Saturday, April 21, 2012


PAS mahu Abdul Malik Abul Kassim melepaskan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) walaupun beliau sudah menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Februari lalu. 

Ini bagi membolehkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man, yang kini memegang jawatan Timbalan YDP MAIPP, dilantik menggantikan Abdul Malik.

Abdul Malik yang juga EXCO Agama, adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung dan Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang, dilantik memegang jawatan YDP MAIPP selama dua tahun, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Mohd Salleh berkata, PAS Pulau Pinang berpendirian bahawa Abdul Malik wajar mengosongkan jawatan itu segera dengan apa cara sekalipun bagi melancarkan pentadbiran MAIPP.

“Itulah (meletak jawatan) yang terbaik baginya,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Sementara itu dalam kenyataan balas yang dibuat oleh Malik Kasim pula...


Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan tidak akan melayan sebarang desakan agar beliau melepaskan jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Beliau berkata, semua urusan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri itu kini berjalan seperti biasa, sejajar dengan apa yang diputuskan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini.

"Isu ini langsung tidak mengganggu saya. Saya tidak hirau dengan sebarang desakan berkaitan isu pelantikan jawatan Yang Dipertua MAIPP dan sebagainya.

"Semua kerja pentadbiran urusan agama di Pulau Pinang berjalan seperti biasa dan seperti apa yang diputuskan. Saya berkhidmat macam biasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

**Nampaknya puak-puak PAS di Pulau Pinang kena main lagi dengan DAP..hahahaha...Agaknya bila puak-puak PAS ni nak sedar yamg mereka ni hanyalah alat mainan DAP??

1 comments:

Anonymous said...

Kalau hanya bertaraf pecacai angkut taik itulah yang sepatutnya mereka dapat....hahahahaha,padan muka semua puak-puak pas yang percayakan khalifah umar lim guan eng...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.