - BERNAMA


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.